
Apa yang telah di sediakan kepada pengguna Blogger, sepatutnya sudah memenuhi citarasa. Hanya kretiviti sendiri yang akan membuatkan sesebuah blog itu nampak menarik. Template Minimalist dengan dekorasi yang ringkas juga sebenarnya mampu membuatkan sesebuah blog itu menarik perhatian jika pemiliknya kreatif.
Tips memilih template
Template-template yang menarik biasanya menggunakan banyak image yang bersaiz besar. Ianya sebenarnya akan memberi kesan semasa page loading. Di tambah pula jika image tersebut di hosting pada Photobucket ataupun Flickr.
Untuk memilih template yang mempunyai banyak image yang bersaiz besar, pilih template yang imagenya di hostingkan di Blogger. Biasanya, URL image tersebut adalah seperti contoh di bawah:
http://2.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/SyF0Zwxv-FI/AAAAAAAAAuE/yzF3mpL-OsI/s320/Cord_Texture_BG.jpg
Dekorasi pada blog
Bagi pengguna Blogger yang ingin membuat dekorasi pada blog, kita seharusnya faham, semakin banyak widget pada blog, semakin lama masa yang di ambil untuk blog kita loading. Ini kerana, widget-widget tersebut berasal dari hosting yang pelbagai. Ini sangat mempengaruhi kelajuan dan masa page blog kita untuk loading pada Internet Browser.
Untuk mengelakkan blog menjadi berat, gunakan widget yang kita rasakan sesuai dan perlu sahaja untuk di pasang di dalam blog.
0 comments:
Post a Comment