1Malaysia

  • Subscribe to our RSS feed.
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Facebook
  • Digg

Monday, August 13, 2012

Harga ayam tahun ini lebih murah

Posted on 3:06 AM by Unknown

Harga siling ayam sempena sambutan Aidilfitri tahun ini adalah lebih murah iaitu RM6.80 sekilogram berbanding RM7.20 sekilogram tahun lepas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata harga itu telah dipersetujui melalui perbincangan bersama persatuan penternak, pemborong dan peruncit berikutan terdapat bekalan yang tinggi.

Ismail Sabri turut berpuas hati kerana terdapat sebahagian besar peniaga dan penjaja menjual ayam lebih murah daripada harga kawalan sehingga RM5.90 sekilogram.

"Harga ini bergantung kepada penawaran dan permintaan. Bila bekalan tinggi harga dapat diturunkan. Harga ayam RM6.80 sekilo adalah paling murah setakat ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 'Ihsan Ramadhan dan Aidilfitri' kepada 517 penduduk Cheras di sini Isnin.

Beliau juga berkata selain ayam, 19 barangan lain turut dipantau sepanjang skim kawalan harga musim perayaan dilaksana mulai semalam sehingga 26 Ogos ini.

Beliau berkata sehingga semalam, sebanyak 5,950 premis perniagaan termasuk di kawasan pedalaman di seluruh negara diperiksa dalam operasi pemantauan harga barang kawalan secara serentak Ahad.

Katanya operasi itu melibatkan 2,000 anggota penguat kuasa, 1,600 skuad pemantau, 2,000 anggota dari Persatuan Perlindungan Pengguna Kebangsaan serta 60,000 skuad pengguna dan penghulu.

Mengenai promosi jualan murah sempena Aidilfitri, Ismail Sabri berkata semua pemilik pasar raya diwajibkan menyenarai sekurang-kurangnya 70 peratus barangan atau produk dari premis mereka.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang mengenai jualan murah kerana peniaga juga wajib memberi notis dan senarai barang 14 hari lebih awal sebelum jualan murah diadakan, bagi tujuan pemeriksaan.

Individu yang didapati bersalah mengikut Akta Perihal Dagangan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara, katanya. - BERNAMA
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Sunday, August 12, 2012

Kereta di stesen minyak simpan 14 mayat

Posted on 12:00 AM by Unknown

Polis menemui mayat 14 lelaki dalam sebuah kenderaan berhampiran stesen minyak di utara bandar raya di Mexico kelmarin.

Keganasan biasa berlaku di bandar itu dengan terbaru kejadian berbalas tembakan meletus antara askar dan kumpulan bersenjata beberapa jam selepas itu, membunuh tiga orang di bandar sama, kata pihak berkuasa.

“Mangsa dalam kenderaan itu ditembak mati dan ada bukti menunjukkan ia mempunyai kaitan dengan dadah,” kata jurucakap pejabat pendakwa negeri San Luis Potosi, Gabriela Gonzalez.

Tiga penjenayah maut 

Beberapa jam selepas penemuan itu di bandar raya San Luis Potosi, pertempuran antara tentera dan kumpulan bersenjata menyebabkan tiga penjenayah maut, kata tentera dalam kenyataan. Dua lagi ditahan.

Pertempuran memaksa universiti memberi amaran kepada penuntut, menutup bangunan dan membatalkan kelas petang. Pihak berkuasa tidak menyebut sama ada ia berkaitan dengan penemuan 14 mayat itu.

Medan pertempuran 

San Luis Potosi menjadi medan pertempuran antara kumpulan Zetas dan sekutu sindiket dadah Sinaloa.

Dalam tindakan ganas berasingan di utara, kumpulan bersenjata menggantung dua lelaki di jambatan di Monterrey dan menembak mangsa sehingga mati ketika pengguna kenderaan yang ketakutan menyaksikan kejadian tengah hari kelmarin, kata polis negeri Nuevo Leon.

Penjenayah menggantung dua lelaki berkenaan pada pergelangan tangan di jambatan pejalan kaki sebelum menembak mereka. - AP

Sumber: http://www.bharian.com.my/
Read More
Posted in berita, berita terkini, jenayah | No comments

Saturday, August 11, 2012

Nabi palsu di Russia

Posted on 6:00 PM by Unknown

Pihak berkuasa Russia membongkar satu kumpulan ajaran sesat berhenti berhubung dengan dunia luar selepas hidup di ruang bawah tanah sejak 10 tahun lalu.

Pendakwa berkata, 27 daripadanya ialah kanak-kanak yang hidup dalam bilik tanpa alat pemanas dan bergelap. Mereka sudah dibebaskan dan ibu bapa mereka akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak.

Pegawai kesihatan mendedahkan, ada kanak-kanak itu berusia satu hingga 17 tahun, tidak pernah melihat matahari.
Mereka dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum tinggal di rumah anak yatim buat sementara waktu, kata seorang doktor, Tatyana Moroz.

Pengasas kumpulan berkenaan, Faizrakhman Satarov, 83, yang mengisytiharkan dirinya nabi didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin ‘Muammin’, kata timbalan pendakwa raya Kazan, Irina Petrova.

Perkataan Arab ‘muammin’ bermaksud ‘pengikut.’ Namun, pihak berkuasa, tidak menahan pengikut Satarov.

Kumpulan radikal

Kanak-kanak itu ditemui minggu lalu selepas anggota polis memeriksa kawasan tempat tinggal kumpulan itu ketika menyiasat pembunuhan seorang pendakwah Islam Tatarstan dipercayai oleh kumpulan radikal yang semakin ramai pengikut di wilayah Volga River.

Satarov adalah bekas imam di wilayah berdekatan, Bashkortostan. Dia mengisytiharkan kediamannya di luar Kazan sebagai negara Islam. Dia juga mengarahkan 70 pengikutnya tinggal dalam ruang bawah tanah di bawah bangunan tiga tingkat yang mempunyai menara kecil berbentuk bulan.

Nabi kedua

Hanya beberapa pengikutnya dibenar keluar kerana menjalankan perniagaan di sebuah pasar tempatan. Rumah Satorov itu dibina tanpa kelulusan dan akan dirobohkan.

“Mereka akan datang dengan jentolak dan senapang tetapi mereka perlu bunuh kami sebelum musnahkan rumah ini,” kata ahli kumpulan itu, Gumer Ganiyev di saluran televisyen Vesti. Satarov memilih Ganiyev sebagai ‘nabi kedua’, lapor media tempatan. - Agensi/AP

Sumber: http://www.bharian.com.my/

Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Suami eksekutif pentadbiran TV9 didakwa bunuh isteri

Posted on 7:00 AM by Unknown

Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.

Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 September untuk tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai. - BERNAMA
Read More
Posted in berita, berita terkini, jenayah | No comments

BN boleh rampas 90 kerusi pembangkang

Posted on 12:00 AM by Unknown

Pemuda Umno akan memberi tumpuan di 90 kawasan diwakili pembangkang yang diyakini boleh dimenangi Barisan Nasional (BN) jika diberi lebih perhatian kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu adalah pengundi atas pagar.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pemilihan 90 kawasan itu dibuat selepas Pemuda Umno menjalankan kaji selidik baru-baru ini, bagi mengenal pasti kawasan yang mampu dimenangi BN.

“Sudah pasti kita melihat kawasan tumpuan tertentu terutama Parlimen yang ada harapan menang dan melalui kaji selidik dijalankan Pemuda Umno, sebanyak 90 kawasan pembangkang dikenal pasti mempunyai peluang cerah untuk BN menang.

"Kawasan itu ditakrifkan sebagai atas pagar dan jika diberi tumpuan yang lebih serta dilipat gandakan usaha, saya percaya BN boleh menang, lagi pun kekalahan di parlimen terbabit pada pilihan raya umum lepas hanya sedikit dan tipis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian sumbangan Ramadan Pemuda Umno Pulau

Pinang. Seramai 350 penerima terdiri daripada warga emas, fakir dan orang kelainan upaya menerima wang tunai dan barangan keperluan.

Khairy berkata, menerusi kaji selidik yang dijalankan itu juga mendapati sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 90 parlimen berkenaan boleh dimenangi BN.

 Sementara itu, beliau berkata pihaknya tidak akan mengabaikan kawasan Parlimen yang dimenangi BN dan akan mempertahankan kerusi tersebut.

“Pemuda juga memberi perhatian kepada parlimen-parlimen yang memang menjadi kubu kuat kita supaya kerusi di situ dipertahankan dan saya percaya dengan tumpuan khusus di 90 kawasan yang dikenal pasti itu, BN akan mampu memperoleh kemenangan dua pertiga," katanya. - Bernama
Read More
Posted in berita, politik | No comments

Friday, August 10, 2012

Raja Petra dedah komplot fitnah PM

Posted on 6:03 PM by Unknown

Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.

Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.

Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.

Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.

"Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.

Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.

Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.
Read More
Posted in berita, berita terkini, jenayah, politik | No comments

Pemansuhan Ordinan Darurat satu kesilapan besar?

Posted on 8:08 AM by Unknown

WALAUPUN pada Khamis 19 Julai yang lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak andaian bahawa pembebasan tahanan punca jenayah meningkat, tetapi masyarakat awam secara amnya masih khuatir akan keselamatan diri dan kediaman mereka ekoran daripada pembebasan 1,473 banduan baru-baru ini.

Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu sekalipun melegakan sedikit tetapi jauh disudut hati, rakyat secara umumnya khuatir akan keselamatan diri mereka, anak-anak dan juga keluarga.

Rakyat masih berasa bimbang, peningkatan kes jenayah adalah disebabkan oleh keputusan kerajaan membebaskan tahanan tersebut di seluruh negara yang ditahan di bawah Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011.

Pembebasan dilakukan sejak beberapa bulan lepas ekoran pengumuman pemansuhan oleh kerajaan terhadap ketiga-tiga akta tersebut tahun lepas.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan kesemua bekas tahanan yang dibebaskan akan dikawal serta tempat tinggal mereka juga akan dipantau.

Tetapi ini masih tidak meredakan perasaan gelisah orang awam mengenai jaminan keselamatan mereka.

Pada pengamatan saya, ini semua berlaku kerana masyarakat secara umum pada mulanya mengambil mudah dan memandang ringan akan kepentingan akta-akta yang telah dimansuhkan itu.

Sebahagian besar termakan dengan kempen supaya akta-akta itu dihapuskan tanpa mengambil kira akan kesan yang bakal terjadi akibat daripada pemansuhannya.

Mereka menyokong kerana terpengaruh dengan kempen ke arah perlunya sebuah masyarakat sivil, ketelusan dan sebagainya.

Malangnya, jenayah adalah satu perkara yang bukan sahaja rumit tetapi memerlukan pendekatan yang berbeza untuk ditangani. Hanya polis yang mampu membuat keputusan yang tepat apabila berhadapan dengan penjenayah, bukannya kita orang awam yang tidak tahu apa-apa tentang aktiviti jenayah.

Ini kerana tidak semua orang sanggup dan bersedia tampil ke hadapan untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes-kes jenayah kerana khuatir akan menjadi mangsa sasaran kumpulan kongsi gelap kerana mendedahkan aktiviti mereka.

Itulah mengapa akta-akta kediaman terhad dan buang negeri diwujudkan agar para penjenayah yang diketahui oleh polis terlibat dalam kes-kes jenayah tetapi tidak dapat dibuktikan menerusi proses undang-undang, dibendung kegiatan mereka menggunakan akta-akta ini.

Kini selepas akta-akta ini dimansuhkan, barulah orang ramai sedar betapa mereka telah melakukan kesilapan dengan mendesak agar akta ini dimasuhkan.

Perasaan dan rasa gelisah ini juga kini wujud di kalangan masyarakat Cina dan India yang rata-rata kononnya dahulu menentang kuat kewujudan akta ini.

Mereka juga sedar kini bahawa pemansuhan akta-akta berkenaan adalah satu kesilapan yang besar. Mereka tidak lagi berasa selamat selepas ia dimansuhkan.

Sumber: http://mstar.com.my/
Read More
Posted in politik | No comments

BN sedia ditolak jika mungkir janji

Posted on 7:02 AM by Unknown

Tema sambut kemerdekaan berlandas tuntutan agama: Najib

Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya bersedia ditolak rakyat jika gagal menunaikan janji yang dibuat. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, komitmen gabungan parti berkenaan untuk membela dan memelihara kepentingan rakyat bukan suatu permainan politik, sebaliknya prinsip yang turut dituntut Islam.
Komitmen gabungan parti BN untuk membela, memelihara kepentingan rakyat bukan suatu permainan politik”. - Najib Razak, Perdana Menteri
Katanya, tema Hari Kebangsaan tahun ini ‘55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’, juga bukan retorik politik sebaliknya berlandas tuntutan agama.

Berpaksi rukun agama

“Tema itu bukti Kerajaan BN berpegang kepada al-Quran dan Sunnah dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Tema itu berpaksikan rukun agama, kita berjuang untuk tepati janji kepada rakyat. Kita tepati janji untuk beri kepercayaan pada rakyat... kita juga mahu buktikan negara kita negara Islam contoh.

“Sehubungan itu, kita tak perlu tukar tema Hari Kemerdekaan. Kita tak boleh cakap, tapi tak boleh buat seperti kata orang Terengganu ‘kecek ngelak’,” katanya ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Padang Nenas yang dihadiri kira-kira 10,000 orang di sini, semalam.
Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada warga tua, orang miskin, anak yatim, orang kurang upaya dan ibu tunggal pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

 Najib yang kemudian menunaikan solat Maghrib bersama penduduk di Masjid Kampung Padang Nenas, disusuli solat Isyak dan Tarawih di Masjid Wakaf Tembesu, berkata ‘Janji Ditepati’ bukan tema politik, tetapi berpaksi kepada hukum dan prinsip Islam yang jika tidak ditunaikan, boleh dianggap munafik.

Pertahan BN

Sementara itu, Ahmad ketika berucap pada majlis sama, mahu BN dipertahankan kerana sudah terbukti ia berjaya membentuk kerajaan yang mampu membela nasib rakyat.

“Kita maklum selama ini PAS tidak pernah buat apa-apa untuk membela nasib rakyat. Mereka hanya suka berjanji tetapi tidak ditepati. Saya harap rakyat tidak berbelah-bahagi menyokong kerajaan yang ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN melaksana pelbagai program seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, memberi imbuhan kepada peneroka dan sebagainya demi memastikan kebajikan rakyat terjaga.

Sumber: http://www.bharian.com.my/

Read More
Posted in berita, politik | No comments

Blogger dipenjara 3 bulan sebab hina mahkamah

Posted on 12:34 AM by Unknown

Blogger Amizudin Ahmat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata, Amizudin melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.
"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.

Beliau berkata, jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.

"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.

Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham". - BERNAMA
Read More
Posted in berita, jenayah, politik | No comments

Thursday, August 9, 2012

Fenomena Okultasi Planet Musytari Ahad Ini

Posted on 4:45 PM by Unknown

Orang ramai berpeluang menyaksikan Okultasi Planet Musytari pada Ahad ini bermula dari pukul 2.20 pagi hingga 3.20 pagi.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), seluruh Malaysia akan dapat melihat planet Musytari dilindungi oleh bulan lebih kurang satu jam dengan waktu sedikit berbeza (bergantung pada lokasi).

Masyarakat di Sabah dan Sarawak bertuah kerana berpeluang menyaksikan keseluruhan proses fenomena manakala di Semenanjung dapat menyaksikan proses akhir fenomena itu sahaja.

Kata ANGKASA dalam kenyataan itu lagi, fenomena itu hanya dengan menggunakanmata kasar tanpa memerlukan sebarang peralatan khas.

Kali terakhir fenomena itu berlaku adalah pada 23 Februari 2009.

Untuk maklumat lanjut mengenai fenomena itu, sila layari Portal Pendidikan Sains Angkasa www.astronomi.angkasa.gov.my atau hubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303/4301. -

Sumber: http://mstar.com.my/
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Mat Melaka, kisah benar pembunuh bersiri Melayu

Posted on 7:11 AM by Unknown

Bila menceritakan mengenai pembunuh bersiri, kita akan terbayang imej-imej ganas dari negara barat.

Namun, jangan terperanjat. Kes pembunuhan bersiri pernah berlaku di negara ini dan antaranya adalah kisah seorang pawang dengan nama Mat Melaka yang berlaku berpuluh tahun sebelum kemerdekaan negara.

Pelik jugak jiwa orang Melayu ini kan…dalam lemah lembut, sudah ada yang menjadi pembunuh bersiri ratusan tahun lalu.

Petikan di bawah adalah bahan yang dipetik dari laman facebook PDRM berasa sumber Buletin Bukit Aman tahun 1984.

Ikuti kisah mengenai pembunuhan bersiri oleh seorang bomoh pada tahun 1908 di Kampung Bota, Sungai Perak. Kisah ini menceritakan episod pembunuhan serta kronologi tindakan dan usaha pihak polis bagi memastikan pembunuh dihadapkan ke Mahkamah dan dihukum.

Pada suatu ketika dalam tahun 1908, nama Mat Melaka telah menggerunkan seluruh Kampung Bota yang terletak di sebelah hilir pinggir Sungai Perak. Sebutan namanya lebih dahsyat lagi dari mendengar kisah hantu kum-kum yang mencari anak gadis sunti di waktu senja.

Kewujudan balai polis sudah tidak dapat meyakinkan orang-orang kampung tentang kedaulatan undang-undang. Institusi penghulu sebagai simbol kesejahteraan menerusi pengekalan sosio-budaya masyarakat nampaknya tidak dapat menyatu dan membulatkan tekad dan semangat untuk menentang Mat Melaka.

Mat Melaka ialah anak seorang bomoh dan bapanya telah menurunkan segala ilmunya kepada Mat Melaka. Sejak kecil lagi Mat Melaka telah mengembara ke Perak dan menyara kehidupannya sebagai seorang pawang di Bota.

Pada mulanya kedatangan Mat Melaka disambut baik oleh penduduk-penduduk di sana sehingga Mat Melaka diterima untuk berkahwin dengan seorang gadis tempatan. Hasil dari perkongsian hidup ini Mat Melaka telah mendapat seorang cahaya mata.

Setelah mendirikan rumahtangga Mat Melaka terus menyara kehidupannya sebagai pawang. Tetapi lama-kelamaan Mat Melaka telah memperdayakan kepercayaan orang terhadap ilmunya sehingga beliau sanggup memerangkap lalu membunuh dengan kejam mereka yang datang meminta bantuan darinya dan merampas harta-benda mangsanya.

Tidak diketahui siapakah orang yang menjadi mangsa pertama Mat Melaka, tapi besar kemungkinan bahawa beliau adalah bertanggungjawab atas pembunuhan seorang penjaja kain bernama Mat Jenser di sebuah lorong dari Tanjung Rambutan ke Ipoh.

Mengikut laporan Ketua Polis Daerah Kinta, ACP E. Spinks bahawa pada 13/10/1908, Mat Jenser meninggalkan rumahnya untuk berjaja. Sehingga pada 19/10/1908, Mat Jenser tidak balik-balik.

Gerakan mencari beliau diatur oleh keluarga dan rakan-rakannya. Mereka telah menjumpai mayat Mat Jenser di pinggir sebuah kampung bernama Tanjung Rekong. Mat Jenser dijumpai dalam keadaan separuh bogel, dan hampir sudah tidak dapat dikenali lagi.

Kaki kanannya terputus mungkin telah dibaham oleh babi hutan. Lalat-lalat dan ulat yang mengerumuni bahagian muka menyukarkan orang untuk mengenalinya. Walau bagaimanapun pihak polis berusaha untuk mengumpul seberapa banyak bukti yang boleh sekurang-kurangnya untuk menentukan sama ada Mat Jenser telah dibunuh orang atau diserang binatang buas.

Dari pemeriksaan yang dijalankan jelas bahawa Mat Jenser telah dibunuh. Di bahagian pangkal tengkuknya merupakan tempat yang paling banyak dikerumuni ulat. Ini menunjukkan bahawa pangkal tengkuk Mat Jenser telah luka sebelum dia mati.

Polis juga mendapati bahagian tengkoraknya retak akibat dipukul. Apabila pemeriksaan post-mortem dilakukan di hospital besar Ipoh, doktor yang melakukan pemeriksaan telah mengesahkan ‘modus operandi’ yang diramalkan oleh polis itu.

Pada mula-mulanya pihak polis tidak menaruh syak terhadap sesiapa atas pembunuhan Mat Jenser. Tetapi maklumat-maklumat selanjutnya mengenai kegiatan Mat Melaka besar kemungkinan bahawa Mat Melaka telah berjumpa dengan Mat Jenser di Tanjung Rambutan dan dalam perjalanan mereka di satu lorong menuju ke Ipoh, Mat Melaka telah mempengaruhi Mat Jenser untuk menerima bantuan kuasa ghaib supaya melipat-gandakan wangnya.

Setelah Mat Jenser bersetuju, Mat Melaka terus menjalankan rancangannya yang sangat kejam. ‘Chief Inspector’ H. Doel, Ketua Polis Daerah Batu Gajah memberikan laporan yang amat menarik mengenai kegiatan Mat Melaka ini.

Beliau menceritakan iaitu sejak bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Batu Gajah pada awal tahun 1909, beliau telah mendengar beberapa berita mengenai aktiviti seorang lelaki Melayu bernama Mat Melaka yang tinggal di kampong Bota, Parit, Perak.

Dikatakan bahawa Mat Melaka mempunyai kuasa ghaib yang amat berkesan sehingga orang-orang kampong percaya bahawa kuasa-kuasa Mat Melaka itu telah mengakibatkan ‘ghaib’nya tiga orang lelaki dari kampong itu.

Maklumat tersebut begitu menggemparkan sehingga Ketua Polis Negeri Perak ketika itu Major Graham telah mengarahkan Mr. H. Doel untuk memulakan penyiasatan rasmi.

Doel telah melakukan beberapa lawatan ke Parit dan Bota tetapi tidak dapat sebarang kerjasama dari penduduk-penduduk tempatan. Apabila sahaja nama Mat Melaka disebut, setiap orang yang ditanya itu akan berubah menjadi gelisah dan ketakutan lantas tidak mahu berbicara lagi.

Pada suatu hari sewaktu Doel, melawat pekan kecil Tronoh, beliau mendapat maklumat bahawa seorang kontraktor balak yang dipanggil orang dengan nama Ngah, boleh membantu polis untuk mengesan kegiatan Mat Melaka.

Tidaklah sukar bagi Doel mencari ‘Ngah’ kerana tidak ramai orang Melayu yang bekerja sebagai kontraktor ketika itu. Ngah telah menceritakan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang hayatnya .

Ngah menceritakan bahawa dia mula-mula berkenalan dengan Mat Melaka semasa dalam bulan Febuari atau Mac, 1910, di ‘Tronoh Mine’ di mana dia bekerja sebagai sub. kontraktor balak (timber).

Mat Melaka telah datang menemuinya dan bertanya sama ada dia berminat untuk menambah wang pendapatannya tanpa memerah keringatnya. Ngah bersetuju dengan syarat Mat Melaka mendedahkan cara-cara bagaimana wang tersebut boleh didapati.

Mat Melaka mengeluarkan satu cerita dan menerangkan kepada Ngah mengenai rancangannya. Mat Melaka memberitahu Ngah bahawa dia boleh melipatgandakan wang dari $30/- ke $60/- dan seterusnya Ngah bersetuju.

Beberapa hari kemudian mendapat gajinya dari ‘Mine’ dan Mat Melaka sudah berada di Tronoh ketika itu. Dibawanya Ngah ke pinggir hutan antara Tronoh dengan Batu gajah dan di sana Mat Melaka memilih satu tempat di pangkal sebatang pokok serdang. Mat Melaka mengeluarkan kertas dan membentangkannya di atas tanah dan Ngah mengeluarkan wang tunai sebanyak $30/-.

Wang ini diletak oleh Mat Melaka atas carta tersebut. Ngah disuruh duduk mencangkung di hadapan carta , sambil memejamkan mata dan mengikuti jampi-jampi yang diucapkan oleh Mat Melaka. Semasa ‘upacara’ ini berjalan Mat Melaka berada di belakang Ngah.

Sementara membaca jampi serapah itu Ngah tidak begitu sedap hati lalu menoleh ke belakang untuk melihat apakah yang sedang dilakukan oleh Mat Melaka.

Tindakan Ngah adalah tepat pada waktunya, seolah-olah sudah digerakkan untuk berbuat demikian.

Dilihatnya, Mat Melaka sedang mengangkat sebatang kayu sebesar betis untuk memukul pangkal tengkuknya. Ngah bergegas melompat dan lari dari situ meninggalkan wangnya di bawah pokok serdang itu.

Doel puas hati bahawa Ngah bercakap benar. Dia merancang untuk menangkap Mat Melaka. Doel telah mengarahkan Ketua Balai Polis Parit, untuk menangkap Mat Melaka tetapi setiap kali polis sampai ke Bota, Mat Melaka tidak ada di rumah.

Orang-orang kampungnya tidak berani bekerjasama dengan pihak polis kerana khuatir ‘bencana’ yang mungkin akan menimpa. Akhirnya Doel telah berbincang dengan Penolong Pegawai Daerah Parit dan Penghulu Bota.

Penolong Pegawai Daerah itu telah mengarahkan Penghulu Bota untuk mengeluarkan kenyataan memanggil semua orang lelaki kampong Bota supaya hadir di masjid di suatu hari dan masa yang ditetapkan untuk mendengar suatu penerangan mengenai peraturan tanah yang baru.

Adalah diharapkan supaya Mat Melaka akan menghadirkan diri di masjid pada waktu itu untuk ditangkap.

Masa yang ditetapkan tiba.

Pada jam 6.00 petang semua orang dewasa lelaki telah sampai di masjid melainkan Mat Melaka. Pada mulanya harapan untuk memberkas Mat Melaka telah mula pudar.

Tiba-tiba setiap anak buah merasa kerana Mat Melaka datang muncul dari satu lorong mengarah ke masjid itu. Mat Melaka terus berjalan menuju ke masjid.

Masa itu beberapa orang anak buah Tok Penghulu terus menerpa dan menangkapnya. Tidak ada masa bagi Mat Melaka untuk menghunus golok yang tergantung di pinggang sebelah kirinya.

Dalam laporannya, Doel menceritakan sebanyak 200 lebih bot dan sampan mengiringi bot yang membawa Mat Melaka dari Bota ke Parit.

Apabila sudah sampai di Balai Polis Parit, anggota polis di balai itu meminta kebenaran Doel untuk menggunakan kesemua gari yang ada di balai (4 gari) untuk menggari kaki dan tangan Mat Melaka ke batang-batang besi lokap dalam balai itu.

Setelah Mat Melaka dapat ditawan, maklumat telah datang mencurah-curah mengenai kegiatannya. Selama ini orang ramai takut untuk tampil ke hadapan membantu pihak polis.

Doel telah membawa Mat Melaka ke rumahnya di Bota untuk menjalankan pemeriksaan. Dalam sebuah peti Doel menjumpai sebuah buku nota yang mengandungi carta.

Carta ini kemudiannya disahkan oleh Ngah sebagai carta yang digunakan di Tronoh di mana Mat Melaka telah gagal dalam rancangannya untuk membunuh Ngah. Doel juga telah menjumpai barang-barang hiasan perak yang kemudiannya disahkan sebagai harta-harta kepunyaan Kulop Mat Taib.

Di tengkuk anak Mat Melaka tergantung seutas rantai emas dan dan wang tembaga kepunyaan Kulop Mat Taib. Kulop Mat Taib telah hilang lesap sejak 28 November 1909.

Kali terakhir beliau dilihat ialah bersama-sama dengan Mat Melaka, waktu pagi di hari yang sama. Mereka menuju ke Kampung Merbau lebih kurang dua batu dari rumah Mat Melaka. Mereka dilihat oleh dua orang petani di situ.

Walaubagaimanapun pun hanya Mat Melaka sahaja yang balik.

Doel telah merancangkan satu pasukan untuk mencari mayat Kulop. Mereka memulakan gerakan mencari di pinggir hutan Kampung Merbau. Di sana pasukan mencari telah menjumpai tengkorak dan tulang-tulang bahagian badan, kaki dan tangan.

Tengkorak (terutama bahagian gigi) dan lain-lain tulang itu telah dapat membantu pihak perubatan untuk mengecam sebagai Kulop Mat Taib.

Lebih kurang suku batu dari tempat ini telah dijumpai rangka-rangka dua manusia yang dapat dikesan sebagai rangka orang lelaki. Tengkorak dua orang ini telah hilang. Mungkin telah dimusnahkan oleh babi hutan.

Semasa perbicaraan isteri Mat Melaka telah memberi keterangan untuk pihak pendakwa. Beliau mengesahkan iaitu selepas hilangnya ketiga-tiga orang tersebut, suaminya telah mendapat wang dan barang kemas yang banyak.

Perbicaraan telah memakan masa selama dua belas hari di mana seramai 30 orang saksi memberikan keterangan mereka.

Mat Melaka telah dijatuhkan hukuman mati (didapati bersalah). Hukuman dijalankan di penjara Taiping dalam bulan Disember 1910.

Sumber: http://mynewshub.my/
Read More
Posted in jenayah | No comments

Seorang lagi pemimpin di Sabah akan lompat parti ?

Posted on 5:10 AM by Unknown

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa seorang lagi pemimpin politik di Sabah akan mengumumkan pendiriannya menyokong pembangkang ketika lawatannya ke negeri itu pada Ahad ini.

Ketua pembangkang itu bagaimanapun menegaskan tidak menjanjikan kejutan besar bakal berlaku pada tarikh itu seperti yang pernah dijanjikannya untuk membentuk kerajaan pada pada 16 September 2008.

"Yang penting kejutan itu daripada rakyat...kebangkitan rakyat. Kebetulan beberapa tokoh turut serta (sertai Pakatan Rakyat) dan pada 12 Ogos ini seorang lagi akan sertai," katanya pada pemberita.

Bulan lalu, Datuk Lajim Ukin mengumumkan perleletakan jawatannya dalam Umno manakala Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing, melepaskan jawatan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) untuk menyokong pembangkang.

Anwar dijadual mengadakan lawatan ke kawasan Parlimen Kota Marudu dan Kota Belud pada Ahad ini.

Kedua-dua kawasan berkenaan kini diwakili Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Anwar menyangkal pandangan  apabila ditanyakan sama ada fenomena yang cuba dicetuskan di Sabah hanya sekadar janji palsu seperti 16 September 2008, sebaliknya menjelaskan pembangkang kini mahu memberi fokus untuk menghadapi pilihan raya umum.

Sumber: http://www.klpos.com/
Read More
Posted in berita, politik | No comments

10 SEO Tips For Search Engine Ranking

Posted on 2:07 AM by Unknown

There are 10 common mistakes made by website owners and bloggers that affected their ranking in Google.

1. Using the same keyword more than twice in a title tag.

2. High keyword densities.

3. Not having a valid XML sitemap.

4 URL's not containing any keywords.

5. Using <h1> tags more than once on a single page.

6. Not giving each page unique meta data.

7. Using the same anchor text in all links.

8. Putting an analyitics code at the beginning of your body content.

9. Not using accurate image descriptions.

10. Not having a 404 redirect setup.
Read More
Posted in info, SEO | No comments

Peguam syarie Anwar mohon maaf pada Zainul Rijal

Posted on 12:42 AM by Unknown

Kes saman fitnah RM10 juta oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar terhadap peguam syarie utama, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam prosiding qazaf, Kamar Ainiah Kamaruzaman dan firma guamannya selesai selepas peguam syarie terbabit memohon maaf di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Peguam syarie itu yang dinamakan sebagai defendan pertama dan firmanya, Tetuan Kamar Ainiah, Razif & Zashidi selaku defendan kedua membaca permohonan maaf tersebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera.

Ia merupakan salah satu terma penyelesaian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sementara terma-terma lain tidak didedahkan kepada media.

Perbicaraan kes itu dijadualkan bermula semalam namun ditangguhkan ke hari ini.

Pada 13 Februari lalu, Zainul Rijal, 43, selaku plaintif memfailkan saman fitnah berhubung kenyataan Kamar Ainiah di portal propembangkang Malaysiakini dan Harakah Daily.

Ia berhubung dakwaan peguam syarie itu telah membuat kenyataan fitnah ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Ogos tahun lalu untuk memburukkan imej plaintif sebagai peguam dan ahli perniagaan.

Pada prosiding hari ini, Zainul Rijal yang ditemani isterinya, Datin Norliza Tarmizi diwakili peguam-peguam, Datuk Mohd. Haaziq Pillay dan Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir manakala kedua-dua defendan diwakili peguam, Azhar Arman Ali.

Menurut permohonan maaf yang dibacakan, Kamar Ainiah, firmanya dan anak guam yang diwakilinya pada hari tersebut mengaku telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang merujuk kepada Zainul Rijal pada satu sidang akhbar bertarikh 18 Ogos 2011.

Pada tarikh tersebut, Anwar telah memfailkan permohonan untuk menghalang plaintif daripada mewakili tiga responden berhubung rayuan kes pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Tiga responden tersebut ialah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Defendan-defendan faham, apa juga yang diperkatakan pada hari tersebut telah menyebabkan plaintif merasa malu dan tertekan.

''Kami mengaku, kami tidak mempunyai sebarang asas untuk menyokong setiap dakwaan yang dibuat. Oleh itu, kami dengan ikhlas memohon maaf kepada Zainul Rijal atas sebarang tekanan mental, kerosakan dan kesengsaraan yang ditanggung olehnya,'' ujar Kamar Ainiah.

Beliau juga memohon maaf atas sebarang syak wasangka yang berkemungkinan timbul terhadap Zainul Rijal ekoran dakwaan-dakwaan yang dibuat.

Bagaimanapun, permohonan maaf itu tidak boleh digunakan oleh plaintif dalam mana-mana prosiding di Mahkamah Syariah, ujar Kamar Ainiah.

Sejurus selepas permohonan maaf itu dibacakan, Vazeer Alam merekodkan perintah persetujuan tersebut dan sempat mengucapkan tahniah kepada pihak plaintif dan defendan kerana berjaya menyelesaikan kes pada bulan Ramadan ini.

Sementara itu, ketika ditemui selepas tamat prosiding, Zainul Rijal menyatakan beliau memfailkan saman tersebut untuk membersihkan namanya dan kini menganggap ia telah selesai.

Beliau juga mengucapkan kesyukuran kerana kes itu berjaya diselesaikan dengan cara baik.
Read More
Posted in berita, mahkamah, politik | No comments

Wednesday, August 8, 2012

Meninggal dunia selepas tersepit hampir 30 minit

Posted on 6:21 PM by Unknown

Seorang lelaki maut selepas tersepit hampir setengah jam dalam kereta dipandunya yang bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kemalangan di Jalan Chienta Mata, Kilometer 4, Tenom-Kemabong, dekat sini, kelmarin.

Kejadian jam 5.45 petang itu berlaku ketika mangsa, Jhonli Thomas, 33, yang memandu Proton Satria dalam perjalanan dari Tenom menuju ke kampungnya di Kampung Baru Jumpa Kemabong, dekat sini.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah lori 10 tan yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba merempuh kereta mangsa menyebabkannya tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Mazlan Lazim berkata, pemandu lori berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika melalui selekoh di tempat kejadian.

“Lori yang hilang kawalan itu memasuki lorong bertentangan lalu merempuh Proton Satria terbabit. Akibat rempuhan itu, mangsa tersepit dalam kenderaannya yang remuk,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mangsa gagal diselamatkan akibat pendarahan yang banyak di seluruh badan termasuk kepala.

“Bagaimanapun, pemandu lori itu terselamat dan ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang ke kampung, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai berhati-hati ketika memandu terutama pada musim perayaan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, Runzee Abd Thani berkata, pihaknya menerima panggilan kemalangan itu pada jam 6.07 petang membabitkan dua kenderaan.

“Sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan sebaik tiba, mangsa tersepit dalam kenderaannya dan kami mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang didapati sudah tidak bernyawa,” katanya.


Sumber: http://www.hmetro.com.my/
Read More
Posted in berita, kemalangan | No comments

Tony Fernandes beli kelab bola sepak Indonesia?

Posted on 5:21 PM by Unknown

Kehadiran pemilik kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes ke kota metropolitan ini dilihat bukan sekadar untuk mengukuhkan kedudukan perniagaan AirAsia yang diterajuinya sejak sedekad lalu.

Sebaliknya, keputusan usahawan ternama yang memasyhurkan syarikat penerbangan tambang murah itu berpindah ke ibu negara Indonesia ini diterima dengan tangan terbuka oleh industri sukan bola sepak tempatan.

Biarpun baru sahaja berhijrah dari Kuala Lumpur ke Jakarta, namun taikun penerbangan yang menguasai 66 peratus kepentingan dalam QPR itu awal-awal lagi sudah menerima tawaran untuk membeli beberapa kelab di Indonesia.

Sebagai seorang penggemar sukan bola sepak, Fernandes menyifatkan, tawaran yang dikemukakan kepadanya itu sebagai satu penghormatan.

Beliau pada masa sama turut menyatakan minat menimbang tawaran-tawaran untuk memajukan bidang berkenaan seperti membeli kelab bola sepak yang sedia ada.

"Kami ditawarkan untuk membeli kelab di sini (Indonesia). Tetapi lebih baik jika saya tidak umumkan sekarang," kata Fernandes yang enggan menamakan kelab-kelab bola sepak Indonesia yang ditawarkan untuk dibeli olehnya.

Beliau berkata demikian pada sekumpulan wartawan dari pelbagai negara selepas merasmikan pejabat baru AirAsia ASEAN di Menara Equity, Sudirman Central Business District, Jalan Sudirman di sini kelmarin.

Kehadiran Fernandes ke Indonesia dilihat pemerhati sukan bakal membantu menjayakan lagi pembinaan industri sukan bola sepak negara itu.

Pemilikan QPR oleh Fernandes sudah cukup meyakinkan banyak pihak bahawa beliau tentu sekali tidak akan melepaskan peluang memberi tumpuan pada sukan bola sepak Indonesia.

"Sesuatu yang lucu buat saya kerana disuruh terlibat lebih banyak dalam sukan bola sepak di sini (Indonesia).

"Saya berminat dan melihat tawaran yang dibuat kepada saya itu sebagai satu penghormatan kerana orang meminta saya melibatkan diri. Saya harus melihatnya, ia sesuatu yang sangat menyenangkan," jelas Fernandes lagi.

Seperti mana, beliau membangunkan perniagaan syarikat penerbangan tambang murah yang semakin popular di peringkat global secara berperingkat, begitu juga pendekatan yang akan digunakan dalam lapangan sukan.

Dengan merujuk pembelian QPR, Fernandes berkata, kelab tersebut dikembangkan secara berperingkat sehinggalah beliau membuat keputusan membeli sembilan pemain baru untuk mengukuhkan kelab London itu menjelang musim baru Liga Perdana Inggeris yang bermula 18 Ogos ini.

QPR yang dibeli menerusi syarikat Tune Sports menyaksikan syarikat Malaysia pertama memiliki pasukan Liga Perdana Inggeris.

Fernandes yang mengagumi perkembangan sukan bola sepak Indonesia turut menarik perhatian mengenai sambutan luar biasa yang diberikan oleh peminat sukan di negara tersebut ketika membawa QPR menyertai perlawanan persahabatan dengan Persebaya di Surabaya, bulan lalu.

Kata Fernandes, beliau sangat terpukau dengan sokongan fanatik peminat kelab Persebaya tempoh hari.

Dengan kehadiran lebih 40,000 penonton, beliau menyifatkan, sambutan berkenaan sangat luar biasa dan tentu sekali akan merangsang pemain meningkatkan lagi kualiti permainan.

"Surabaya sangat menakjubkan. Ia merupakan pengalaman yang sangat menyentuh kerana peminat-peminatnya penuh semangat. Para pemain juga pasti tidak akan melupakannya," tambahnya lagi.

Sumber: http://www.utusan.com.my/
Read More
Posted in berita, sukan | No comments

'Mencari Cinta' tidak ciplak karya 'Ombak Rindu'

Posted on 7:58 AM by Unknown

Pengarah dan penulis skrip filem Mencari Cinta iaitu Shirin Khuzaimi menolak andaian karyanya itu dihasilkan selepas menciplak filem Ombak Rindu yang mendapat sambutan luar biasa sebelum ini.

Shirin berkata, dia telah menghasilkan skrip filem berkenaan kira-kira tiga tahun lalu namun hasrat untuk membawanya ke layar perak tergendala atas sebab-sebab tertentu.

"Tidak benar Mencari Cinta meniru Ombak Rindu kerana skripnya telah lama dihasilkan dan bukannya dibuat berdasarkan adaptasi novel.

"Mungkin kalau filem saya keluar dahulu sebelum Ombak Rindu orang akan tetap membuat perbandingan sama," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Shirin, genre kedua-dua filem itu juga berbeza dan menurutnya Mencari Cinta adalah seratus peratus berkonsepkan romantik berbanding filem arahan Osman Ali itu yang lebih mengangkat elemen drama sebagai tema.

Dalam pada itu, Shirin berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk mengeluarkan versi novel filem berkenaan terlebih dahulu kerana ingin memberi peluang kepada pembaca merasai dan menjiwai jalan ceritanya sebelum menonton di pawagam.

Katanya, menerusi cara itu pembaca akan dapat memahami dengan lebih jelas tentang apa yang ingin ditonjolkan di dalam filem berkenaan terutama pada babak-babak percintaan dan romantis antara dua watak utama.

"Kita tidak boleh menggambarkan secara terang-terangan melalui visual tentang hubungan intim suami isteri atau babak percintaan kerana ia agak keterlaluan untuk penonton.

"Menerusi novel semua elemen itu kita masukkan supaya pembaca dapat mendalami kisah tersebut dan boleh menggambarkannya semasa menonton," katanya.

Mengulas mengenai adegan panas yang banyak melibatkan dua pelakon utamanya, Shirin menegaskan ia tidak keterlaluan dan masih mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun dia akur jika pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) akan membuat pemotongan terhadap filem berkenaan dan berharap ia tidak menjejaskan jalan ceritanya.

"Setakat ini semuanya berjalan dengan lancar dan sejujurnya adegan ranjang itu tidak keterlaluan dan hanya dilakukan bagi mengangkat kisah cinta dan romantik antara pasangan suami isteri," katanya.

Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin secara paksa dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) yang ditinggalkan kekasihnya.

Filem genre romantik yang diterbitkan oleh syarikat produksi Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd. ini sudah pun tamat menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Janda Baik pada Mac lalu dengan kos sekitar RM1.5 juta.

"Saya tidak mengharapkan sasaran terlalu tinggi kerana sedar persaingan sengit dengan filem lain. Bagaimanapun saya gembira dan berpuas hati dengan hasil filem ini," ujarnya yang menjangkakan filem ini akan ditayangkan pada Disember depan.

Selain dijayakan oleh Rusdi dan Nora, filem berkenaan juga turut dilakonkan ramai pelakon hebat seperti Fouziah Ghouse, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson.

Sumber: http://mstar.com.my/
Read More
Posted in artis, hiburan | No comments

Kakitangan awam Negeri Sembilan terima cek bonus Raya

Posted on 4:21 AM by Unknown

Seramai 6,797 orang penjawat awam, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun di negeri ini menerima bayaran imbuhan atau bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bayaran yang dibuat sebagai menghargai jasa penjawat awam itu juga adalah yang paling bersejarah kerana ia disampaikan dalam bentuk cek dan dibuat serentak di 12 lokasi.

"Seramai 4,173 penjawat awam negeri, 2,289 kakitangan pihak berkuasa tempatan manakala 335 penerima dari agensi badan berkanun negeri menerima imbuhan yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM6.9 juta," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penyampaian imbuhan setengah bulan gaji dan bayaran minima RM500 kepada 1,000 penjawat awam negeri di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mat Ali Hassan, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan peringkat negeri serta persekutuan.

Sumber: http://www.bernama.com/
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

500 duri landak melekat pada muka anjing Bulldog

Posted on 12:30 AM by Unknown

Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor landak hingga menyebabkan 500 duri landak melekat pada mukanya.

Doktor veterinar di Norman menjalankan pembedahan untuk membuang duri berkenaan dari kepala dan kaki anjing itu.

Mereka percaya sebahagian duri berkenaan masih berada di dalam tubuh Bella Mae meskipun anjing itu kini pulih daripada serangan itu.

Jerry dan isteri, Allison Noles memberitahu stesen televisyen KWTV bahawa anjing itu bermain dengan haiwan peliharaan mereka yang lain berhampiran kolam keluarga itu apabila mereka berdepan dengan seekor landak.

Keluarga itu percaya landak terbabit berada di kolam mereka untuk meminum air yang kini sukar didapati di Oklahoma.

Pasangan itu yakin Bella Mae berada terlalu rapat dan mencetuskan kemarahan landak berkenaan, menyebabkan ia melancarkan serangan.

Doktor veterinar di Pusat Kesemasan Untuk Haiwan, Leonardo Baez memberitahu KWTV, dia belum pernah melihat serangan landak sebegitu teruk ke atas haiwan peliharaan. – DM

Sumber: http://www.hmetro.com.my/
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Tuesday, August 7, 2012

'Tweet' Nizar tentang bendera Malaysia 'Sama Seperti Pengkhianatan'

Posted on 5:29 PM by Unknown

'Tweet jalur malang' bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, yang menghina bendera kebangsaan, boleh disamakan dengan pengkhianatan, kata Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok.

"Saya benar-benar terkejut dan jijik dengan tweet yang dibuat oleh ahli Patrlimen PAS Pasir Panjang apabila dia menghina Jalur Gemilang. Ia seperti pengkhianatan yang dilakukan seorang pemimpin PAS dengan menghina bendera kebangsaan kita," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Dilaporkan tweet Nizar telah menyebabkan kritikan daripada pelbagai pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Nizar pada Isnin telah membuat 'tweet': "Janji ditepati malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!

Loh mengingatkan rakyat Malaysia bahawa ini bukan kali pertama Pakatan menghina bendera kebangsaan.

"Pada bulan September tahun lepas, ADUN Kota Alam Shah M. Manoharan juga dengan bangganya mendakwa bahawa dia telah mengedarkan bendera DAP kepada pengundinya bukannya Jalur Gemilang dengan alasan bahawa bendera itu kelihatan lebih kepada BN berbanding rakyat Malaysia.

"Dan Jalur Gemilang kita menyerupai bendera kebangsaan Amerika Syarikat.

"Selain itu, beliau mendakwa Pakatan Rakyat akan mereka bentuk bendera kebangsaan kita apabila mereka mengambil alih kerajaan persekutuan," kata Loh.

Beliau menambah satu-satunya sebab Pakatan Rakyat tidak meluluskan cadangan DAP adalah kerana maklum balas yang kurang memberangsangkan oleh rakyat Malaysia terhadap kritikan yang dilemparkan pada simbol negara kita.

"Melihat objektif mereka menghasut orang ramai untuk membenci kerajaan untuk kepentingan politik mereka telah gagal, mereka telah dipaksa untuk meminta maaf kepada rakyat atas kenyataan mereka yang tidak sensitif," katanya.

Beliau juga menegur Pakatan Rakyat yang terdesak mengadakan sambutan hari kebangsaan berasingan bagi dengan menggunakan tema dan lagu berbeza.

Sumber: http://mstar.com.my/
Read More
Posted in berita, berita terkini, politik | No comments

Karoot Komedia X ungguli semua program hari Jumaat

Posted on 7:52 AM by Unknown

Kemunculan program sketsa muzikal Karoot Komedia X sejak 8 Jun lalu berjaya mengungguli kedudukan bagi semua program yang ditayangkan pada pukul 10 malam pada hari Jumaat di seluruh negara.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, respons para peminat di laman rasmi Facebook program itu juga memuji usaha Astro dalam memartabatkan dikir barat yang sudah lama dipinggirkan di medium komersial.

“Karoot Komedia X mendapat respons yang baik daripada para peminat di laman sosial Facebook kerana elemen dikir barat yang kita martabatkan dalam program itu. Pada hari ini ia hanya dimainkan di sekolah-sekolah sahaja.

“Apa yang boleh saya katakan, program ini berada pada kedudukan pertama bagi semua program yang ditayangkan pada pukul 10 malam hari Jumaat di seluruh Malaysia,” katanya ketika ditemui mStar Online pada pelancaran program Hari Raya Astro yang bertemakan Eratkan Jalinan di sebuah hotel di sini.

Program selama satu jam ini menampilkan Sabri Yunus sebagai tukang karut dan kumpulan dikir barat bersama para pelakon residen Johan, Ebby Yus, Jep & Shuib (Sepahtu) dan Yus.

Ia disiarkan pada setiap Jumaat pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134) di bawah pakej Mustika sebanyak 13 episod.

Nizam berkata, apa yang lebih membanggakan, program selama satu jam itu turut dipuji para penggiat seni tanah air termasuk penerbit filem terkenal Datuk Yusof Haslam kerana ia berjaya menghimpunkan seisi keluarga setiap kali ia ditayangkan.

“Apa yang lebih membanggakan kami, program ini juga diikuti oleh kebanyakan penggiat seni tanah air termasuk Datuk Yusof Haslam yang memuji pengisiannya.

“Ia berjaya mengumpulkan seisi keluarga untuk ‘melekat’ di depan televisyen setiap kali waktu tayangannya, malah siaran ulangannya turut dinantikan oleh penonton,” katanya yang mengakui kemunculan program itu meningkatkan jumlah langganan pakej Mustika sebanyak 60 peratus.

Justeru itu, Nizam berkata saluran berkenaan akan meneruskan sambungan bagi musim baru program itu pada tahun depan ekoran sambutan yang baik daripada penonton.

“Kita pasti akan sambung Karoot Komedia X untuk musim baru pada tahun depan.

“Sama ada kita akan ubah sedikit pengisiannya agar lebih menarik atau kekalkan sahaja, ia akan diputuskan kemudian,” katanya.

Sumber: http://mstar.com.my/
Read More
Posted in berita, hiburan | No comments

Filem pendek hari raya 2012 terbaru dari Petronas

Posted on 3:55 AM by Unknown
Apabila menjelang sambutan Aidilfitri, salah satu tarikan utama pastinya adalah iklan di televisyen. Ramai yang ternanti-nanti iklan yang unik serta memberi penuh makna kepada diri mereka.

Bila disebut berkenaan iklan yang unik serta menyentuh perasaan pastinya ramai yang akan membayangkan iklan hasil karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Selain itu, Petronas juga sering tampil dengan kepelbagaian unik bagi menarik minat rakyat Malaysia menonton sekaligus menyampaikan mesej yang mendalam.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, Petronas menghasilkan sesuatu yang unik pada tahun 2012 apabila berani menampilkan sebuah filem pendek raya.

Tambah menarik, filem pendek tersebut bukan sahaja memaparkan berkenaan sambutan raya Aidilfitri, malah ia turut berkisar sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Filem pendek tersebut turut menampilkan pelakon utama, Redza Minhat yang memegang watak Erman dan seorang kanak-kanak warga tempatan (Uzbekistan), Jeyhun.

Pada mulanya, mereka bertemu dan berkenalan sebagai orang asing hingga akhirnya mereka menjadi begitu rapat.

Selaras dengan tema Petronas pada tahun 2012, ‘Reimagining Energy’, elemen-elemen dalam filem pendek tersebut pastinya akan menyentuh hati setiap penonton.

Berjudul ‘Stranger’, ia merupakan antara filem pendek hasil karya Quek Shio Chuan yang mendapat kerjasama dari syarikat pengiklanan terkemuka dunia, Leo Burnett.

Sumber: http://mynewshub.my/
Read More
Posted in berita | No comments

Monday, August 6, 2012

Akibat perlekeh Lee Chong Wei, M.Manoharan dikritik

Posted on 7:23 PM by Unknown

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M.Manoharan dikritik kerana mengeluarkan komen yang memperlekehkan kekalahan Datuk Lee Chong Wei ke atas pemain China, Lin Dan pada acara badminton perseorang lelaki di Olimpik.

Antara lain, Manoharan menulis di Twitternya:"Malaysia akan menang pingat emas pertama di Olimpik selepas Pakatan mengambil alih Putrajaya."

"Jika Chong Wei bermain lebih baik dari Lin Dan, mengapa dia tidak menang? Kita perlu tegas dengan pemain kita supaya kita dapat memperoleh pingat emas satu hari nanti.

"Sesiapa saja yang menang pingat emas di Olimpik, kita perlu mengucapkan tahniah kepada mereka.

"Lin Dan begitu bergaya, moden. Tidak kelihatan seperti lelaki China tetapi berasal dari China.

"Lin DAN menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY.

Pengguna internet menubuhkan laman khas di Facebook dikenali 'Kami Tuntut Manoharan Mohon Maaf Kepada Lee Chong Wei' yang kini mendapatkan sokongan seramai 3,497 rakyat Malaysia sehingga 9 malam, Isnin.

Orang ramai yang menyokong Pakatan Rakyat turut mengkritik tulisannya di Twitter, menyifatkan Manoharan sebagai tidak sensitif dan kasar.

Manoharan bagaimanapun menafikan sebarang cubaan untuk menghina pemain kebangsaan itu.

"Niat saya hanya untuk kebaikan sukan kita dan memperbaiki peluang untuk menang pada Olimpik akan datang," katanya.

Pada tahun lalu, pemimpin DAP itu turut mencetuskan kontroversi apabila dia mencadangkan Jalur Gemilang supaya diubahsuai, mendakwa reka bentuknya tidak mencerminkan Malaysia.
Read More
Posted in berita, berita terkini, politik | No comments

Kepala berlubang disambar petir

Posted on 6:21 PM by Unknown

Kepala seorang pemandu lori berlubang kecil dengan kesan terbakar sejurus rumah kongsi di sebuah ladang di Ulu Sungai Endau, dekat sini disambar petir, serentak ketika dia mencabut pengecas telefon bimbitnya, kelmarin.

Kejadian di Ladang Sungai Merbau milik Yayasan Pahang, kira-kira jam 7 petang itu menyebabkan Mohd Nazrun Othman, 27, meninggal dunia sejurus tiba untuk rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Endau. Rakan parah
Rakannya, Muhammad Ikhwan Muhammad, 19, yang berdiri berdekatan ketika kejadian, parah dan dihantar ke Hospital Mersing sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Bagaimanapun, seorang rakan mereka, Johari Mohd Sood, 41, terselamat.

Dinding rumah pecah

Ketika ditemui di Hospital Mersing, malam kelmarin, Johari berkata, kejadian itu menyebabkan soket elektrik terbakar, manakala dinding rumah kongsi mereka pecah hingga pelbagai barangan berselerak sejurus kejadian.

“Sejurus dentuman guruh dan kilat menyambar, saya lihat dua rakan terpelanting sambil menggelupur dan mengerang kesakitan... saya tak mampu buat apa-apa ketika suara Nazrun semakin lemah kecuali bergegas mendapatkan bantuan rakan lain di ladang untuk menghantar mereka mendapatkan rawatan,” katanya.
Ketua Polis Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadzam sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Selendang 1, Rompin.

Sementara itu, BH tidak dapat menemubual ibu bapa mangsa kerana pasangan itu masih dalam keadaan terkejut dan terlalu bersedih dengan kejadian menimpa anak lelaki tunggal mereka, hanya beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri.

Termenung

Ibu saudara mangsa, Mariani Omar, 30, yang ditemui di rumahnya di FELDA Selendang, Rompin, bagaimanapun memak-lumkan, Nazrun kelihatan berat hati untuk pergi bekerja pada pagi kejadian dan termenung di muka pintu sebelum beredar dengan motosikal.

“Dia sempat berkata mahu menyelesaikan kerjanya sebelum bercuti sempena Nuzul Quran. Tak sangka dia meninggalkan kami dalam suasana Ramadan ini. Kami amat terasa kehilangannya kerana dia anak lelaki tunggal daripada enam beradik dalam keluarganya,” katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Adun pembangkang M.Manoharan perkecil Lee Chong Wei

Posted on 5:34 AM by Unknown



Di kala rakyat Malaysia sedang bersedih, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah dari parti DAP, M. Manoharan tanpa memikirkan sensitiviti anggota masyarakat, begitu seronok menghamburkan kata-kata yang merendahkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
‘LIN DAN wins.He played better than Lee Chong AWAY,” katanya dalam akaun Twitter miliknya.
Nampak tak bagaimana dia menggunakan perkataan AWAY untuk mengajuk nama Lee Chong Wei.
Lebih menyakitkan hati, Manoharan dengan begitu bangga memuji pemain China, Lin Dan sebagai;
“Lin Dan is so stylish.So modern.Doesn’t look like a China man.But from China.Tattoo all over.”
Takda pulak dia nak cakap apa-apa yang positif mengenai jaguh negara kita. Dan maksud lawyer kelas 3 ni apakah kita semua perlu ada tato untuk kelihatan moden?
Impian emas kita musnah, tetapi Manoharan menjumpai ruang untuk mempolitikan perkara itu.
“Malaysia will win its first GOLD Medal in Olympics after Pakatan takes over Putrajaya,” katanya lagi dalam akaun Twitternya.
Perlukah cakap benda-benda seperti ini?
Ada jaminan ke kalau tukar kerajaan kita akan menang emas? Dan adakah ini masanya untuk bercakap seperti itu?
Kalau ada rasa tak puas hati pun, carilah medium yang lebih baik dari Twitter, masa yang lebih sesuai, bahasa yang lebih baik untuk menegur.
Bukan macam orang tak bertamadun main taram cakap aje tak ikut tempat.
Semua orang sedang bersedih dan merasa ralat atas kekalahan Chong Wei, Manoharan melihat ia sebagai peluang untuk merendahkan Perdana Menteri dan kerajaan dan dalam proses itu menjatuhkan air muka Chong Wei.
Sesiapa sahaja yang menonton perlawanan akhir Badminton Olimpik London malam tadi tahu Chong Wei telah memberikan yang terbaik tetapi tetap tewas.
Sesiapa sahaja dalam akal yang waras tidak akan bercakap politik dalam waktu yang sebegini.
Siapa Manoharan, siapa kita untuk menilai apa dalam hati Chong Wei.
Ada beberapa orang yang membuat andaian dari segi wang yang dijanjikan jika menang emas kepada persembahan Chong Wei.
Namun, kita tahukah apa dalam hati Chong Wei? Rasanya dia benar-benar bermain untuk negara. Habuan yang dijanjikan mungkin bonus atau motivasi tambahan.
Semalam, selepas kekalahan di tangan Lin Dan, penulis lebih simpati dan kasihan pada Chong Wei. Lebih lagi daripada hakikat Malaysia terlepas emas pertamanya di olimpik.
Air mata dan kekecewaan yang wujud di wajah beliau, sepatutnya menyebabkan orang bodoh macam Manoharan pun meluahkan simpati kepadanya.
Ini tidak, Chong Wei dikutuk, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun tidak pasal-pasal diheret masuk ke dalam mesej-mesej biadap Manoharan.
Sebelum menulis lebih lanjut, harus diingatkan bahawa Manoharan inilah manusia yang tidak berapa lama dahulu menghina Jalur Gemilang dan berkata, bendera itu akan diubah apabila DAP dan Pakatan Rakyat berkuasa suatu hari nanti.
Kali ini, Manoharan menyindir Chong Wei dan meluahkan rasa bangga melimpah ruah kepada Lin Dan.
Apa masalah macha sekor ni?
Chong Wei siap mohon maaf kepada rakyat Malaysia lagi akibat gagal memberikan emas kali kedua.

Sumber: http://mynewshub.my/
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Sunday, August 5, 2012

Budak perempuan maut ditindih dalam upacara pemujaan

Posted on 11:47 PM by Unknown

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati apabila lapan ahli keluarganya termasuk pembantu rumah warga Indonesia menjalankan upacara pemujaan dengan menindih tubuhnya di Bukit Minyak di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata kejadian pukul 10 malam itu disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan berkunjung ke rumah itu.

"Saksi yang curiga melihat pintu utama rumah tidak berkunci segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama.  "Apabila lelaki berkenaan mendapati pintu bilik itu berkunci dan penghuni yang berada di dalam enggan membuka pintu, dia segera memaklumkan kejadian kepada polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azman berkata polis terpaksa memecah masuk bilik itu sejurus tiba di lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak itu sedang ditindih kesemua suspek.

Azman berkata hasil siasatan awal, suspek yang berusia antara 16 tahun hingga 67 tahun sedang melakukan upacara pemujaan dan jampi atas sebab yang tidak diketahui.

"Polis yakin kanak-kanak itu baharu sahaja mati berdasarkan keadaan mayatnya yang masih panas dan sebab kematiannya dipercayai berpunca daripada sesak nafas," katanya.

Katanya suspek yang terdiri daripada ibu, bapa, nenek, bapa saudara, ibu saudara, dua sepupu beserta pembantu rumah terbabit ditahan reman selama lima hari bermula hari ini di IPD SPT bagi membantu siasatan.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.  - Bernama
Read More
Posted in berita, berita terkini, jenayah | No comments

Putus 2 jari akibat mercun bola

Posted on 10:30 PM by Unknown

Seorang kanak-kanak lelaki, Mohd Shafiq Afandi Ramlee, 5, putus dua jari tangan kiri (jari tengah dan jari manis) terkena letupan mercun bola ketika bermain bersama kakak dan rakannya di Kampung Kolam Emas dekat sini semalam.
 
Kejadian berlaku pada 9.30 pagi di hadapan sebuah rumah jiran yang hanya terletak 30 meter dari rumahnya, apabila mercun bola yang dipegang mangsa meletup sebaik sumbu dicucuh seorang rakannya.
 
Kakak mangsa, Nor Ayuni, 16, berkata sebelum kejadian adiknya itu keluar bersama seorang lagi kakaknya, Nor Atirah, 9, pergi ke rumah jiran untuk bermain mercun yang dipercayai dibeli dari kedai tidak jauh dari situ.
 
Katanya hanya 15 minit mereka berdua pergi terus terdengar bunyi letupan mercun dengan kuat dan selepas itu bunyi tangisan suara adiknya.
 
"Saya yang rasa bimbang dengan keselamatan mereka berdua cuba keluar ke tepi jalan dan ternampak seorang jiran membawa pulang Mohd Shafiq Afandi dalam keadaan tangan kiri berbalut serta berlumuran darah," katanya ketika di temui di rumahnya, hari ini.

Nor Ayuni berkata kejadian itu dimaklumkan kepada kedua ibu bapanya dan menyuruh beliau segera menghantar Mohd Shafiq Afandi ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk mendapat rawatan.
 
Katanya beliau sempat melihat hujung dua daripada lima jari adiknya itu putus hingga keadaan kulitnya terkoyak di samping tiga lagi jari hangus.
 
"Rasa takut melihat keadaan luka parah dijari Mohd Shafiq Afandi itu, tetapi dia dalam keadaan terkejut turut diam semasa mendapat rawatan di hospital berkenaan," katanya.
 
Beliau berkata sebelum ini adiknya itu tidak pernah bermain mercun, tetapi biasa bermain bunga api kerana takut dengan bunyi letupan kuat.

Sumber: www.klpos.com/
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Kecewa Bercinta: Staf Air Asia terjun kapal terbang

Posted on 6:13 PM by Unknown

Beratus-ratus penumpang sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia) menghadapi saat cemas apabila seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan lalu terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah itu sendiri.

Pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, tindakan lelaki itu membuka pintu kecemasan yang terletak di bahagian tengah pesawat menyebabkan pesawat tersebut berhenti serta-merta. Keadaan itu mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang.

Sementara itu, seorang penumpang yang menaiki penerbangan sama berkata, sebaik pesawat tersebut hendak berlepas, lelaki itu menjerit 'saya mahu pulang' sebelum dia meninggalkan kerusinya dan membuka pintu kecemasan.

"Ketika pesawat itu sedang bergerak perlahan untuk berlepas, tiba-tiba lelaki tersebut buka pintu kecemasan di sebelah kanan pesawat dan terjun sekali gus menyebabkan pesawat berhenti mengejut.

"Penumpang lain mula menjerit dan panik. Punca dia bertindak demikian masih kurang jelas," kata saksi itu.

Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia, Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra (gambar kecil) berkata, penumpang yang terjun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan. Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, setakat ini polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan giat dijalankan berhubung kejadian tersebut.

Sumber: www.klpos.com/
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Saturday, August 4, 2012

Banyak akaun yang meragukan di Facebook

Posted on 5:58 AM by Unknown

Sejumlah 83 juta akaun Facebook adalah daripada pengguna yang meragukan seperti akaun salinan, akaun untuk haiwan peliharaan dan dibangunkan khas untuk menghantar serangan spam.

Meskipun jumlah ahli Facebook meningkat kepada 955 juta pada akhir suku kedua namun begitu sebanyak 8.7 peratus daripadanya adalah meragukan, kata syarikat itu dalam laporan sukuan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (AS).

Terdapat ‘cabaran’ dalam mengukur penggunaan “walaupun kita berusaha untuk mengesan dan menyekat kelakuan seperti itu,” kata rangkaian sosial itu.
Katanya, akaun salinan iaitu apabila pengguna sama menggunakan lebih daripada satu akaun, dianggarkan adalah 4.8 peratus daripada pengguna aktif.

Selebihnya 2.4 peratus mungkin untuk perniagaan, kumpulan atau “entiti bukan manusia seperti haiwan peliharaan”, manakala 1.5 peratus pula adalah akaun yang tidak diingini yang mana digunakan untuk spam atau aktiviti berniat jahat.

“Kami percaya peratusan akaun yang disalin atau tiruan lebih rendah di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) atau Australia dan tinggi di negara yang sedang membangun seperti di Indonesia dan Turki,” kata Facebook.

“Kami secara berterusan meninjau untuk mempertingkatkan keupayaan untuk mengenal pasti akaun yang disalin atau tiruan dan jumlah keseluruhan akaun terbabit. Ia akan berkurangan dengan penambahbaikan serta perubahan dengan langkah yang kami lakukan.”
Jumlah pengguna sebenar adalah kritikal kepada Facebook yang bergelut untuk menjamin pendapatan pengiklanannya daripada rangkaian sosial terbesar dunia itu.

Beberapa penganalisis mulai tidak yakin syarikat itu berupaya melonjakkan pendapatannya.

Penganalisis Sophos, firma sekuriti British, Graham Cluley, berkata akaun tiruan adalah sesuatu yang menjadi hakikat dalam kehidupan namun ia mampu menjejaskan keuntungan Facebook secara keseluruhan.

“Dengan jelas semua pengguna Facebook berminat menjadikan laman web itu satu tempat yang selamat dan tahap spam serta pautan berniat jahat dikurangkan,” kata Cluley.

“Lebih daripada itu, syarikat yang mempertimbangkan untuk mengiklan di rangkaian laman sosial itu perlu memastikan terdapat pengguna sebenar bukannya akaun palsu.”

Saham Facebook ditutup turun lebih empat peratus kepada AS$20.04, satu kejatuhan teruk mencecah 47 peratus daripada harga pembukaannya pada Mei lalu sebanyak AS$38. - AFP

Sumber: http://www.bharian.com.my/
Read More
Posted in berita, berita terkini, facebook, internet, komputer, security | No comments

Friday, August 3, 2012

Merdeka Video Challenge - RM10 000 Bakal Menanti Pemenang

Posted on 10:50 AM by Unknown

KL POS Media and Productions dengan buat pertama kalinya menganjurkan Pertandingan bersempena dengan sambutan Kemerdekaan pada tahun ini.

Merdeka Video Challenge telah membuka penyertaan kepada kesemua individu mahupun kumpulan warganegara Malaysia yang memperolehi kelebihan menghasilkan sebuah video kreatif bertemakan Hari Kemerdekaan ke 55 iaitu 'Janji Ditepati' sepertimana yang diumumkan Kerajaan Malaysia baru- baru ini.

Peserta turut diberi peluang menghasilkan video yang berkisarkan dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam dalam tempoh masa 30 saat ke 1 minit.

Wang ganjaran berjumlah RM10 Ribu beserta trofi bakal diberikan kepada peserta yang menduduki tempat pertama diikuti dengan tempat kedua dan ketiga yang masing-masing akan memiliki wang RM5 Ribu dan RM3 Ribu beserta trofi.

Bakal pemenang bagi Pertandingan ini akan dinilai menerusi undian 50% jumlah 'Like' penonton Video Peserta yang akan dipaparkan menerusi Laman Youtube Merdeka Video Challenge. Manakala baki 50% undi lagi akan diberikan kepada juri yang dilantik pihak Penganjur.

Merdeka Video Challenge bakal membuka peluang penyertaan bermula 1 Ogos hingga 10 Ogos 2012 manakala tempoh pengundian pada 1 Ogos hingga 31 Ogos 2012.

Pihak penganjur akan menghubungi bakal pemenang  pertandingan ini pada 5 September 2012. Ianya juga akan dipaparkan menerusi Laman Portal KL POS.

Untuk makluman dan penyertaan, sila klik link http://www.klpos.com
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Skim Latihan 1Malaysia buka peluang kerja untuk belia

Posted on 10:09 AM by Unknown

Skim Latihan 1Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar pengangguran belia di negara ini telah berjaya membuahkan hasil dan menyumbang kepada pertumbuhan pesat ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, belia Malaysia kini mudah mendapat pekerjaan berbanding belia di Eropah khususnya negara yang menghadapi krisis ekonomi seperti Itali, Sepanyol dan Greece yang kadar penganggurannya adalah tinggi.

Skim latihan itu yang dilancarkan 1 Jun tahun lalu, berjaya melatih sebahagian daripada 20,000 lepasan universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak berjaya mendapat pekerjaan sebaik sahaja habis pengajian, katanya.

"Setiap tahun kita ada 90,000 pelajar yang keluar daripada universiti dan IPT dan kita lihat 70,000 pelajar daripada 90,000 pelajar itu tiada masalah untuk mencari pekerjaan tetapi yang 20,000 itu sukar mendapat kerja," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Thursday, August 2, 2012

Cuepacs cadang imbuhan tetap perumahan diselaras

Posted on 7:29 PM by Unknown

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus.

Timbalan Presiden Cuepacs Aziz Muda berkata cadangan tersebut antara 23 syor yang dikemukakan Cuepacs kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam.

"Satu perkara yang kita beri penekanan kepada suruhanjaya adalah isu perumahan. Ini kerana dengan lonjakan harga rumah, dengan gaji yang diterima penjawat awam pada hari ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah.

"Jadi kita minta suruhanjaya dan kerajaan melihat perkara ini secara komprehensif," katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan penambahbaikan perkhidmatan awam di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini serta cadangan menaikkan elaun tetap keraian.

Beliau berkata semua cadangan itu diharap dapat dilaksanakan tahun depan.

"Kita juga minta 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk dinaik taraf (dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)) daripada gred 17 kepada gred 27 seperti juruteknik, renjer hutan, pembantu pertanian berkuatkuasa 1 Januari 2012," katanya.

Aziz berkata selain 23 syor itu, Cuepacs turut membentangkan 23 isu penjawat awam pada masa ini serta 24 cadangan penambahbaikan untuk memberi pengiktirafan kepada penjawat awam.

Katanya Cuepacs komited mengubah persepsi rakyat mengenai kualiti perkhidmatan awam demi kepuasan rakyat.

"Kami komited untuk memberi jaminan kepada kerajaan bahawa Cuepacs menyokong penuh supaya perubahan drastik dibuat untuk memperbaiki sistem penyampaian yang ada sekarang ini," katanya. - Bernama
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia

Posted on 5:06 PM by Unknown


Sebanyak 30 lagi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) akan dibuka di seluruh negara dalam tempoh dua tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, antara kain dijual di kedai itu ialah kain batik jacquard dijual dengan harga RM15 berbanding RM35 sepasang di pasaran, baju kemeja linen RM45 sehelai berbanding RM79 di pasaran serta kain satin RM40 sepasang berbanding RM50 di pasaran.

Selain keperluan pakaian, kata beliau, kedai itu turut menawarkan barangan lain seperti langsir, kelengkapan sekolah dan kelengkapan bersolat seperti sejadah dan songkok.

Sehubungan itu, kata beliau, usaha kerajaan memperkenalkan produk serta perkhidmatan jenama 1Malaysia tidak ada 'noktah' sebaliknya bersifat 'koma' (berterusan) setelah didapati ia banyak meringankan beban hidup seharian rakyat di negara ini.

"Semua pihak tidak boleh menafikan bahawa produk dan perkhidmatan jenama 1Malaysia berjaya menjimatkan perbelanjaan rakyat memandangkan harganya ditetapkan lebih rendah dari pasaran.

"Atas asas itu juga, kerajaan menetapkan tiga kriteria penting sebelum satu-satu produk atau perkhidmatan itu dibenar menggunakan jenama 1Malaysia, pertama, untuk rakyat; kedua, kualitinya baik dan ketiga, harganya murah daripada harga biasa atau pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan KKR1M milik Peluang Karisma Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Ismail Sani dan Ketua Pegawai Operasi KKR1M, Mohd. Noor Mohd. Amin.

Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa produk serta perkhidmatan jenama 1Malaysia, antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) serta baucar subsidi tayar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Perdana Menteri berkata, walaupun harga produk serta perkhidmatan jenama 1Malaysia lebih murah, namun pihak kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal kualiti.

Sementara itu, Pengarah Urusan KKR1M, Mohd. Noor Mohd. Amin berkata, Hulu Langat dipilih sebagai lokasi pertama premis berkenaan berdasarkan faktor lokasi yang strategik dan tidak jauh dari bandar.

Kata beliau, berdasarkan kedudukan tersebut, kedai itu diyakini dapat memberi peluang kepada seluruh rakyat Selangor untuk datang membeli-belah.

Menurutnya, lebih 100 jenis barang ditawarkan di premis tersebut termasuk kain ela, kain kurung, baju melayu dan kain langsir yang kesemuanya produk tempatan.

Sumber: http://www.utusan.com.my
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Popular Posts

  • Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia
    Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia ditubuhkan untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan masyarakat yang menjadi kekuatan untuk kita pada masa ...
  • Harga Terkini Perodua Viva 2013
    Harga / Price  Perodua Viva 660  Harga / Price Perodua Viva 850 Notes :  1. Prices are with accessories. 2. Optional insurance coverage a) W...
  • Kad diskaun pesara kerajaan
    Kad diskaun untuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu akan diperlua...
  • Honda EX5 Dream 110
    Bagi meneruskan dominasi segmen underbone, Boon Siew Honda memperkenalkan generasi ketiga EX5 di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini. D...
  • Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA
    PENGENALAN Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA...
  • Ansuran bulanan Proton Saga SV RM250
    Kereta baharu keluaran Proton Holdings Bhd., Proton Saga SV 1.3L yang dilancarkan kelmarin pada harga rendah, mendapat sambutan baik daripad...
  • Bagaimana hendak membuat blog di Blogger | How to Create a Blog on Blogger
    Bagaimana hendak membuat akaun Blogger? Pada halaman utama Blogger , klik "Buat Blog Anda Sekarang", dan buat Akaun Google. Anda d...
  • Memasang Iklan Nuffnang pada setiap post
    Untuk memasang Iklan Nuffnang yang bersaiz 336px x 280px (Large Rectangle) pada setiap posting seperti yang boleh anda lihat pada entri ini,...
  • 500 duri landak melekat pada muka anjing Bulldog
    Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor...
  • Pekerja ladang mati disembelih sepupu
    MIRI: “Apa yang saya bimbang akhirnya berlaku,” kata Senab Saing, 26, isteri pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang mati akibat di...

Categories

  • (AS 1MALAYSIA)
  • (KADS1M)
  • (MPEB)
  • (SPP1M)
  • 000 telefon percuma
  • 1 Malaysia
  • 1M4U
  • 1Malaysia For Youth
  • 2013
  • 660
  • 850
  • Agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
  • akibat
  • AMANAH SAHAM 1MALAYSIA
  • Amanah Saham Nasional Berhad
  • Android
  • anonymous
  • ansuran bulanan
  • artis
  • asap
  • Astro Warna
  • Bantuan Lesen 1 Malaysia
  • Bantuan persekolahan
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia
  • Barisan Nasional
  • Bayaran
  • Bayaran Saman
  • berita
  • berita terkini
  • BL1M
  • Blogger templates
  • Blogspot templates
  • Bola Sepak
  • Bonus kakitangan awam
  • Bonus Raya RM500 Kepada Kakitangan Awam 2013
  • Borang Pendaftaran
  • Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
  • BR1M 2.0
  • CLIXSTER Mobile Sdn Bhd
  • Daftar
  • Daftar Online Get Malaysian Business Online
  • Daftar Semak
  • download
  • Download myKPDNKK
  • E200
  • E250 BlueEFFICIENCY
  • ekonomi
  • facebook
  • Filem Paling Seram
  • Flip your text here
  • Free blogger templates
  • Free flash widget
  • Free software
  • Full Movie
  • gaji
  • Garis Panduan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
  • GMBO
  • Guess writer
  • Guru Ibu bapa
  • Harga
  • Harga Honda EX5 Dream 110
  • harga kereta
  • Harga Sony Xperia Z
  • hiburan
  • honda jazz ckd
  • HTML Escaper
  • Indeks Pencemaran Udara
  • info
  • internet
  • Jabatan Pengankutan Jalan
  • Jambatan Ke-2 Pulau Pinang
  • jawatan kosong
  • jenayah
  • jerebu
  • Jerebu di Muar
  • Johor
  • Johor Darul Takzim
  • Johor Fan Club
  • JPJ
  • jquery
  • Jumlah BR1M Naik Tahun 2014
  • Kad diskaun pesara kerajaan
  • Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
  • Kadar Zakat Fitrah 2013
  • KADS1M
  • kakitangan awam
  • kecantikan
  • Kedai Kain 1 Malaysia
  • kelajuan Internet Malaysia
  • keluagra
  • keluarga
  • kemalangan
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013
  • kereta
  • kesihatan
  • KL Gangster 2 Official Trailer 2013
  • Kod warna HTML
  • komputer
  • langkah
  • Legoland
  • LYNAS
  • mahkamah
  • marketing
  • masakan
  • masterchef
  • mencegah
  • Mercedes-Benz E-Class
  • motivasi
  • MyEG
  • myvi
  • Nasi Beriani
  • Nasi Dagang
  • Nasi Goreng Special
  • Nasi Kerabu
  • Online
  • Online games
  • Online Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
  • pemasaran
  • pembayaran
  • Pendidikan
  • Penyebab Punca Rambut Gugur
  • Perkhidmatan awam
  • Permohonan
  • perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
  • Perodua
  • Perumahan Rakyat !Malaysia
  • Perumahan Rakyat 1Malaysia
  • Photoshop
  • Photoshop tutorial
  • Polis Diraja Malaysia PDRM
  • politik
  • PR1MA
  • Proton Saga SV
  • Proton Suprima 1.6 Liter Turbo
  • PRU 13
  • Rebat
  • Rebate Smartphone RM 200
  • resepi
  • resepi rendang ayam
  • SAPS
  • SARA 1Malaysia
  • security
  • Semak Saman Online
  • Semakan kemasukan ke IPTA
  • Semakan Keputusan SPM Ulangan 2013
  • Semakan Online PLKN
  • Semakan Online Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014
  • Semakan Online Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014
  • Semakan penempatan PLKN
  • semakan saman online
  • Semakan Tawaran Program Kolej Vokasional KPM
  • senarai nama
  • SEO
  • Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara
  • Site Map
  • Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia
  • Skim Rumah Pertamaku
  • SKMM
  • SRP
  • sukan
  • Syarat
  • Tablet paling nipis
  • Taman tema air
  • Tarikh
  • Tawaran 100
  • Telefon bimbit
  • Telefon Pintar
  • terbaru
  • terkini
  • Teruskan Rebat Telefon Pintar Dalam Bajet 2014 - Celcom Axiata
  • Timbang berat blog
  • Tips
  • toyota
  • Tutorial
  • UPU
  • Video and Lyric
  • Video Lelaki Serang Bekas Teman Wanita Tersebar
  • Video tutorial
  • vios
  • Viva
  • water park
  • widget
  • windows 8
  • www.khidmatnegara.gov.my

Blog Archive

  • ►  2013 (86)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (17)
    • ►  July (18)
    • ►  June (17)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (8)
    • ►  January (8)
  • ▼  2012 (68)
    • ►  December (15)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ▼  August (34)
      • Harga ayam tahun ini lebih murah
      • Kereta di stesen minyak simpan 14 mayat
      • Nabi palsu di Russia
      • Suami eksekutif pentadbiran TV9 didakwa bunuh isteri
      • BN boleh rampas 90 kerusi pembangkang
      • Raja Petra dedah komplot fitnah PM
      • Pemansuhan Ordinan Darurat satu kesilapan besar?
      • BN sedia ditolak jika mungkir janji
      • Blogger dipenjara 3 bulan sebab hina mahkamah
      • Fenomena Okultasi Planet Musytari Ahad Ini
      • Mat Melaka, kisah benar pembunuh bersiri Melayu
      • Seorang lagi pemimpin di Sabah akan lompat parti ?
      • 10 SEO Tips For Search Engine Ranking
      • Peguam syarie Anwar mohon maaf pada Zainul Rijal
      • Meninggal dunia selepas tersepit hampir 30 minit
      • Tony Fernandes beli kelab bola sepak Indonesia?
      • 'Mencari Cinta' tidak ciplak karya 'Ombak Rindu'
      • Kakitangan awam Negeri Sembilan terima cek bonus Raya
      • 500 duri landak melekat pada muka anjing Bulldog
      • 'Tweet' Nizar tentang bendera Malaysia 'Sama Seper...
      • Karoot Komedia X ungguli semua program hari Jumaat
      • Filem pendek hari raya 2012 terbaru dari Petronas
      • Akibat perlekeh Lee Chong Wei, M.Manoharan dikritik
      • Kepala berlubang disambar petir
      • Adun pembangkang M.Manoharan perkecil Lee Chong Wei
      • Budak perempuan maut ditindih dalam upacara pemujaan
      • Putus 2 jari akibat mercun bola
      • Kecewa Bercinta: Staf Air Asia terjun kapal terbang
      • Banyak akaun yang meragukan di Facebook
      • Merdeka Video Challenge - RM10 000 Bakal Menanti P...
      • Skim Latihan 1Malaysia buka peluang kerja untuk belia
      • Cuepacs cadang imbuhan tetap perumahan diselaras
      • Kedai Kain Rakyat 1Malaysia
      • Gempa bermagnitud 6.1 gegar timur laut Jepun
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  March (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (46)
    • ►  December (11)
    • ►  November (16)
    • ►  October (10)
    • ►  April (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (72)
    • ►  December (7)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (9)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (11)
  • ►  2009 (98)
    • ►  December (24)
    • ►  November (14)
    • ►  October (20)
    • ►  September (6)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (23)
Powered by Blogger.

About Me

Unknown
View my complete profile