1Malaysia

  • Subscribe to our RSS feed.
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Facebook
  • Digg

Tuesday, October 1, 2013

PBSMR Ganti PMR Tahun 2014

Posted on 8:09 AM by Unknown


Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR bakal digantikan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Penilaian tersebut akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) merungkai empat subjek untuk dinilai kepada pelajar selain memberi dua cara untuk menjawab soalan sama ada dalam bahasa Malaysia atau Inggeris.

Menurut sumber, perkara tersebut akan diterangkan oleh jabatan Pelajaran Negeri sebelum penghujung tahun ini.


Pelaksanaan dan peperiksaan akan dijalankan oleh guru di sekolah tersebut dengan pemantauan LPM yang bertindak sebagai pemerhati.

Peperiksaan itu hanya melibatkan empat subjek, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, matematik dan Sains.

Walaubagaimanapun, mata pelajara seperti Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup akan dinilai menerusi semakan berperingkat dibawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seperti kerja khusus, kursus amalan dan projek.

PMR yang bermula esok mula diperkenalkan pada 1993 menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
Read More
Posted in Kementerian Pendidikan Malaysia, Pendidikan | No comments

Sunday, September 29, 2013

Cadangan agihan BR1M dua kali tahun depan

Posted on 1:59 AM by Unknown


Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali pada tahun depan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, selain itu kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat melalui transaksi kepada akaun bank penerima.

Sungguhpun begitu, beliau berkata, nilai BR1M hanya akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Okt ini.

"Kita telah menyediakan draf pertama yang telah dibentangkan kepada perdana menteri, jadi sekarang kita sedang memperkukuhkan lagi pemberian BR1M.

"Nilai sebenar masih belum dipastikan lagi, tetapi ia lebih daripada RM500 yang diberi sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di sini hari ini.

Katanya, kaedah agihan BR1M sebanyak dua kali ini membolehkan penerima menggunakannya secara berhemat berbanding pemberian sekaligus.

Ahmad Husni berkata, apabila dasar rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/ 
Read More
Posted in Bantuan Rakyat 1Malaysia | No comments

Monday, September 16, 2013

Agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MPEB) bantu Bumiputera

Posted on 12:13 AM by Unknown


Agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MPEB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk terus membantu masyarakat bumiputera di negara ini.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, lima fokus utama dalam agenda berkenaan dilihat selaras dengan perlembagaan negara yang memperuntukkan hak-hak istimewa bumiputera.

“Saya melihat pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri satu pengumuman yang amat baik kerana kita lihat dalam sejarah pembangunan orang Melayu dan bumiputera, kita masih tidak mampu untuk berdiri sepenuhnya tanpa bantuan daripada kerajaan kerana padang (ekonomi) itu masih tidak sama rata.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan akan mengangkat dan memberi ruang dari segi ekuiti dan pendidikan yang telah mendapat perlindungan perlembagaan, jangan lupa apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri selaras dengan perlembagaan negara,” katanya.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/


Read More
Posted in (MPEB), Agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, ekonomi | No comments

Friday, September 13, 2013

Lelaki ugut Ketua Polis Negara KPN Ditahan

Posted on 9:57 PM by Unknown


Seorang lelaki yang didakwa menyarankan seseorang diupah untuk menembak mati Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil), ditangkap ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, lelaki berusia 33 tahun itu, ialah seorang peniaga jualan langsung dari Negeri Sembilan.

Dia hadir ke IPD Cheras seorang diri pada pukul 9.30 pagi.

Menurut beliau, lelaki itu kemudian dihantar ke IPD Dang Wangi untuk siasatan mengikut Seksyen 505(b) atas kesalahan mendatangkan khianat awam dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/

Read More
Posted in jenayah, mahkamah | No comments

Wednesday, September 11, 2013

Teruskan Rebat Telefon Pintar RM200 Dalam Bajet 2014 - Celcom Axiata

Posted on 8:09 AM by Unknown


Penyedia telekomunikasi, Celcom Axiata Bhd, menggesa kerajaan meneruskan pelaksanaan Pakej Komunikasi Belia dalam Belanjawan 2014.

Pakej itu yang diumumkan dalam Belanjawan 2013, membolehkan golongan belia berusia 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, memperoleh rebat RM200 untuk membeli telefon pintar terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata beliau mahu melihat kerajaan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan digital.

"Pada asasnya kami mahu supaya pemilikan ke atas peranti menjadi lebih murah dan boleh diakses dan disediakan kepada semua," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada pengumuman keputusan suku kedua syarikat itu di sini Rabu.

Mohammed Shazalli berkata lebih banyak pusat komunikasi jalur lebar akan dibangunkan di seluruh negara bagi membolehkan mereka yang tidak mempunyai akses kepada rangkaian untuk menikmati kemudahan berkenaan.

Mengenai bila beliau menjangkakan syarikat telekomunikasi melepaskan cukai perkhidmatan kepada pengguna prabayar mudah alih, beliau berkata: "Ia merupakan proses berterusan antara kami dan pihak berkuasa kawal atur serta dalam kalangan peserta industri."

Beliau berkata syarikat telekomunikasi dan kerajaan belum lagi mencapai persetujuan dalam isu itu.

Sumber: http://www.bernama.com/
Read More
Posted in Rebate Smartphone RM 200, Teruskan Rebat Telefon Pintar Dalam Bajet 2014 - Celcom Axiata | No comments

Tuesday, September 3, 2013

RON92 mungkin diperkenalkan semula

Posted on 5:52 PM by Unknown


Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.

“Kita akan mengambil kira pendapat daripada semua pihak terutamanya rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Oleh itu, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini semalam.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/
Read More
Posted in | No comments

Monday, September 2, 2013

Warga Asing Sertai Kongsi Gelap

Posted on 12:47 AM by Unknown

Ops 6P Bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen Pulau Pinang di sebuah penempatan buruh asing di Relau dekat sini berjaya membongkar ke giatan kongsi gelap didalangi warga asing yang dipercayai aktif dalam kegiatan jenayah.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Basri Othman berkata, pihaknya melakukan serbuan ke kawasan itu pukul 12.30 malam semalam setelah melakukan intipan sejak seminggu lalu.

Menurut beliau, pemeriksaan di dalam beberapa bilik pekerja di situ menemui beberapa lambang kongsi gelap yang disenaraikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) antaranya Geng 08 dan Geng 04.

“Serbuan ini menunjukkan kegiatan kongsi gelap turut berleluasa di kalangan pekerja asing. Selain itu, terdapat juga beberapa lambang-lambang lain yang kemungkinan ada kaitan dengan gangsterisme.

“Pihak kita telah merujuk perkara ini kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut bagi mengesan warga asing yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dilokasi serbuan. - KOSMO!



Read More
Posted in jenayah, mahkamah | No comments

Wednesday, August 21, 2013

Lesen Memandu Batal Jika Gagal Bayar Saman - Ketua Polis Negara

Posted on 7:31 AM by Unknown


Seramai 1.7 juta individu yang disenaraihitamkan kerana degil membayar saman trafik bakal berdepan tindakan lesen memandu dibatalkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan itu akan ditumpukan terhadap penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil yang banyak menyumbang kepada jumlah kemalangan maut pada Op Selamat III sempena Aidilfitri baru-baru ini.

"Kami mensasarkan penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil terlebih dahulu berikutan peningkatan jumlah kemalangan maut dalam Ops Selamat III (membabitkan mereka)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen/daerah terbaik Op Selamat III di sini, Rabu.

Beliau berkata polis akan mencadangkan undang-undang dipinda segera bagi membolehkan tindakan itu diambil dengan secepat mungkin.

Ops Selamat III yang bermula pada 1 Ogos hingga 18 Ogos lepas, secara keseluruhannya mencatatkan 17,831 kes kemalangan yang menunjukkan penurunan sebanyak 106 kemalangan berbanding Ops Selamat II.

Bagaimanapun kadar kemalangan maut telah meningkat sebanyak 32 kes atau 14.2 peratus iaitu daripada 226 kes kepada 258 kes, dengan jumlah kematian turut meningkat sebanyak 49 kes atau 20.2 peratus iaitu daripada 243 kes kepada 292.

Khalid berkata mereka yang telah disenarai hitam dan juga mempunyai saman tertunggak dinasihatkan membayar saman mereka bagi mengelakkan tindakan itu.

"Kami juga akan mengambil penguatkuasaan yang lebih agresif khususnya terhadap mereka memandu laju, melanggar lampu isyarat dan memotong dua garisan berkembar, jadi, esok jangan salahkan polis kerana mendapat saman," katanya.

Sementara itu semasa berucap pada majlis tersebut, Khalid berkata para pemandu kenderaan, terutamanya penunggang motosikal, perlu mengubah sikap bagi mengelakkan daripada kemalangan maut yang semakin meningkat pada masa ini.

Mengenai kesedaran di kalangan masyarakat untuk bekerjasama dengan polis dalam membantu menjaga harta benda dan memerangi jenayah, beliau melahirkan rasa puas hati dengan peningkatan penyertaan masyarakat.

"Ini dapat dilihat berdasarkan peningkatan penyertaan masyarakat dalam kempen Op Selamat tahun ini iaitu sebanyak 8,592 atau 58.5 peratus, secara tidak langsung menunjukkan tahap penerimaan masyarakat terhadap PDRM semakin positif dalam usaha membanteras jenayah," katanya. BERNAMA

Semak Saman Online Polis Diraja Malaysia PDRM (klik)

Semakan Saman Jabatan Pengankutan Jalan JPJ (Klik)
Read More
Posted in Bayaran Saman, Jabatan Pengankutan Jalan, JPJ, MyEG, Polis Diraja Malaysia PDRM, Semak Saman Online | No comments

Mercedes-Benz E-Class | E200 dan E250 BlueEFFICIENCY

Posted on 5:57 AM by Unknown

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) memperkenalkan model baru E-Class yang menampilkan reka bentuk lebih sporty serta disepadukan dengan sistem enjin lebih cekap yang disasar membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju segmen kereta mewah. 

Menggabungkan ciri kemewahan, keselesaan dan pelbagai ciri terkini terutama sistem yang dapat membantu menghindar kemalangan, E-Class 2013 dinobatkan sebagai siri E terbaik yang pernah dikeluarkan pengeluar automotif Jerman itu. 

E-Class terbaru itu turut mengorak langkah penting dari aspek keberkesanan dan ekologi apabila ia dipertingkatkan dengan enjin petrol suntikan langsung BlueDIRECT empat lejang. 


Dua varian

Di Malaysia, dua varian model itu dilancarkan semalam iaitu E200 dan E250 BlueEFFICIENCY dalam kemasan Avantgarde, yang dipadankan dengan kotak gear baru, 7G-TRONIC PLUS. Varian E-400 pula dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini. 

Varian berkenaan dalam kemasan Avantgarde dipadankan dengan komponen sporty manakala sistem keselamatan terkini iaitu bantuan halangan pelanggaran meningkatkan aspek keselamatan bagi menghindar kemalangan sama ada objek melintas mengejut mahupun lampu pintar anti-silau.

Sistem pemanduan pintar itu yang dapat membantu menghindar kemalangan dan beroperasi menggunakan sistem amaran berasaskan radar yang menyelaraskan bantuan brek bagi mengurangkan risiko pelanggaran belakang.

E200 dan E250 BlueEFFICIENCY dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang MBM, Pekan, Pahang dan masing-masing dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM366,888 serta RM405,888 di Semenanjung Malaysia. 

E200 yang dipadankan dengan enjin 2.0 liter dan menjana 184 bhp dan tork 300Nm, memecut dari pegun hingga 100 kilometer (km) sejam dalam 7.9 saat manakala E250 pula dengan enjin sama menghasilkan 211 bhp dan tork 350Nm untuk memecut dari sifar ke 100 km sejam pada 7.4 saat.

Sumber: http://www.bharian.com.my/
Read More
Posted in ansuran bulanan, E200, E250 BlueEFFICIENCY, harga kereta, kereta, Mercedes-Benz E-Class | No comments

Monday, August 19, 2013

Puteri Diana Dibunuh Oleh Tentera Britain? - Scotland Yard

Posted on 1:43 AM by Unknown


Scotland Yard semalam berkata mereka kini menilai kredibiliti maklumat baru berkait dengan kematian Puteri Diana dan Dodi Fayed, termasuk dakwaan mereka dibunuh oleh seorang anggota tentera Britain.

Menurutnya, maklumat itu diperoleh daripada perbicaraan kedua mahkamah tentera terhadap Sarjan Danny Nightingale, penembak tepat pasukan khas tentera Britain (SAS) yang disyaki menyembunyikan sepucuk pistol dan 338 peluru dalam bilik tidurnya. 

Dakwaan itu terkandung dalam sepucuk surat daripada ibu bapa mentua bekas rakan serumah Nightingale yang dihantar kepada pegawai pemerintah SAS pada September 2011. 

Ia difahamkan bahawa maklumat berkenaan diserahkan kepada Polis Metropolitan London menerusi Polis Tentera Diraja.

Akhbar Sunday People melaporkan, surat itu menyatakan Nightingale mendakwa SAS bertanggungjawab terhadap kematian Diana dan ia ‘dirahsiakan.’


“Perkhidmatan Polis Metropolitan menyiasat maklumat yang diterima baru-baru ini berkait dengan pembunuhan itu dan kini menilai hubungan serta kredibilitinya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Scotland Yard. 

Penilaian berkenaan akan dilakukan oleh pegawai Markas Jenayah dan Operasi Khas. 

Polis berkata, mereka tidak bersedia untuk membincangkan masalah itu lebih lanjut sementara seorang jurucakap keluarga diraja berkata, tidak ada kenyataan akan dikeluarkan mengenai perkara itu, termasuk daripada Putera William, Harry mahupun istana. 

Diana, Dodi dan pemandu mereka, Henri Paul mati selepas Mercedes yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di sebuah terowong di Paris pada pagi 31 Ogos 1997 selepas mereka meninggalkan Hotel Ritz. 

Siasatan mengenai kematian Diana dan Dodi mengambil masa lebih 90 hari dengan 250 saksi memberi keterangan. 

Inkues berkenaan berakhir pada 27 April 2008 dengan juri merumuskan bahawa ‘Puteri Rakyat’ dan teman lelakinya terbunuh akibat kelalaian dalam pemanduan kereta. 

Selepas perbicaraan berakhir, Polis Metropolitan berkata, mereka membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk inkues itu dan siasatan yang dilakukan dari 2004 hingga 2006. - AFP
Read More
Posted in jenayah | No comments

Sunday, August 18, 2013

Daftar Online Get Malaysian Business Online (GMBO) SKMM

Posted on 6:30 PM by Unknown


Get Malaysian Business Online

Get Malaysian Business Online adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.


Syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online
  • Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun.
  • Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat.
  • Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif.
  • Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
  • Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan.
  • Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.

Pendaftaran Get Malaysian Business Online SKMM
Read More
Posted in Daftar Online Get Malaysian Business Online, GMBO, SKMM | No comments

Saturday, August 17, 2013

Braulio Nobrega Rodriguez Sertai Johor Darul Takzim JDT Tahun 2014

Posted on 9:46 PM by Unknown


Johor Darul Takzim (DT) berjaya mengikat bekas penyerang Atletico Madrid dan Real Zaragoza, Braulio Nobrega Rodriguez untuk menyertainya bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. 


Pemain berusia 27 tahun itu akan bergandingan dengan bekas bintang Argentina dan Benfica SL, Pablo Aimar yang sebelum ini turut bersetuju menyertai Johor DT. 

Sumber: http://www.bharian.com.my/
Read More
Posted in Johor Darul Takzim, sukan | No comments

Masterchef: Resepi Nasi Beriani

Posted on 8:56 PM by Unknown

Bahan-bahan :

2 pot beras basmathi (dibersihkan).
Air secukupnya.
1/2 cawan minyak sapi.

Dihiris :

6 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.

Tidak Dihiris :

2 kuntum bunga lawang.
2 kuntum bunga cengkih.
1 batang kulit kayu manis.
1 biji buah pelaga.
2 helai daun pandan.
Sedikit pewarna kuning dan garam.

Cara Membuat :

  • Panaskan minyak sapi dalam periuk.
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
  • Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan
  • Masukkan beras, garam, dan air secukupnya.
  • Apabila nasi hampir kering, bubuhkan pewarna dan dikacau rata. Masak lagi selama 10 minit.
Read More
Posted in masakan, masterchef, Nasi Beriani, resepi | No comments

Semakan Keputusan SPM Ulangan 2013

Posted on 5:17 PM by Unknown

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2013 akan dikeluarkan Rabu ini (21.08.2013).

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini, slip keputusan akan diposkan atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan.

Calon juga boleh membuat semakan melalui perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMU RESULT, nombor kad pengenalan dan hantarkan ke 15888.

Seramai 12,520 calon menduduki peperiksaan dan daripada jumlah itu, 7,148 calon mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu manakala 2,932 calon mendaftar bagi mata pelajaran Matematik dan 2,440 lagi bagi kedua-dua mata pelajaran.

Sebanyak 232 pusat peperiksaan dibuka pada 11 dan 12 Jun di seluruh negara. - BERNAMA

Read More
Posted in Semakan Keputusan SPM Ulangan 2013 | No comments

Friday, August 16, 2013

Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013

Posted on 7:58 AM by Unknown


Penganjuran Anugerah Lawak Warna adalah bagi memberikan penghargaan, penghormatan dan ganjaran kepada individu dan produksi untuk pencapaian cemerlang dalam Televisyen & Filem Komedi.

Sebahagian besar daripada pemenang Anugerah bakal dipilih oleh barisan juri profesional yang terlibat serta disegani dalam industri komedi dan hiburan di Malaysia.


Berikut ialah senarai para pemenang bagi kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Lawak Warna:

KATEGORI TERBAIK

1. FILEM KOMEDI TERBAIK
  • Istanbul Aku Datang
2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)
  • Zizan (Hantu Kapcai)
3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)
  • Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)
  • Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)
5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)
  • Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV)
6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)
  • Maharaja Lawak Mega 2012
7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK
  • Keluarga Iskandar (KL motion Picture Sdn Bhd)
8. SIRI KOMEDI KANAK-KANAK TV TERBAIK
  • Oh! My English (RED Communication)
9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)
  • Warna Raya 2012
10. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)
  • Istanbul Aku Datang
11. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)
  • 7 Dulang Asam Pedas
12. SKRIP KOMEDI TV TERBAIK
  • Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)
13. SKRIP KOMEDI FILEM TERBAIK
  • Rock oo
14. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)
  • Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)
15. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)
  • Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)

KATEGORI POPULAR

1. ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR
  • Jep Sepah
2. ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR
  • Didie Alias
3. SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR
  • Sketsa JoHaRa
4. VIDEO VIRAL ORIGINAL PALING POPULAR 
  • Matluthfi90 - Drama-Drama Sebelum Kahwin
5. ANUGERAH KHAS JURI
  • Allahyarham S Shamsuddin
  • Othman Hafsham
Read More
Posted in Astro Warna, Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013 | No comments

Thursday, August 15, 2013

Proton Suprima S 1.6 Liter Turbo Versi Hatchback

Posted on 4:30 PM by Unknown

Syarikat kereta nasional, Proton akan melancarkan model terbaru produk keluaran mereka Sabtu ini, model tersebut diramalkan versi 'hatchback' sedan Preve.

Menurut beberapa laman web kenderaan bermotor, model terbaru itu akan dikenali sebagai 'Suprima'.


Penasihat Proton yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan melancarkan model terbaru tersebut di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di Kuala Lumpur.

Walaupun tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai model terbaru ini, kereta berkenaan didatangkan dengan binaan dalaman yang lengkap.

Jemputan perasmian juga menunjukkan sebuah model kereta sedan lima pintu yang dikatakan mirip reka bentuk asal kereta tersebut.

Model sedan Preve dilancarkan April tahun lepas dan didatangkan dengan tiga pilihan warna.

Ia boleh ditempah dengan model 1.6 liter turbo atau enjin bukan turbo, dan transisi manual atau automatik.
Read More
Posted in ansuran bulanan, harga kereta, kereta, Proton Suprima 1.6 Liter Turbo | No comments

Semakan Tawaran Program Kolej Vokasional KPM

Posted on 3:30 PM by Unknown

Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Tawaran ke Program Kolej Vokasional (KV) di Kolej Swasta, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 14 Ogos 2013 (Rabu) sehingga 26 Ogos 2013 (Isnin).

Untuk membuat semakan, Sila Masukkan No. Kad Pengenalan Atau Angka Giliran PMR 2012 dan Klik Butang Semakan. Pastikan maklumat No. Kad Pengenalan atau Angka Giliran calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PMR 2012 calon.

Semakan Tawaran Ke Program Kolej Volasional (KV) di Kolej Swasta (sila klik)



Read More
Posted in Kementerian Pendidikan Malaysia, Pendidikan, Semakan Tawaran Program Kolej Vokasional KPM | No comments

Wednesday, August 14, 2013

Video Lelaki Serang Bekas Teman Wanita Tersebar

Posted on 4:20 AM by Unknown

Video seorang lelaki yang menyerang bekas teman wanitanya tersebar di Internet. Lelaki tersebut bukan saja bertindak memijak badan wanita berkenaan tetapi memukulnya dengan penukul. Video itu dipercayai dirakamkan oleh anak perempuannya. Seorang lagi wanita cuba menghentikan pertengkaran itu manakala terdengar suara merayu supaya ianya dihentikan.


Video tersebut yang disiarkan dalam laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign itu dikongsi sebanyak 160 kali sejak ia dimuat naik pada Isnin. Video itu yang turut dimuat naik dalam laman YouToube ditonton lebih 6,800 kali.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan insiden itu berlaku pada Ahad. Beliau berkata insiden itu berkaitan dengan keganasan domestik dan suspek ditahan pada hari yang sama. Mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Beliau berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.

Sumber: http://mstar.com.my/
Read More
Posted in jenayah, Video Lelaki Serang Bekas Teman Wanita Tersebar | No comments

Monday, August 12, 2013

Filem-Filem Paling Seram Di Asia

Posted on 8:00 PM by Unknown

Anda peminat filem seram? Anda ternanti-nantikan filem seram Hong Kong "Tales from the Dark Part II" yang bakal ditayangkan Ogos ini? Anda mengaku diri anda 'horror enthusiast'?

Semua orang tahu, Asia merupakan benua yang paling 'pro' dalam genre seram. Kita punya mitos, tahyul, dan legenda. Kita juga punya pelbagai jenis spesis hantu, dari pontianak, pocong, langsuir, hantu raya, hantu kopek, jerangkung, dan lain-lain.

Malah di Jepun, anda ditakutkan dengan spesis hantu seperti onryo (hantu putus cinta), ubume (hantu mati bersalin), goryo (hantu berdendam), zashiki warashi (hantu budak), dan funayurei (hantu kapal). Itu belum masuk bab yokai dan obake lagi!

Jadi, jika anda jawab YA pada semua soalan tersebut, pasti anda sudah menonton filem-filem seram Asia seperti yang di bawah. Jika anda jawab TIDAK, kami mengesyorkan agar anda menonton semuanya!

Coming Soon (2008)

Filem ini merupakan filem arahan Sokpon Sudapisit, penulis bersama filem "Shutter" dan "Alone". Jika anda peminat filem seram Thailand, anda pasti tahu dua filem yang disebutkan itu merupakan antara filem seram Thailand paling hit di seluruh dunia.

Jika filem "Shutter" berlatarkan kisah seorang jurugambar, "Coming Soon" (yang mendapat namanya daripada perkataan yang biasa digunakan di poster untuk mengiklankan filem akan datang) berlatarkan sebuah pawagam. Ia berkisar tentang seorang operator projektor bernama Shane yang membuat salinan cetak rompak sebagai kerja sampingannya. Peristiwa aneh berlaku satu demi satu apabila rakannya hilang ketika sedang cuba membuat salinan sebuah filem tentang Shomba, hantu wanita gila yang menculik dan membutakan mata kanak-kanak.

Jika anda sukakan 'twist', filem ini sesuai untuk anda. Jangan risau, twist dalam filem ini bukan klise seperti 'rupa-rupanya dia gila' atau 'rupa-rupanya semua ini hanya mimpi'.

Jigoku (1960)

Anda mungkin menganggap filem seram Jepun tahun 60-an ini sudah terlalu lama, malah seusia dengan filem "Antara Dua Darjat"!

Tapi filem ini, arahan Nobuo Nakagawa yang dikenali dalam industri filem Jepun kerana karya-karya bergenre seram dan diilhamkan dari kisah rakyat, merupakan sebuah filem yang mungkin sesuai untuk menginsafkan anda. Malah para pengkritik memilih filem "Jigoku" (Neraka) ini kerana elemen aneh-ngeri yang sinonim dengan filem-filem Jepun zaman sekarang, seperti "Ranpo Noir" dan "Okaruto".

"Jigoku" dipersembahkan dalam dua bentuk, di mana separuh masa pertamanya dihabiskan untuk menceritakan kisah beberapa pendosa duniawi, dan separuh masa kedua menunjukkan apa yang berlaku kepada semua insan berdosa tersebut di alam akhirat. Mungkin separuh masa pertama itu agak membosankan, tapi itu hanyalah untuk mempersiapkan anda sebelum anda dikejutkan dengan imejan demi imejan, babak demi babak seksaan di neraka – menjadikan filem ini antara filem gore terawal di Jepun.

Juga mungkin buat anda ambil wuduk dan tunaikan solat dengan segera!

Ju-On: The Grudge (2002)

Sebuah rumah yang nampak normal tapi dipenuhi sejarah hitam. Hantu wanita pendendam yang memulakan kegilaan filem-filem seram dengan imej hantu merangkak. Hantu budak berwarna biru pucat yang memberi isyarat kehadirannya dengan ngiauan kucingnya yang berwarna hitam. Kejutan demi kejutan dan gangguan hantu tanpa ada sebab rasional.

"Ju-on: The Grudge" arahan Takashi Shimizu merupakan filem seram yang buat anda rasa takut kepada tangga dan bunyi ngiauan, dalam masa yang sama buat anda berkerut dahi kerana tidak tahu kenapa roh Saeki Kayako harus membunuh orang yang tidak berdosa. Sekalipun ia merupakan filem pertama yang ditayangkan di pawagam, konsep hantu 'onryo/zashiki warashi' dalam bentuk anak-beranak Saeki Kayako dan Toshio ini bermula pada tahun 1998, apabila Shimizu menghasilkan dua filem pendek berjudul "Katasumi" (filem pertama menampilkan Saeki Kayako) dan "4444444444" (filem pertama menampilkan watak Toshio).

Sekalipun ia dianggap antara filem paling menyeramkan di Jepun, malangnya, filem adaptasi Hollywoodnya tidak mendapat sambutan hangat. Ya, terima kasih Hollywood kerana memusnahkan setiap filem seram Asia yang wujud di muka bumi.

Shutter (2004)

Filem arahan Banjong Pisanthanakun dan Parkpoom Wongpoom ("4bia", "Pee Mak") ini merupakan antara filem seram Thailand pertama yang benar-benar berjaya menarik perhatian dunia, sekalipun ia merupakan filem cereka sulung arahan kedua-dua pengarah tersebut.

Filem yang dilakonkan oleh si kacak Ananda Everingham sebagai jurugambar bernama Tun ini bermula apabila kereta yang dipandu teman wanitanya Jane terlanggar seorang wanita. Tun mula mengalami kejadian-kejadian aneh yang membuatkan dia sangka ia ada kaitan dengan wanita yang dilanggar Jane. Namun apabila rakan-rakan baiknya mula membunuh diri seorang demi seorang, Tun menyedari bahawa kejadian aneh tersebut ada kaitan dengan masa lampaunya.

Filem ini turut mendapat perhatian kerana menggunakan konsep 'spiritual photography' dan turut memaparkan beberapa contoh 'foto berhantu' yang menjadi subjek kegemaran ramai. Sebuah filem adaptasi Hollywood dibuat pada tahun 2008 dan beberapa filem ciplak lain turut dihasilkan, tapi kita tidak perlu bercakap tentang filem entah apa-apa itu.

A Tale of Two Sisters (2003)

Ada banyak filem-filem seram yang datang dari Korea Selatan, dan kebanyakannya menggunakan teknik yang sama – wanita berambut panjang, syot yang nampak berseni tapi menyeramkan, dialog yang sukar difahami, perbualan yang lebih banyak menung dari interaksi, dan pengakhiran dengan twist 'masalah mental'.

"A Tale of Two Sisters" tidak ada bezanya, namun ia menjadi antara filem seram psikologi yang paling berkesan antara yang lain. Filem arahan Kim Ji-woon ("I Saw the Devil") ini berkisar sebuah keluarga dengan sejarah hitam masing-masing, secara khususnya adik-beradik Su-mi dan Soo-yeon dan hubungan mereka dengan si ibu tiri kejam, Eun-joo.

Filem yang diilhamkan dari sebuah cerita rakyat bertajuk "Janghwa Hongryeon Jeon" ("Kisah Jang-hwa dan Hong-ryeon") ini turut menaikkan nama pelakon remaja Moon Geun-yeong ("Cheongdamdong Alice"). Ia juga diadaptasi oleh Hollywood dengan tajuk "The Uninvited" lakonan Emily Browning dan Elizabeth Banks.

Noroi (2005)

Hollywood mungkin mempopularkan genre 'found footage/mockumentary' melalui filem "The Bair Witch Project" dan terus menghasilkan lebih banyak filem sedemikian dengan francais "Paranormal Activity", "The Last Exorcism" dan sebagainya. Namun anda harus akui, filem "Noroi" arahan Koji Shiraishi ("Okaruto") berada di satu tahap berbeza, apatah lagi bila berlatarkan sejarah Jepun yang dipenuhi kepercayaan tahyul tentang dewa-dewa, yokai dan obake.

Kisah "Noroi" dipecahkan ke beberapa bahagian – si artis idola yang mengalami gangguan aneh selepas menyertai satu program berkonsep paranormal, si wartawan yang sedang menyiasat fenomena-fenomena aneh sekitar Jepun, seorang budak perempuan dengan kuasa psikik yang telah diculik dari keluarganya, dan seorang psikik gelandangan yang membalut dirinya dengan kertas aluminium kerana takut dengan 'bakteria paranormal'. Semuanya akhirnya berjaya disatukan si wartawan dan dikaitkan dengan syaitan bernama Kagutaba dan upacara penyembahan yang dilakukan untuk mengamankannya.

Kehebatan "Noroi" terletak pada susunan bahagian filemnya, membuatkan anda terus setia menonton dari mula hingga akhir tanpa sedikit pun rasa bosan. Malah intensitinya dikekalkan sehingga pengakhirannya yang boleh buat anda rasa seriau satu badan!

Ring (1998)

Usah dibincangkan filem remake Hollywoodnya. Sekalipun filem itu dianggap satu kejayaan dan menaikkan status filem-filem seram Asia di Barat, ia tidak sama dengan filem asal arahan Hideo Nakata ("Dark Water") ini.

Tapi yang menariknya, filem "Ring" ini (atau "Ringu", jika anda mahu sebutan yang paling tepat) merupakan filem adaptasi dari novel "Ring" karya Koji Suzuki, yang juga sebenarnya diilhamkan dari cerita rakyat Jepun, "Bancho Sarayashiki" (jika anda pernah baca komik "Doremon", anda pasti tahu kisah si hantu yang mengira piring).

Tapi persamaannya berakhir di situ. Novel karya Koji Suzuki lebih bersifat saintifik berbanding paranormal, di mana semua kejadian yang berlaku melibatkan si hantu berambut panjang Sadako disebabkan virus yang bergabung dengan kuasa psikiknya. Malah filem yang lebih setia dengan karya asal adalah filem Korea Selatan, "The Ring Virus" arahan Kim Dong-bin.

Apa pun fakta sebenar, hakikatnya, filem lakonan Nanako Matsushima, Hiroyuki Sanada, dan Rikiya Otaka ini dianggap sebagai filem paling menakutkan di Jepun, berdasarkan survey yang dibuat oleh Oricon.

Three... Extremes (2004)

Jika anda suka filem seram dari Hong Kong, Korea Selatan, dan Jepun, maka "Three... Extremes" adalah jawapannya. Sekalipun ia merupakan sekuel kepada konsep filem "Three" yang ditayangkan pada tahun 2002 dan menampilkan Peter Chan (HK), Nonzee Nimibutr (Thailand) dan Kim Ji-woon (Korea Selatan), "Three... Extremes" dianggap lebih hebat berbanding filem asalnya.
Ia menampilkan tiga buah kisah seram dari tiga buah negara. Filem dari Hong Kong berjudul "Dumplings", diarahkan oleh Fruit Chan ("Public Toilet") mengenai seorang pelakon wanita veteran yang mahukan keremajaannya semula dengan memakan ladu yang kononnya boleh mengembalikan usia mudanya.

Filem dari Korea Selatan pula diarahkan Park Chan-wook ("Oldboy"), berkisar seorang pengarah filem terkenal dan isterinya yang diculik oleh seorang pelakon tambahan dan terpaksa membabitkan diri dalam permainan sadistik untuk menyelamatkan si isteri.

Sementara itu, filem dari Jepun pula dihasilkan oleh Takashi Miike ("One Missed Call"), tentang seorang wanita pendiam yang seringkali bermimpi buruk di mana dia dikebumikan dalam sebuah kotak dalam salji.

Troublesome Night (1997)

Anda bukan peminat filem seram Asia jika tidak pernah menonton walau satu pun dari 19 filem francais "Troublesome Night". Ia merupakan antara filem seram pertama Asia yang dipersembahkan dalam bentuk empat segmen berbeza yang disatukan secara berterusan. Ia juga dihoskan oleh Simon Lui yang turut tampil dalam kesemua segmen dengan watak berbeza-beza.
Dalam filem pertama francais ini yang diarahkan oleh Herman Yau ("The Untold Story"), kisah pertama adalah mengenai seorang pemuda bernama Ken yang mengalami banyak insiden aneh selepas bertemu dengan seorang wanita misteri berhampiran kubur di mana dia dan kawan-kawannya berkhemah.

Di pengakhiran kisahnya, rakan-rakan Ken kembali ke Hong Kong dan satu lagi kisah seram bermula, dan membabitkan seorang wanita bernama Puan To yang tertunggu-tunggu kemunculan suaminya untuk sambutan ulangtahun perkahwinan mereka. Pengakhiran kisah tersebut pula memulakan satu lagi cerita tentang kawan Ken bernama Jojo yang bercinta dengan hantu.

Kisah keempat pula merupakan seram komedi yang melibatkan seorang lelaki bernama Peter Butt yang keluar menonton wayang bersama kawan-kawan Ken tanpa mengetahui bahawa pawagam tersebut berhantu.

Sundel Bolong (1981) 

Jika anda masih seorang kanak-kanak di era 80-an, filem seram Indonesia yang dipetik dari mitos Jawa tentang hantu seorang pelacur ini pasti menjadi mimpi ngeri anda setiap malam.

"Sundel Bolong", lakonan Suzzanna dan Barry Prima berkisar tentang seorang bekas pelacur yang telah diperkosa ketika suaminya berlayar selama sembilan bulan. Akibat malu kerana hamil anak pemerkosanya, dia membunuh diri dan bangkit semula untuk membalas dendam.

Jika anda menontonnya sekarang, mungkin banyak babak dan dialog yang boleh dipersoalkan, dan lakonan yang boleh dikritik. Tapi suatu masa dahulu, filem arahan Sisworo Gautama Putra ("Nyi Blorong") ini berjaya membuatkan semua kanak-kanak bermimpi buruk, apatah lagi bila menonton babak sundel bolong minum kuah satay panas yang kemudiannya tembus mengalir di belakang badannya.

Misteri Rumah Tua (1987)

Mungkin filem ini dilakonkan oleh Noorkumalasari dan selama ini anda menontonnya dengan alih suara Bahasa Melayu. Tapi filem yang membuatkan semua kanak-kanak era 80-an ke 90-an takut dengan poster Noorkumalasari ini sebenarnya merupakan filem gabungan Malaysia-Indonesia yang diarahkan oleh Lilik Sudijo ("Gundala Putra Petir").

"Misteri Rumah Tua" bermula dengan enam orang remaja yang secara tidak sengaja telah menjadi sasaran hantu seorang wanita yang ingin membalas dendam terhadap peristiwa yang berlaku pada keluarganya, apatah lagi bila seorang dari mereka, Susi (lakonan Rani Soraya) merupakan anak kepada lelaki yang telah memperkosa dan membunuh ahli keluarga wanita tersebut (lakonan Noorkumalasari).

Filem yang turut dilakonkan oleh Tonny Hidayat, WD Mochtar, dan Bram Adrianto ini juga menjadi filem yang seringkali disebut-sebut bila bercakap tentang filem seram di Malaysia/Indonesia, apatah lagi dengan babak ikonik - si hantu melahirkan bayinya melalui mulut.

Oh, dan imej Noorkumalasari menyeringai dan menjegilkan mata di permulaan filem masih berjaya membuat penulis rasa seram sejuk.

Sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/
Read More
Posted in Filem Paling Seram, hiburan | No comments

Honda EX5 Dream 110

Posted on 7:09 AM by Unknown

Bagi meneruskan dominasi segmen underbone, Boon Siew Honda memperkenalkan generasi ketiga EX5 di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.

Dikenali sebagai EX5 Dream 110, produk kali ini sudah melepasi transformasi total yang melibatkan aspek rekaan dan prestasi.

EX5 Dream 110 dilengkapi enjin berkapasiti 110cc. Dua model generasi sebelumnya mengaplikasi enjin 100cc.

Jentera empat lejang itu menawarkan peningkatan kuasa enjin sebanyak 11 peratus berbanding rangkaian kuasa model terdahulu.


Sekali pandang, EX5 Dream 110 Malaysia ada iras-iras seperti model yang dijual di Thailand. Sungguhpun begitu, ada kelainan pada komponen khususnya sistem penyampaian bahan api.

Penampilan baharunya dilihat masih mengekalkan nilai-nilai klasik yang terdapat pada model generasi sebelum ini.

Elemen moden telah diterapkan pada set lampu hadapan dan belakang. Perumah lampu belakang telah disatukan dengan pemantul cahaya untuk pencahayaan lebih terang.

Pembaharuan lain melibatkan penggunaan sistem suspensi tahan lasak dan tayar yang lebih lebar.

Honda EX5 Dream 110 didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu merah, hijau, biru dan ungu.

Harga jualan asas bagi varian dengan penghidup tendang ialah RM3,908 seunit. Bagi versi penghidup elektrik dijual pada harga RM4,145 sebuah. Jaminan diberikan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 kilometer.

Umtuk Maklumat lebih lanjut, sila layari Honda EX5 Deram 110 (klik)

sumber: http://www.kosmo.com.my/
Read More
Posted in Harga Honda EX5 Dream 110 | No comments

Sunday, August 11, 2013

Lepasan STPM, Matrikulasi Gagal Ke IPTA Berpeluang Ke UITM

Posted on 8:50 AM by Unknown


Pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tidak diterima masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berpeluang mengikuti program diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Naib Canselornya, Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, tawaran itu membolehkan pelajar terbabit mengikuti program diploma di mana-mana kampus UiTMdi seluruh negara dengan kelonggaran syarat.

"Mereka boleh merayu dengan menghantar surat rayuan secara terus kepada saya di pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam dengan menyertakan keputusan peperiksaan yang diperolehi," katanya di sini, Ahad.

Sahol Hamid berkata, tawaran itu diberikan selepas beliau menerima banyak surat daripada pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan STPM yang merayuuntuk mengikuti program ijazah di UiTM selepas gagal memasuki IPTA lain berikutan tidak melepasi syarat dikenakan mengikut sistem merit.

Beliau berkata, pelajar dengan kelulusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.0 ke atas akan diberi pertimbangan untuk pengecualian beberapa mata pelajaran atau dengan pengurangan beberapa kredit serta mungkin boleh menghabiskan program diploma dengan segera.

"Bagi pelajar lepasan STPM pula, mereka boleh membuat rayuan jika mendapatkelulusan kredit bagi lima mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat CGPA tidak kurang 2.0.

"Mereka yang terpilih juga layak untuk memohon bantuan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," katanya. -BERNAMA
Read More
Posted in Semakan kemasukan ke IPTA, Semakan Online Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014 | No comments

Saturday, August 10, 2013

Jumlah BR1M Naik Tahun 2014

Posted on 10:30 AM by Unknown

Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Katanya, perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

"Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.


Ahmad Husni berkata, kerajaan juga melihat kemungkinan untuk melaksanakan dasar rasionalisasi subsidi yang memastikan hanya kumpulan sasar yang layak menikmatinya.

Ini kerana katanya kaedah pelaksanaan sekarang dinikmati oleh semua golongan termasuk yang berpendapatan tinggi dan orang kaya, sekali gus tidak memenuhi matlamat sebenar pemberian subsidi itu. - Bernama

Read More
Posted in Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M 2.0, Jumlah BR1M Naik Tahun 2014 | No comments

Friday, August 9, 2013

Bapa Dan Anak Sembunyi Dalam Hutan 40 Tahun

Posted on 7:00 PM by Unknown

Seorang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat.

Ho Van Thanh dan anaknya Ho Van Lang melarikan diri dari kampung mereka selepas serangan bom Amerika Syarikat membunuh tiga anggota keluarga mereka.

Mereka ditemui penduduk tempatan yang mencari kayu api jauh di dalam hutan di daerah Tay Tra di wilayah Quang Ngai.

Pihak berkuasa semalam mengesahkan lelaki itu ialah Ho Van Thanh, 82 dan anaknya, Ho Van Lang, 41.

Lelaki tua itu menjalani kehidupan normal bersama keluarganya di Tra Kem ketika Perang Vietnam.

Bagaimanapun, selepas letupan bom meragut nyawa isteri dan dua anak lelakinya yang lain, dia melarikan diri dengan membawa anaknya berusia dua tahun ke dalam hutan dan sejak itu tidak pernah berhubung dengan manusia lain.

Mereka hidup dengan memakan buah hutan serta menanam jagung dan membuat pakaian daripada kulit kayu serta tinggal di pondok yang dibina lima meter di atas pokok. - Agensi

Sumber: http://www.hmetro.com.my/
Read More
Posted in berita | No comments

KL Gangster 2 Official Trailer 2013

Posted on 7:32 AM by Unknown

KL Gangster 2 ialah sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Syamsul Yusof dan dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Rosyam Nor. Filem ini akan ditayangkan pada 3 Oktober 2013.


Plot cerita mengisahkan dua beradik iaitu Malek dan Jai terjebak dalam dunia samseng setelah kematian bapa mereka 10 tahun lalu. Sejak kematian si bapa, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan dan mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.

Disebabkan kesempitan wang, Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja bagi mengubah nasib hidupnya walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi, lebih-lebih lagi apabila laporan doktor mengesahkan ibu mereka mengidap penyakit barah. Keadaan bertambah perit apabila kakaknya, Zati diperkosa.

KL Gangster 2 Official Trailer 2013

Read More
Posted in Full Movie, KL Gangster 2 Official Trailer 2013 | No comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Popular Posts

  • Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia
    Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia ditubuhkan untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan masyarakat yang menjadi kekuatan untuk kita pada masa ...
  • Harga Terkini Perodua Viva 2013
    Harga / Price  Perodua Viva 660  Harga / Price Perodua Viva 850 Notes :  1. Prices are with accessories. 2. Optional insurance coverage a) W...
  • Kad diskaun pesara kerajaan
    Kad diskaun untuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu akan diperlua...
  • Honda EX5 Dream 110
    Bagi meneruskan dominasi segmen underbone, Boon Siew Honda memperkenalkan generasi ketiga EX5 di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini. D...
  • Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA
    PENGENALAN Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA...
  • Ansuran bulanan Proton Saga SV RM250
    Kereta baharu keluaran Proton Holdings Bhd., Proton Saga SV 1.3L yang dilancarkan kelmarin pada harga rendah, mendapat sambutan baik daripad...
  • Bagaimana hendak membuat blog di Blogger | How to Create a Blog on Blogger
    Bagaimana hendak membuat akaun Blogger? Pada halaman utama Blogger , klik "Buat Blog Anda Sekarang", dan buat Akaun Google. Anda d...
  • Memasang Iklan Nuffnang pada setiap post
    Untuk memasang Iklan Nuffnang yang bersaiz 336px x 280px (Large Rectangle) pada setiap posting seperti yang boleh anda lihat pada entri ini,...
  • 500 duri landak melekat pada muka anjing Bulldog
    Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor...
  • Pekerja ladang mati disembelih sepupu
    MIRI: “Apa yang saya bimbang akhirnya berlaku,” kata Senab Saing, 26, isteri pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang mati akibat di...

Categories

  • (AS 1MALAYSIA)
  • (KADS1M)
  • (MPEB)
  • (SPP1M)
  • 000 telefon percuma
  • 1 Malaysia
  • 1M4U
  • 1Malaysia For Youth
  • 2013
  • 660
  • 850
  • Agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
  • akibat
  • AMANAH SAHAM 1MALAYSIA
  • Amanah Saham Nasional Berhad
  • Android
  • anonymous
  • ansuran bulanan
  • artis
  • asap
  • Astro Warna
  • Bantuan Lesen 1 Malaysia
  • Bantuan persekolahan
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia
  • Barisan Nasional
  • Bayaran
  • Bayaran Saman
  • berita
  • berita terkini
  • BL1M
  • Blogger templates
  • Blogspot templates
  • Bola Sepak
  • Bonus kakitangan awam
  • Bonus Raya RM500 Kepada Kakitangan Awam 2013
  • Borang Pendaftaran
  • Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
  • BR1M 2.0
  • CLIXSTER Mobile Sdn Bhd
  • Daftar
  • Daftar Online Get Malaysian Business Online
  • Daftar Semak
  • download
  • Download myKPDNKK
  • E200
  • E250 BlueEFFICIENCY
  • ekonomi
  • facebook
  • Filem Paling Seram
  • Flip your text here
  • Free blogger templates
  • Free flash widget
  • Free software
  • Full Movie
  • gaji
  • Garis Panduan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
  • GMBO
  • Guess writer
  • Guru Ibu bapa
  • Harga
  • Harga Honda EX5 Dream 110
  • harga kereta
  • Harga Sony Xperia Z
  • hiburan
  • honda jazz ckd
  • HTML Escaper
  • Indeks Pencemaran Udara
  • info
  • internet
  • Jabatan Pengankutan Jalan
  • Jambatan Ke-2 Pulau Pinang
  • jawatan kosong
  • jenayah
  • jerebu
  • Jerebu di Muar
  • Johor
  • Johor Darul Takzim
  • Johor Fan Club
  • JPJ
  • jquery
  • Jumlah BR1M Naik Tahun 2014
  • Kad diskaun pesara kerajaan
  • Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
  • Kadar Zakat Fitrah 2013
  • KADS1M
  • kakitangan awam
  • kecantikan
  • Kedai Kain 1 Malaysia
  • kelajuan Internet Malaysia
  • keluagra
  • keluarga
  • kemalangan
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013
  • kereta
  • kesihatan
  • KL Gangster 2 Official Trailer 2013
  • Kod warna HTML
  • komputer
  • langkah
  • Legoland
  • LYNAS
  • mahkamah
  • marketing
  • masakan
  • masterchef
  • mencegah
  • Mercedes-Benz E-Class
  • motivasi
  • MyEG
  • myvi
  • Nasi Beriani
  • Nasi Dagang
  • Nasi Goreng Special
  • Nasi Kerabu
  • Online
  • Online games
  • Online Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
  • pemasaran
  • pembayaran
  • Pendidikan
  • Penyebab Punca Rambut Gugur
  • Perkhidmatan awam
  • Permohonan
  • perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
  • Perodua
  • Perumahan Rakyat !Malaysia
  • Perumahan Rakyat 1Malaysia
  • Photoshop
  • Photoshop tutorial
  • Polis Diraja Malaysia PDRM
  • politik
  • PR1MA
  • Proton Saga SV
  • Proton Suprima 1.6 Liter Turbo
  • PRU 13
  • Rebat
  • Rebate Smartphone RM 200
  • resepi
  • resepi rendang ayam
  • SAPS
  • SARA 1Malaysia
  • security
  • Semak Saman Online
  • Semakan kemasukan ke IPTA
  • Semakan Keputusan SPM Ulangan 2013
  • Semakan Online PLKN
  • Semakan Online Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014
  • Semakan Online Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014
  • Semakan penempatan PLKN
  • semakan saman online
  • Semakan Tawaran Program Kolej Vokasional KPM
  • senarai nama
  • SEO
  • Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara
  • Site Map
  • Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia
  • Skim Rumah Pertamaku
  • SKMM
  • SRP
  • sukan
  • Syarat
  • Tablet paling nipis
  • Taman tema air
  • Tarikh
  • Tawaran 100
  • Telefon bimbit
  • Telefon Pintar
  • terbaru
  • terkini
  • Teruskan Rebat Telefon Pintar Dalam Bajet 2014 - Celcom Axiata
  • Timbang berat blog
  • Tips
  • toyota
  • Tutorial
  • UPU
  • Video and Lyric
  • Video Lelaki Serang Bekas Teman Wanita Tersebar
  • Video tutorial
  • vios
  • Viva
  • water park
  • widget
  • windows 8
  • www.khidmatnegara.gov.my

Blog Archive

  • ▼  2013 (86)
    • ▼  October (1)
      • PBSMR Ganti PMR Tahun 2014
    • ►  September (6)
      • Cadangan agihan BR1M dua kali tahun depan
      • Agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MPEB...
      • Lelaki ugut Ketua Polis Negara KPN Ditahan
      • Teruskan Rebat Telefon Pintar RM200 Dalam Bajet 20...
      • RON92 mungkin diperkenalkan semula
      • Warga Asing Sertai Kongsi Gelap
    • ►  August (17)
      • Lesen Memandu Batal Jika Gagal Bayar Saman - Ketua...
      • Mercedes-Benz E-Class | E200 dan E250 BlueEFFICIENCY
      • Puteri Diana Dibunuh Oleh Tentera Britain? - Scotl...
      • Daftar Online Get Malaysian Business Online (GMBO)...
      • Braulio Nobrega Rodriguez Sertai Johor Darul Takzi...
      • Masterchef: Resepi Nasi Beriani
      • Semakan Keputusan SPM Ulangan 2013
      • Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013
      • Proton Suprima S 1.6 Liter Turbo Versi Hatchback
      • Semakan Tawaran Program Kolej Vokasional KPM
      • Video Lelaki Serang Bekas Teman Wanita Tersebar
      • Filem-Filem Paling Seram Di Asia
      • Honda EX5 Dream 110
      • Lepasan STPM, Matrikulasi Gagal Ke IPTA Berpeluang...
      • Jumlah BR1M Naik Tahun 2014
      • Bapa Dan Anak Sembunyi Dalam Hutan 40 Tahun
      • KL Gangster 2 Official Trailer 2013
    • ►  July (18)
    • ►  June (17)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (8)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (68)
    • ►  December (15)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (34)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  March (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (46)
    • ►  December (11)
    • ►  November (16)
    • ►  October (10)
    • ►  April (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (72)
    • ►  December (7)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (9)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (11)
  • ►  2009 (98)
    • ►  December (24)
    • ►  November (14)
    • ►  October (20)
    • ►  September (6)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (23)
Powered by Blogger.

About Me

Unknown
View my complete profile