Status Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar turun mendadak namun masih di paras tidak sihat dengan bacaan 148 setakat 7 pagi ini berbanding bacaan 690 yang direkodkan setakat pukul 5 petang semalam.
Jabatan Alam Sekitar menerusi laman sesawangnya melaporkan satu lagi kawasan di Johor iaitu di Larkin Lama turut mencatat IPU tidak sihat iaitu dengan bacaan 111.
Sementara di Pasir Gudang dan Kota Tinggi masing-masing mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana iaitu 83 dan 78.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Muar dan Ledang berstatus darurat berkuatkuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750.
Sejurus pengumuman itu, semua 211 buah sekolah di sini yang membabitkan 76,940 pelajar dan 6,846 ditutup hari ini sehingga diberitahu.
Selain itu, semua sekolah di kawasan Segamat turut diarah ditutup.
Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! mendapati bandar ini tenang dan lengang dan keadaan ini berbeza pada hari sebelum jerebu melanda.
Premis-premis perniagaan yang ditutup sebelum ini dilihat beroperasi seperti biasa dan orang ramai masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengenakan topeng meskipun kadar IPU di bandar ini semakin baik.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/
Klik Untuk - Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Jerebu Terkini
0 comments:
Post a Comment