1Malaysia

  • Subscribe to our RSS feed.
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Facebook
  • Digg

Monday, August 13, 2012

Harga ayam tahun ini lebih murah

Posted on 3:06 AM by Unknown

Harga siling ayam sempena sambutan Aidilfitri tahun ini adalah lebih murah iaitu RM6.80 sekilogram berbanding RM7.20 sekilogram tahun lepas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata harga itu telah dipersetujui melalui perbincangan bersama persatuan penternak, pemborong dan peruncit berikutan terdapat bekalan yang tinggi.

Ismail Sabri turut berpuas hati kerana terdapat sebahagian besar peniaga dan penjaja menjual ayam lebih murah daripada harga kawalan sehingga RM5.90 sekilogram.

"Harga ini bergantung kepada penawaran dan permintaan. Bila bekalan tinggi harga dapat diturunkan. Harga ayam RM6.80 sekilo adalah paling murah setakat ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 'Ihsan Ramadhan dan Aidilfitri' kepada 517 penduduk Cheras di sini Isnin.

Beliau juga berkata selain ayam, 19 barangan lain turut dipantau sepanjang skim kawalan harga musim perayaan dilaksana mulai semalam sehingga 26 Ogos ini.

Beliau berkata sehingga semalam, sebanyak 5,950 premis perniagaan termasuk di kawasan pedalaman di seluruh negara diperiksa dalam operasi pemantauan harga barang kawalan secara serentak Ahad.

Katanya operasi itu melibatkan 2,000 anggota penguat kuasa, 1,600 skuad pemantau, 2,000 anggota dari Persatuan Perlindungan Pengguna Kebangsaan serta 60,000 skuad pengguna dan penghulu.

Mengenai promosi jualan murah sempena Aidilfitri, Ismail Sabri berkata semua pemilik pasar raya diwajibkan menyenarai sekurang-kurangnya 70 peratus barangan atau produk dari premis mereka.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang mengenai jualan murah kerana peniaga juga wajib memberi notis dan senarai barang 14 hari lebih awal sebelum jualan murah diadakan, bagi tujuan pemeriksaan.

Individu yang didapati bersalah mengikut Akta Perihal Dagangan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara, katanya. - BERNAMA
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Sunday, August 12, 2012

Kereta di stesen minyak simpan 14 mayat

Posted on 12:00 AM by Unknown

Polis menemui mayat 14 lelaki dalam sebuah kenderaan berhampiran stesen minyak di utara bandar raya di Mexico kelmarin.

Keganasan biasa berlaku di bandar itu dengan terbaru kejadian berbalas tembakan meletus antara askar dan kumpulan bersenjata beberapa jam selepas itu, membunuh tiga orang di bandar sama, kata pihak berkuasa.

“Mangsa dalam kenderaan itu ditembak mati dan ada bukti menunjukkan ia mempunyai kaitan dengan dadah,” kata jurucakap pejabat pendakwa negeri San Luis Potosi, Gabriela Gonzalez.

Tiga penjenayah maut 

Beberapa jam selepas penemuan itu di bandar raya San Luis Potosi, pertempuran antara tentera dan kumpulan bersenjata menyebabkan tiga penjenayah maut, kata tentera dalam kenyataan. Dua lagi ditahan.

Pertempuran memaksa universiti memberi amaran kepada penuntut, menutup bangunan dan membatalkan kelas petang. Pihak berkuasa tidak menyebut sama ada ia berkaitan dengan penemuan 14 mayat itu.

Medan pertempuran 

San Luis Potosi menjadi medan pertempuran antara kumpulan Zetas dan sekutu sindiket dadah Sinaloa.

Dalam tindakan ganas berasingan di utara, kumpulan bersenjata menggantung dua lelaki di jambatan di Monterrey dan menembak mangsa sehingga mati ketika pengguna kenderaan yang ketakutan menyaksikan kejadian tengah hari kelmarin, kata polis negeri Nuevo Leon.

Penjenayah menggantung dua lelaki berkenaan pada pergelangan tangan di jambatan pejalan kaki sebelum menembak mereka. - AP

Sumber: http://www.bharian.com.my/
Read More
Posted in berita, berita terkini, jenayah | No comments

Saturday, August 11, 2012

Nabi palsu di Russia

Posted on 6:00 PM by Unknown

Pihak berkuasa Russia membongkar satu kumpulan ajaran sesat berhenti berhubung dengan dunia luar selepas hidup di ruang bawah tanah sejak 10 tahun lalu.

Pendakwa berkata, 27 daripadanya ialah kanak-kanak yang hidup dalam bilik tanpa alat pemanas dan bergelap. Mereka sudah dibebaskan dan ibu bapa mereka akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak.

Pegawai kesihatan mendedahkan, ada kanak-kanak itu berusia satu hingga 17 tahun, tidak pernah melihat matahari.
Mereka dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum tinggal di rumah anak yatim buat sementara waktu, kata seorang doktor, Tatyana Moroz.

Pengasas kumpulan berkenaan, Faizrakhman Satarov, 83, yang mengisytiharkan dirinya nabi didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin ‘Muammin’, kata timbalan pendakwa raya Kazan, Irina Petrova.

Perkataan Arab ‘muammin’ bermaksud ‘pengikut.’ Namun, pihak berkuasa, tidak menahan pengikut Satarov.

Kumpulan radikal

Kanak-kanak itu ditemui minggu lalu selepas anggota polis memeriksa kawasan tempat tinggal kumpulan itu ketika menyiasat pembunuhan seorang pendakwah Islam Tatarstan dipercayai oleh kumpulan radikal yang semakin ramai pengikut di wilayah Volga River.

Satarov adalah bekas imam di wilayah berdekatan, Bashkortostan. Dia mengisytiharkan kediamannya di luar Kazan sebagai negara Islam. Dia juga mengarahkan 70 pengikutnya tinggal dalam ruang bawah tanah di bawah bangunan tiga tingkat yang mempunyai menara kecil berbentuk bulan.

Nabi kedua

Hanya beberapa pengikutnya dibenar keluar kerana menjalankan perniagaan di sebuah pasar tempatan. Rumah Satorov itu dibina tanpa kelulusan dan akan dirobohkan.

“Mereka akan datang dengan jentolak dan senapang tetapi mereka perlu bunuh kami sebelum musnahkan rumah ini,” kata ahli kumpulan itu, Gumer Ganiyev di saluran televisyen Vesti. Satarov memilih Ganiyev sebagai ‘nabi kedua’, lapor media tempatan. - Agensi/AP

Sumber: http://www.bharian.com.my/

Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Suami eksekutif pentadbiran TV9 didakwa bunuh isteri

Posted on 7:00 AM by Unknown

Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.

Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 September untuk tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai. - BERNAMA
Read More
Posted in berita, berita terkini, jenayah | No comments

BN boleh rampas 90 kerusi pembangkang

Posted on 12:00 AM by Unknown

Pemuda Umno akan memberi tumpuan di 90 kawasan diwakili pembangkang yang diyakini boleh dimenangi Barisan Nasional (BN) jika diberi lebih perhatian kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu adalah pengundi atas pagar.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pemilihan 90 kawasan itu dibuat selepas Pemuda Umno menjalankan kaji selidik baru-baru ini, bagi mengenal pasti kawasan yang mampu dimenangi BN.

“Sudah pasti kita melihat kawasan tumpuan tertentu terutama Parlimen yang ada harapan menang dan melalui kaji selidik dijalankan Pemuda Umno, sebanyak 90 kawasan pembangkang dikenal pasti mempunyai peluang cerah untuk BN menang.

"Kawasan itu ditakrifkan sebagai atas pagar dan jika diberi tumpuan yang lebih serta dilipat gandakan usaha, saya percaya BN boleh menang, lagi pun kekalahan di parlimen terbabit pada pilihan raya umum lepas hanya sedikit dan tipis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian sumbangan Ramadan Pemuda Umno Pulau

Pinang. Seramai 350 penerima terdiri daripada warga emas, fakir dan orang kelainan upaya menerima wang tunai dan barangan keperluan.

Khairy berkata, menerusi kaji selidik yang dijalankan itu juga mendapati sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 90 parlimen berkenaan boleh dimenangi BN.

 Sementara itu, beliau berkata pihaknya tidak akan mengabaikan kawasan Parlimen yang dimenangi BN dan akan mempertahankan kerusi tersebut.

“Pemuda juga memberi perhatian kepada parlimen-parlimen yang memang menjadi kubu kuat kita supaya kerusi di situ dipertahankan dan saya percaya dengan tumpuan khusus di 90 kawasan yang dikenal pasti itu, BN akan mampu memperoleh kemenangan dua pertiga," katanya. - Bernama
Read More
Posted in berita, politik | No comments

Friday, August 10, 2012

Raja Petra dedah komplot fitnah PM

Posted on 6:03 PM by Unknown

Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.

Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.

Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.

Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.

"Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.

Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.

Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.
Read More
Posted in berita, berita terkini, jenayah, politik | No comments

Pemansuhan Ordinan Darurat satu kesilapan besar?

Posted on 8:08 AM by Unknown

WALAUPUN pada Khamis 19 Julai yang lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak andaian bahawa pembebasan tahanan punca jenayah meningkat, tetapi masyarakat awam secara amnya masih khuatir akan keselamatan diri dan kediaman mereka ekoran daripada pembebasan 1,473 banduan baru-baru ini.

Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu sekalipun melegakan sedikit tetapi jauh disudut hati, rakyat secara umumnya khuatir akan keselamatan diri mereka, anak-anak dan juga keluarga.

Rakyat masih berasa bimbang, peningkatan kes jenayah adalah disebabkan oleh keputusan kerajaan membebaskan tahanan tersebut di seluruh negara yang ditahan di bawah Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011.

Pembebasan dilakukan sejak beberapa bulan lepas ekoran pengumuman pemansuhan oleh kerajaan terhadap ketiga-tiga akta tersebut tahun lepas.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan kesemua bekas tahanan yang dibebaskan akan dikawal serta tempat tinggal mereka juga akan dipantau.

Tetapi ini masih tidak meredakan perasaan gelisah orang awam mengenai jaminan keselamatan mereka.

Pada pengamatan saya, ini semua berlaku kerana masyarakat secara umum pada mulanya mengambil mudah dan memandang ringan akan kepentingan akta-akta yang telah dimansuhkan itu.

Sebahagian besar termakan dengan kempen supaya akta-akta itu dihapuskan tanpa mengambil kira akan kesan yang bakal terjadi akibat daripada pemansuhannya.

Mereka menyokong kerana terpengaruh dengan kempen ke arah perlunya sebuah masyarakat sivil, ketelusan dan sebagainya.

Malangnya, jenayah adalah satu perkara yang bukan sahaja rumit tetapi memerlukan pendekatan yang berbeza untuk ditangani. Hanya polis yang mampu membuat keputusan yang tepat apabila berhadapan dengan penjenayah, bukannya kita orang awam yang tidak tahu apa-apa tentang aktiviti jenayah.

Ini kerana tidak semua orang sanggup dan bersedia tampil ke hadapan untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes-kes jenayah kerana khuatir akan menjadi mangsa sasaran kumpulan kongsi gelap kerana mendedahkan aktiviti mereka.

Itulah mengapa akta-akta kediaman terhad dan buang negeri diwujudkan agar para penjenayah yang diketahui oleh polis terlibat dalam kes-kes jenayah tetapi tidak dapat dibuktikan menerusi proses undang-undang, dibendung kegiatan mereka menggunakan akta-akta ini.

Kini selepas akta-akta ini dimansuhkan, barulah orang ramai sedar betapa mereka telah melakukan kesilapan dengan mendesak agar akta ini dimasuhkan.

Perasaan dan rasa gelisah ini juga kini wujud di kalangan masyarakat Cina dan India yang rata-rata kononnya dahulu menentang kuat kewujudan akta ini.

Mereka juga sedar kini bahawa pemansuhan akta-akta berkenaan adalah satu kesilapan yang besar. Mereka tidak lagi berasa selamat selepas ia dimansuhkan.

Sumber: http://mstar.com.my/
Read More
Posted in politik | No comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Popular Posts

  • SBPA Batal, SSM Yang Ditambah Baik Kembali
    Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Mala...
  • Gaji sektor awam dikaji semula tahun depan
    Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan. Ketua Setiausaha ...
  • Harga Terkini Perodua Viva 2013
    Harga / Price  Perodua Viva 660  Harga / Price Perodua Viva 850 Notes :  1. Prices are with accessories. 2. Optional insurance coverage a) W...
  • cara pasang animated label cloud di blogspot
    Untuk memasang label cloud animasi pada sidebar seperti yang boleh anda lihat pada gambar yang di tunjukkan di atas, anda hanya perlu ikut b...
  • Warga Asing Sertai Kongsi Gelap
    Ops 6P Bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen Pulau Pinang di sebuah penempatan buruh asing di Relau dekat sini berjaya membongkar ke g...
  • Toyota Vios 2013
    Vios generasi ke 3 ini menjadi perhatian ramai kerana beberapa spesifikasi yang baru, ianya mengalami perubahan besar walaupun masih menggun...
  • Waspada Perisian Antivirus Tiruan
    Kali ini saya akan membawa pembaca sekalian kepada satu isu yang saya kira ramai yang telah sedia maklum tapi kurang mengambil perhatian iai...
  • Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia
    Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia ditubuhkan untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan masyarakat yang menjadi kekuatan untuk kita pada masa ...
  • Lelaki ugut Ketua Polis Negara KPN Ditahan
    Seorang lelaki yang didakwa menyarankan seseorang diupah untuk menembak mati Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar keci...
  • 5 cara untuk top monetize blog anda
    Jika anda mahukan cara-cara untuk mendapatkan wang daripada blog anda, maka artikel ini adalah untuk anda. Dalam artikel ini, kita membincan...

Categories

  • (AS 1MALAYSIA)
  • (KADS1M)
  • (MPEB)
  • (SPP1M)
  • 000 telefon percuma
  • 1 Malaysia
  • 1M4U
  • 1Malaysia For Youth
  • 2013
  • 660
  • 850
  • Agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
  • akibat
  • AMANAH SAHAM 1MALAYSIA
  • Amanah Saham Nasional Berhad
  • Android
  • anonymous
  • ansuran bulanan
  • artis
  • asap
  • Astro Warna
  • Bantuan Lesen 1 Malaysia
  • Bantuan persekolahan
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia
  • Barisan Nasional
  • Bayaran
  • Bayaran Saman
  • berita
  • berita terkini
  • BL1M
  • Blogger templates
  • Blogspot templates
  • Bola Sepak
  • Bonus kakitangan awam
  • Bonus Raya RM500 Kepada Kakitangan Awam 2013
  • Borang Pendaftaran
  • Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
  • BR1M 2.0
  • CLIXSTER Mobile Sdn Bhd
  • Daftar
  • Daftar Online Get Malaysian Business Online
  • Daftar Semak
  • download
  • Download myKPDNKK
  • E200
  • E250 BlueEFFICIENCY
  • ekonomi
  • facebook
  • Filem Paling Seram
  • Flip your text here
  • Free blogger templates
  • Free flash widget
  • Free software
  • Full Movie
  • gaji
  • Garis Panduan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
  • GMBO
  • Guess writer
  • Guru Ibu bapa
  • Harga
  • Harga Honda EX5 Dream 110
  • harga kereta
  • Harga Sony Xperia Z
  • hiburan
  • honda jazz ckd
  • HTML Escaper
  • Indeks Pencemaran Udara
  • info
  • internet
  • Jabatan Pengankutan Jalan
  • Jambatan Ke-2 Pulau Pinang
  • jawatan kosong
  • jenayah
  • jerebu
  • Jerebu di Muar
  • Johor
  • Johor Darul Takzim
  • Johor Fan Club
  • JPJ
  • jquery
  • Jumlah BR1M Naik Tahun 2014
  • Kad diskaun pesara kerajaan
  • Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
  • Kadar Zakat Fitrah 2013
  • KADS1M
  • kakitangan awam
  • kecantikan
  • Kedai Kain 1 Malaysia
  • kelajuan Internet Malaysia
  • keluagra
  • keluarga
  • kemalangan
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013
  • kereta
  • kesihatan
  • KL Gangster 2 Official Trailer 2013
  • Kod warna HTML
  • komputer
  • langkah
  • Legoland
  • LYNAS
  • mahkamah
  • marketing
  • masakan
  • masterchef
  • mencegah
  • Mercedes-Benz E-Class
  • motivasi
  • MyEG
  • myvi
  • Nasi Beriani
  • Nasi Dagang
  • Nasi Goreng Special
  • Nasi Kerabu
  • Online
  • Online games
  • Online Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
  • pemasaran
  • pembayaran
  • Pendidikan
  • Penyebab Punca Rambut Gugur
  • Perkhidmatan awam
  • Permohonan
  • perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
  • Perodua
  • Perumahan Rakyat !Malaysia
  • Perumahan Rakyat 1Malaysia
  • Photoshop
  • Photoshop tutorial
  • Polis Diraja Malaysia PDRM
  • politik
  • PR1MA
  • Proton Saga SV
  • Proton Suprima 1.6 Liter Turbo
  • PRU 13
  • Rebat
  • Rebate Smartphone RM 200
  • resepi
  • resepi rendang ayam
  • SAPS
  • SARA 1Malaysia
  • security
  • Semak Saman Online
  • Semakan kemasukan ke IPTA
  • Semakan Keputusan SPM Ulangan 2013
  • Semakan Online PLKN
  • Semakan Online Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014
  • Semakan Online Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014
  • Semakan penempatan PLKN
  • semakan saman online
  • Semakan Tawaran Program Kolej Vokasional KPM
  • senarai nama
  • SEO
  • Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara
  • Site Map
  • Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia
  • Skim Rumah Pertamaku
  • SKMM
  • SRP
  • sukan
  • Syarat
  • Tablet paling nipis
  • Taman tema air
  • Tarikh
  • Tawaran 100
  • Telefon bimbit
  • Telefon Pintar
  • terbaru
  • terkini
  • Teruskan Rebat Telefon Pintar Dalam Bajet 2014 - Celcom Axiata
  • Timbang berat blog
  • Tips
  • toyota
  • Tutorial
  • UPU
  • Video and Lyric
  • Video Lelaki Serang Bekas Teman Wanita Tersebar
  • Video tutorial
  • vios
  • Viva
  • water park
  • widget
  • windows 8
  • www.khidmatnegara.gov.my

Blog Archive

  • ▼  2013 (86)
    • ▼  October (1)
      • PBSMR Ganti PMR Tahun 2014
    • ►  September (6)
    • ►  August (17)
    • ►  July (18)
    • ►  June (17)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (8)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (68)
    • ►  December (15)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (34)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  March (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (46)
    • ►  December (11)
    • ►  November (16)
    • ►  October (10)
    • ►  April (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (72)
    • ►  December (7)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (9)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (11)
  • ►  2009 (98)
    • ►  December (24)
    • ►  November (14)
    • ►  October (20)
    • ►  September (6)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (23)
Powered by Blogger.

About Me

Unknown
View my complete profile