Jika di bandingkan dari segi fungsi, sistem plugin komen seperti Disqus dan Intense Debate menjadi pilihan pengguna blogspot kerana ia memudahkan pemilik blog dan komentar untuk memberi dan membalas komen. Berbeza dengan sistem default comment dari blogger.com yang di lihat kurang mesra kerana tiada sistem reply comment. Jika ada pun, ia terdapat kelemahan yang sangat ketara.
Walaupun begitu, kelebihan utama sistem default comment dari blogger.com adalah dari segi SEO. Ini kerana, bahagian komen juga akan di scan oleh Google dan hasil dari keyword yang berkaitan, URL blog kita mampu untuk tersenarai pada hasil carian Google. Blog akan mendapat backlink dari Google secara langsung.
Berbeza pula dengan sistem plugin, walaupun turut tersenarai pada hasil carian di Google, sistem ini tidak memberi backlink secara terus ke blog, sebaliknya terus ke akaun sistem plugin komen tersebut. Oleh yang demikian, pengguna sistem plugin comment digalakkan untuk memasang commentluv yang bertujuan, memberikan backlink secara langsung dan tersenarai dalam hasil carian di Google.
Bagi pengguna blogspot yang menggunakan sistem plug in seperti Disqus dan Intense Debate yang ingin memasang CommentLuv, sila layari blog Ariff. Beliau ada menunjukkan tutorial bagaimana untuk memasang Commentluv di blogspot.