1Malaysia

  • Subscribe to our RSS feed.
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Facebook
  • Digg

Sunday, December 16, 2012

Cara mengelak laman web digodam

Posted on 12:50 AM by Unknown

Perkara asas dalam keselamatan teknologi maklumat yang perlu diambil kira ialah perimeter, pendidikan dan polisi atau 3P.

Berkenaan dengan keselamatan sesebuah laman web, ada beberapa peringkat yang perlu diteliti iaitu seperti yang tercatit seterusnya.


1. Peringkat aplikasi sesebuah laman web iaitu dari segi laman web itu sendiri, perisian, aplikasi pengurusan kandungan atau Content Management System (CMS), penulisan kod, bahasa pengaturacaraan dan pangkalan data.

2. Peringkat aplikasi storan laman web iaitu aplikasi pelayan web dan pelayan DNS yang diguna pakai.

3. Peringkat komputer pelayan yang digunakan untuk menyediakan kemudahan laman web dan komputer peribadi atau client yang digunakan untuk mencapai fungsi pengurusan laman web tersebut.

4. Peringkat capaian daripada para pengguna terhadap laman web dan sambungannya.

Seterusnya, disediakan panduan keselamatan secara umum bagi pengendalian sesebuah laman web sama ada ia bersifat statik, dinamik atau aplikasi.

1. Aplikasi pelayan DNS yang diguna pakai perlu sentiasa dikemas kini, dikonfigurasikan dengan baik, selamat dan dienkripsi sambungannya. Sila guna aplikasi DNS yang mempunyai fungsi DNS Security Extension (DNSSEC) bagi memberi tahap keselamatan yang tinggi.

2. Sentiasa membuat kemas kini terhadap kesemua perisian dan perkakasan yang digunakan untuk mengendalikan dan membangunkan laman web.

3. Pengunaan kata laluan berserta teknik enkripsi yang kental dan selamat dalam kesemua pengendalian sesebuah laman web.

4. Pastikan keselamatan penggunaan e-mel pentadbir yang digunakan dalam mengendalikan laman web adalah pada tahap yang tinggi. Jangan dedahkannya kepada umum sekiranya tiada berkepentingan.

5. Penggunaan kata laluan yang selamat dan kental pada pangkalan data yang digunakan. Ramai pengguna membiarkan capaiannya tanpa kata laluan.

6. Elakkan konfigurasi secara lalai atau default pada mana-mana aplikasi yang digunakan terutama pada pelayan web, pangkalan data, aplikasi pengurusan kandungan, blog, skrip dan sebagainya. Konfigur kesemuanya dengan selamat.

7. Elakkan penggunaan aplikasi Telnet, aplikasi FTP dan sambungan Wi-Fi untuk mencapai pengurusan laman web secara jarak jauh kerana ia kurang selamat. Boleh menggunakan aplikasi yang mempunyai fungsi enkripsi seperti Secure FTP (SFTP), VPN dan lain-lain dalam menggunakan aplikasi capaian jarak jauh.

8. Semak kebenaran capaian fail dan direktori agar capaiannya selamat dan terhad oleh pihak yang bertangungjawab sahaja terutama fail dan direktori yang berada dalam aplikasi pelayan web.

9. Tambahkan skrip robot.txt kepada laman web. Ia adalah skrip arahan untuk laman-laman web enjin carian yang akan mengindeks fail tertentu sahaja bagi sesebuah laman web yang dicari oleh para pengguna.

10. Pastikan komputer pelayan yang digunakan dikonfigur pada tahap keselamatan yang tinggi. Sentiasa membuat kemas kini dan penyelengaraan bagi perisian dan sistem pengoperasian yang digunakan secara berkala. Elak larikan komputer pelayan dalam mod penuh pentadbir atau Root.

11. Penggunaan perimeter keselamatan pada infrastruktur laman web seperti aplikasi Firewall Web, IDS, IPS, perisian anti-virus dan lain-lain. Konfigur dengan selamat dan sentiasa mengemaskini aplikasi yang digunakan.

12. Sentiasa melakukan pengujian keselamatan bagi laman web dengan menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu seperti PHP Security Scanner, Web Security Testing, XSS String Encoder, SQL Encoder dan lain-lain atau secara manual. Ini juga dikenali sebagai Penetration Testing dan Security Audit. Ia boleh diuji kepada kod sumber, perisian, perkakasan dan capaian yang digunakan untuk sesebuah laman web.

13. Pastikan aplikasi pelayan web yang digunakan dikonfigur pada tahap keselamatan yang tinggi. Sentiasa membuat kemas kini dan penyelengaraan secara berkala. Pastikan aplikasi pelayan web menggunakan fungsi enkripsi SSL untuk keselamatan paparan sesebuah laman web.

14. Pastikan pengguna yang mencapai laman web dididik dengan cara penggunaan yang berhemah dan selamat seperti sambungan, penggunaan pelayar yang selamat, penggunaan akaun laman web dengan selamat dan lain-lain.

15. Wujudkan polisi keselamatan bagi capaian laman web secara dalaman atau secara luaran.

16. Penggunaan keselamatan fizikal yang baik untuk storan laman web seperti keadaan bilik yang kondusif dan selamat, teknik penguncian yang baik dan lain-lain.

17. Wujudkan sistem salinan data untuk kembalikan semula keadaan dan data sesebuah laman web ke bentuk asal sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Ini dikenali sebagai Bussiness Continuity Plan (BCP).

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Read More
Posted in internet, security | No comments

Tuesday, November 6, 2012

Kedai Buku 1Malaysia (KB1M)

Posted on 8:47 AM by Unknown

PEMBUKAAN Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) yang pertama di Malaysia sempena pelancaran Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL) pada 22 September lalu membuka satu lagi ruang untuk memupuk dan merakyatkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Selepas sebulan pembukaannya, penulis berkesempatan mengunjungi KB1M di UTC KL. Bertempat di kawasan yang strategik yang dahulunya lebih dikenali sebagai Pudu Raya sebelum bertukar nama menjadi Pudu Sentral buat seketika, KB1M boleh membantu meringankan beban pembaca yang dahagakan ilmu tetapi kurang berkemampuan untuk membeli bahan bacaan dengan jumlah yang banyak.

Harga buku di KB1M adalah lebih murah berbanding kedai-kedai buku lain dan ini merupakan kelebihan utama KB1M. Bagi buku-buku keluaran terbaharu, harganya lebih murah sehingga 15 peratus berbanding harga di kedai-kedai buku lain. Bagi buku-buku yang agak lama, ada dijual dalam lingkungan RM5 hingga RM15.

Layanan yang diberikan oleh kakitangan KB1M kepada penulis juga amat baik setiap kali penulis bertanyakan mengenai buku-buku yang dijual di situ. Bagi para pembeli, layanan baik juga boleh menjadi pemangkin kepada mereka untuk menjadi pelanggan tetap KB1M.

Cuma meskipun harga bahan bacaan lebih murah berbanding kedai-kedai buku lain di samping layanan mesra kakitangannya, namun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan agar rakyat dapat merasai betapa KB1M adalah lebih menarik untuk dikunjungi berbanding kedai buku yang lain. Ini kerana faktor harga yang murah saja bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan para pembaca datang membeli bahan bacaan.

Begitu juga faktor layanan terbaik yang diberikan oleh kakitangan kepada para pembaca tidak akan membawa mereka datang sekali lagi sekiranya pembaca berasakan kedai buku lain lebih menarik berbanding KB1M.

Menurut rakan penulis yang merupakan pembaca tegar bahan bacaan, tidak lengkap sesebuah kedai buku tersebut sekiranya bahan bacaan yang ditawarkan terhad. Penulis melihat perkara inilah yang perlu ditambah nilai supaya pembukaan KB1M di cawangan-cawangan terbaharu akan lebih menarik dengan mempunyai lebih banyak koleksi bahan bacaan. Antara jenis buku yang boleh ditambah adalah seperti buku untuk kanak-kanak dan juga buku teks sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Penulis memahami bahawa ruang KB1M tidaklah besar dan ini menyebabkan ia tidak boleh menampung lebih banyak bahan bacaan untuk para pembaca termasuklah tidak kelihatan akhbar-akhbar tempatan di jual di situ. Yang ada hanyalah majalah-majalah yang kebanyakannya dari luar negara.

Ruang yang besar amat penting bagi cawangan terbaharu KB1M yang akan dibuka pada masa akan datang kerana ia membolehkan lebih banyak buku dan bahan bacaan terutamanya yang diterbit dan ditulis oleh penerbit dan penulis tempatan. Di Malaysia terdapat ramai penulis tempatan yang hebat-hebat belaka. Perbanyakkan lagi ruang untuk memasarkan buku-buku penulis tempatan dalam semua genre penulisan. Utamakan penulis-penulis tempatan dan agenda untuk menggerakkan KB1M sebagai pusat aktiviti mini boleh memperbanyakkan lagi bahan bacaan yang ditulis oleh penulis tempatan.

Salah satu perkara yang boleh dilaksanakan adalah dengan memasarkan terus buku-buku penulis tempatan tanpa perlu melalui orang tengah yang mana ia akan membolehkan harga buku berlipat kali ganda lebih murah dan pada masa yang sama royalti mampu dibayar dengan jumlah lebih tinggi.

Kalau kita lihat di kedai-kedai buku yang ternama, buku-buku tersebut terpaksa melalui orang tengah sebelum ia dapat dipasarkan. Mekanisme tanpa melalui orang tengah akan menjadikan situasi menang-menang di kalangan para pembeli dan penulis.

Dicadangkan juga buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit IPT diberi ruang seluas-luasnya untuk memasarkan produk mereka. Ini kerana penerbit-penerbit IPT sukar untuk memasarkan produk-produk buku mereka di kedai buku berjenama dan ternama.

Selain itu, penulis juga ingin mencadangkan agar cawangan KB1M akan datang dibuka di kompleks membeli belah kerana lebih ramai orang dapat mengunjungi KB1M. Memang benar, UTC KL adalah kawasan yang amat strategik, namun kehadiran orang ramai lebih ke arah untuk pulang ke kampung dan bukannya berniat untuk mengunjungi KB1M.

Pembukaan KB1M di kompleks beli-belah seperti Mid Valley Mega Mall dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) akan menggamit lebih ramai lagi para pembeli. Strategi yang sama boleh digunakan untuk pembukaan cawangan-cawangan KB1M di negeri-negeri lain.

Walau terdapat beberapa perkara untuk penambahbaikan, namun, secara keseluruhannya, pembukaan KB1M di UTC KL merupakan permulaan yang amat baik dalam membantu rakyat mengurangkan kos pembelian bahan bacaan terutamanya bagi golongan berpendapatan sederhana ke bawah.

Di samping itu, KB1M akan membantu mengubah mentaliti dan budaya rakyat Malaysia ke arah menjadi pembaca tegar bahan bacaan berilmiah sejajar dengan status negara maju yang ingin dicapai pada tahun 2020. Insya-Allah, dengan pembukaan lebih banyak cawangan KB1M akan merancakkan lagi industri percetakan di Malaysia ketika kebanyakan industri percetakan di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat sedang bergelut dengan era internet. Maka, sewajarnya KB1M dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.

Sumber: http://www.utusan.com.my


Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Thursday, November 1, 2012

Gaji sektor awam dikaji semula tahun depan

Posted on 12:22 AM by Unknown

Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.

Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000.- Bernama
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Saturday, October 27, 2012

Tips untuk melajukan komputer dan laptop

Posted on 5:34 AM by Unknown

Adakah komputer anda bergerak bagaikan siput? Terlalu lembab dan perlahan seolah-olah tiada tenaga. Nak menjalankan satu-satu program memakan masa yang agak lama dan kadang-kadang seperti tidak berfungsi sebaik mana yang kita biasa gunakan pada awal dulu walaupun komputer kita sebenarnya memang POWER! Jangan putus asa!

Ikutilah langkah-langkah berikut untuk mengoptima dan melajukan prestasi komputer anda…


Sebenarnya banyak sebab yang menjadikan komputer menjadi sedemikian dan 90% daripadanya adalah disebabkan oleh virus dan spyware yang terdapat dalam komputer kita. Tambah-tambah lagi kita membiarkan komputer kita bersambung dengan talian jalur lebar yang terdapat di rumah kita hampir sepenuh masa. Saya juga kerapkali menghadapi situasi yang sedemikian, walau pun saya agak mahir juga untuk membaik pulih komputer sendiri samad dari segi software mahu pun hardware.

Biasanya ada 3 sebab utama komputer anda menjadi tidak responsif dan perlahan. Sebab-sebab tersebut adalah:

  1. Kekurangan ruangan hard disk dalam komputer
  2. Komputer anda telah dijangkiti virus dan spyware
  3. Registeri/Ingatan komputer anda terlalu banyak dengan entri-entri yang samada hilang atau pun tidak sah/tepat.

Jika komputer anda kekurangan ruangan hard disk untuk berfungsi secara optima, anda perlulah memastikan ruangan utama di mana Sistem Operasi komputer anda seperti Windows XP/Vista dipasang mempunyai ruangan kosong yang mencukupi untuk ia berfungsi dengan baik. ini kerana sistem operasi seperti Windows XP memerlukan ruang kosong yang agak banyak dalam hard disk anda untuk dijadikan virtual memori. Biasanya, anda perlu mengnyediakan ruangan sekurang-kurangnya 10% daripada ruang hard disk dalam partition tersebut untuk dijadikan virtual memori Windows. Ini bermakna, jika partition utama anda mempunyai ruang total sebanyak 100GB, anda perlu menyumbang 10GB untuk tujuan tersebut. Jika tidak komputer anda akan menjadi tidak responsif.

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu membuang/menyahpasangkan software yang anda pasang pada komputer anda. Pastikan anda memasang software yang benar-benar anda gunakan secara kerap. Mana-mana software yang anda jarang atau tidak gunakan, anda disaran membuangnya atau menguninstall mereka. Jika terdapat banyak fail-fail video dan audio/mp3 yang anda muat turun daripada internet, anda juga disaran memmadamkanya atau memindahkan ke lokasi yang lain seperti pada partition yang lain (bukan partition utama) atau sebaiknya backup ke dalam CD atau DVD kosong.

Anda juga disaran menggunakan perisian yang boleh melakukan scanning pada registeri windows

Langkah pertama yang perlu anda ambil ialah memastikan komputer anda bebas dari virus dan spyware! Ini kerana mereka inilah penyebab utama komputer gagal berfungsi dengan baik.
Read More
Posted in internet, komputer | No comments

Thursday, October 25, 2012

Windows 8 akan dilancarkan pada 29 Oktober 2012

Posted on 6:26 AM by Unknown

Windows 8 merupakan sistem operasi generasi baru daripada Microsoft, yang mana bakal dilancarkan di Amerika Syarikat pada 26 Oktober kelak, dan untuk pasaran Malaysia, ia akan dilancarkan selepas tiga hari, iaitu pada 29 Oktober.

Perbezaan masa ini berkemungkinan kerana jatuhnya cuti perayaan pada hari Jumaat ini, 26 Oktober, sekaligus mungkin membuatkan pihak Microsoft menangguhkan pelancarannya ke hari Isnin, 29 Oktober.

Bersama-sama dengan pelancaran Windows 8, ia juga dijangka yang mana pelbagai peranti terkini, terutamanya komputer riba dan juga tablet Windows 8 daripada rakan kerjasama Microsoft, termasuk berkemungkinan besar, Surface sendiri. Harga jualan rasmi Windows 8 di Malaysia juga mungkin akan diketahui hari tersebut.
Read More
Posted in internet, komputer | No comments

Saturday, October 20, 2012

Kemas kini blog melalui telefon pintar

Posted on 8:00 PM by Unknown

BAGI seorang blogger, idea sememangnya sangat penting untuk mendapatkan bahan yang menarik untuk ditulis dalam blog.

Jangan benarkan idea yang menarik itu terlepas begitu sahaja tanpa dikongsi bersama pembaca dan pengikut setia di blog kamu.

Aplikasi yang ditampilkan oleh .com minggu ini mungkin dapat membantu kamu dalam menyelesaikan masalah itu agar kamu dapat mengemas kini blog di mana sahaja.

Cukup dengan hanya menggunakan telefon, kamu boleh mengemas kini blog melalui perisian Blogger oleh Google Inc. yang terdapat di dalam telefon pintar Android dan juga iPhone.

Caranya sangat mudah, setelah memuat turun aplikasi melalui Play Store (Android) atau App Store (iPhone) kamu kini boleh mengemas kini blog di mana sahaja kamu berada.

Paparannya sangat ringkas dan mudah digunakan ditambah pula jika kamu mempunyai banyak blog dalam satu akaun kamu boleh memilih untuk mengemas kini blog yang kamu suka.

Jika kamu belum lagi mahu menyiarkan entri tersebut, kamu boleh menyimpan idea yang sudah kamu tulis dalam draf.

Jadi apa tunggu lagi blogger di luar sana, bolehlah mencuba aplikasi ini bagi memastikan semua idea dan catatan blog kamu sentiasa dikemas kini walaupun ketika dalam perjalanan jauh.

Selamat mencuba.

Sumber: http://www.utusan.com.my/
Read More
Posted in berita, berita terkini, internet | No comments

Thursday, October 18, 2012

Profil online makin penting

Posted on 8:25 AM by Unknown

Pernahkah anda terfikir bagaimana reputasi diri anda digambarkan secara online? Bukan hanya sekadar di minda keluarga atau rakan-rakan, tetapi yang pentingnya, apakah yang difikirkan oleh bakal majikan anda?

Berlainan pula dari profil secara off-line yang selalunya hanya wujud dalam CV, profil secara online boleh menjangkau kepada beberapa akaun berkaitan yang lain, antaranya Facebook, Twitter, LinkedIn, You Tube dan pelbagai blog.

Adalah sangat penting bagi para individu untuk mengawal identiti profesional mereka secara online.

Pengerusi dan pengasas bersama LinkedIn, Reid Hoffman, berpendapat, kini setiap individu adalah usahawan dalam kehidupan mereka sendiri. Mereka juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif kepada kerjaya mereka dan setiap profesional haruslah meluangkan masa untuk melabur dalam diri mereka sendiri.

Hari ini, peluang kerjaya saling berkait rapat dengan jejak digital seseorang dan oleh yang demikian, jenama profesional secara online adalah amat penting memandangkan CV yang lapuk juga turut diubahsuai selaras dengan peredaran zaman bagi abad yang ke-21 ini.

Pentingnya profil online

Satu kaji selidik oleh Jobvite yang dijalankan dalam tahun 2011 mendapati 89 peratus daripada syarikat bercadang menggunakan rangkaian sosial bagi urusan merekrut pekerja baru (meningkat dari 83 peratus berbanding tahun 2010).

Tambahan pula, 55 peratus daripada syarikat yang mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut berhasrat meningkatkan pelaburan dalam merekrut melalui rangkaian sosial pada tahun 2012.

Laman rangkaian sosial yang memberikan anda keupayaan untuk mengawal jenama profesional dapat dijadikan titik permulaan bagi menonjolkan kemahiran dan bakat anda, agar individu dan peluang pekerjaan yang betul dapat menemui anda.

Jika mencari dalam enjian carian Google nama anda, besar kemungkinannya yang profil LinkedIn anda akan muncul di tangga teratas hasil carian kerana pengoptimuman cariannya menjadikan LinkedIn satu-satunya laman yang memudahkan seseorang menemui anda - serta latar belakang profesional anda.

Bina profil online

Berikut adalah tiga langkah tentang bagaimana anda dapat menyediakan asas yang betul dalam membina profil profesional secara online anda:

Langkah 1: Sedari akan kewujudan anda secara online

Ketahui tentang pelbagai sumber yang mungkin boleh menjejaskan identiti profesional anda - mulakan dengan mencari diri anda menerusi Google.

Besar kemungkinannya, inilah yang akan dilakukan oleh bakal majikan anda, pelabur, bakal rakan kongsi perniagaan dan pelanggan anda.

Lihat apakah maklumat yang anda perolehi tentang diri anda, singkirkan sebarang status terkini yang boleh dipersoalkan.

Contoh: Saya benci pekerjaan dan bos saya!) atau gambar-gambar yang boleh menjejaskan diri anda.

Gambar gila-gila yang diambil ketika percutian yang dimuat naik ke Facebook mungkin membuatkan anda rasa popular di kalangan kenalan anda, tetapi ia mungkin tidak dapat diterima baik oleh majikan anda.

Langkah 2: Bina identiti profesional secara online anda

Bina profil LinkedIn - dengan lebih daripada 161 juta ahli di seluruh dunia dan lebih dari 800,000 ahli di Malaysia.

Laan tersebut merupakan titik permulaan yang baik untuk meningkatkan penonjolan profesionalisme anda secara online, mengembangkan rangkaian kenalan anda serta melibatkan diri dengan individu yang berfikiran serupa dengan anda.

Anggaplah profil anda sebagai satu cara untuk mempromosikan "Jenama Diri"

Berikut adalah di antara beberapa cara untuk membina profil yang baik bagi menonjolkan tahap profesionalisme anda:

Letakkan gambar - ia menjadikan profil anda 7x lebih berkemungkinan untuk ditemui dalam hasil carian.

Letakkan jawatan terdahulu - kemungkinan profil anda dilihat adalah 12x lebih tinggi sekiranya anda menyenaraikan jawatan yang pernah disandang.

Bina rangkaian kenalan anda - mereka adalah di antara salah satu aspek penting bagi penjenamaan diri anda: kenalan anda melambangkan kualiti jenama anda. Apakah yang berlaku ketika anda meninjau sesuatu profil dan terpandang seseorang yang turut anda kenali? Maka, minat anda terhadap profil tersebut akan meningkat!

Serlahkan diri anda - Perkukuhkan profil anda dengan meletakkan beberapa minat utama dan letakkan pautan ke laman web yang memaparkan keupayaan serta kecenderungan anda.

Langkah 3: Libatkan diri sepenuhnya dan manfaatkan rangkaian berkenaan

LinkedIn semakin pantas membuka peluang kepada graduan dan usahawan secara global - terutamanya di rantau Asia.

Jangan lupa untuk menonjolkan kemahiran serta menjelaskan tentang pengalaman anda di dalam profil secara online berkenaan.

Sesetengah daripada anda mungkin masih ingat bagaimana anda pernah meminta rakan untuk menuliskan testimonial di dinding profil Friendster anda beberapa tahun yang lalu.

Begitu juga dengan LinkedIn, di mana anda boleh meminta kenalan untuk menuliskan saranannya pada dinding profil LinkedIn anda.

Saranan adalah rujukan mulut-ke-mulut daripada profesional lain yang boleh tersebar secara viral dan meningkatkan kredibiliti tahap profesionalisme anda.

Ini adalah salah satu cara terbaik untuk mewujudkan tanggapan yang positif bagi memperolehi pelanggan baru atau memberikan anda kelebihan berbanding calon lain yang turut bersaing untuk mendapatkan peluang pekerjaan baru.

Satu lagi perkara yang anda boleh lakukan ialah bertanya dan menjawab soalan di Jawapan LinkedIn.

Soalan bijak dan jawapan yang bernas membina kredibiliti anda dan soalan serta jawapan yang cemerlang akan menarik minat pengguna lain untuk melihat profil anda.

Jawablah soalan yang berkaitan dengan bidang anda bagi memperkukuhkan kepakaran serta meningkatkan tahap penampilan diri.

Yang paling penting membina perhubungan sosial dengan orang yang berada di dalam rangkaian anda-kerana suatu hari nanti anda mungkin memerlukan jawapan bagi soalan anda pula.

Biarkan LinkedIn membantu anda

Dengan panduan yang diberikan, kini anda boleh membina identiti profesional secara online, membawa diri anda selangkah lebih dekat kepada peluang yang tiada hadnya (dari peluang pekerjaan baru hinggalah ke berhubungan dengan bakal rakan kongsi dan pelabur) untuk membantu mempertingkatkan kerjaya profesional anda.

Sentiasa proaktif, ikuti perkembangan semasa dan terokai apa yang ditawarkan oleh LinkedIn, biarkan LinkedIn membantu anda.

Tara Commerford ialah Ketua Komunikasi bagi LinkedIn ANZ & Asia Tenggara Profil LinkedIn beliau boleh dilihat di: http://au.linkedin.com/in/taracommerford

Sumber: http://www.utusan.com.my/
Read More
Posted in berita, berita terkini, info, internet | No comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Popular Posts

  • SBPA Batal, SSM Yang Ditambah Baik Kembali
    Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Mala...
  • Gaji sektor awam dikaji semula tahun depan
    Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan. Ketua Setiausaha ...
  • Harga Terkini Perodua Viva 2013
    Harga / Price  Perodua Viva 660  Harga / Price Perodua Viva 850 Notes :  1. Prices are with accessories. 2. Optional insurance coverage a) W...
  • cara pasang animated label cloud di blogspot
    Untuk memasang label cloud animasi pada sidebar seperti yang boleh anda lihat pada gambar yang di tunjukkan di atas, anda hanya perlu ikut b...
  • Warga Asing Sertai Kongsi Gelap
    Ops 6P Bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen Pulau Pinang di sebuah penempatan buruh asing di Relau dekat sini berjaya membongkar ke g...
  • Toyota Vios 2013
    Vios generasi ke 3 ini menjadi perhatian ramai kerana beberapa spesifikasi yang baru, ianya mengalami perubahan besar walaupun masih menggun...
  • Waspada Perisian Antivirus Tiruan
    Kali ini saya akan membawa pembaca sekalian kepada satu isu yang saya kira ramai yang telah sedia maklum tapi kurang mengambil perhatian iai...
  • Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia
    Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia ditubuhkan untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan masyarakat yang menjadi kekuatan untuk kita pada masa ...
  • Lelaki ugut Ketua Polis Negara KPN Ditahan
    Seorang lelaki yang didakwa menyarankan seseorang diupah untuk menembak mati Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar keci...
  • 5 cara untuk top monetize blog anda
    Jika anda mahukan cara-cara untuk mendapatkan wang daripada blog anda, maka artikel ini adalah untuk anda. Dalam artikel ini, kita membincan...

Categories

  • (AS 1MALAYSIA)
  • (KADS1M)
  • (MPEB)
  • (SPP1M)
  • 000 telefon percuma
  • 1 Malaysia
  • 1M4U
  • 1Malaysia For Youth
  • 2013
  • 660
  • 850
  • Agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
  • akibat
  • AMANAH SAHAM 1MALAYSIA
  • Amanah Saham Nasional Berhad
  • Android
  • anonymous
  • ansuran bulanan
  • artis
  • asap
  • Astro Warna
  • Bantuan Lesen 1 Malaysia
  • Bantuan persekolahan
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia
  • Barisan Nasional
  • Bayaran
  • Bayaran Saman
  • berita
  • berita terkini
  • BL1M
  • Blogger templates
  • Blogspot templates
  • Bola Sepak
  • Bonus kakitangan awam
  • Bonus Raya RM500 Kepada Kakitangan Awam 2013
  • Borang Pendaftaran
  • Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
  • BR1M 2.0
  • CLIXSTER Mobile Sdn Bhd
  • Daftar
  • Daftar Online Get Malaysian Business Online
  • Daftar Semak
  • download
  • Download myKPDNKK
  • E200
  • E250 BlueEFFICIENCY
  • ekonomi
  • facebook
  • Filem Paling Seram
  • Flip your text here
  • Free blogger templates
  • Free flash widget
  • Free software
  • Full Movie
  • gaji
  • Garis Panduan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
  • GMBO
  • Guess writer
  • Guru Ibu bapa
  • Harga
  • Harga Honda EX5 Dream 110
  • harga kereta
  • Harga Sony Xperia Z
  • hiburan
  • honda jazz ckd
  • HTML Escaper
  • Indeks Pencemaran Udara
  • info
  • internet
  • Jabatan Pengankutan Jalan
  • Jambatan Ke-2 Pulau Pinang
  • jawatan kosong
  • jenayah
  • jerebu
  • Jerebu di Muar
  • Johor
  • Johor Darul Takzim
  • Johor Fan Club
  • JPJ
  • jquery
  • Jumlah BR1M Naik Tahun 2014
  • Kad diskaun pesara kerajaan
  • Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
  • Kadar Zakat Fitrah 2013
  • KADS1M
  • kakitangan awam
  • kecantikan
  • Kedai Kain 1 Malaysia
  • kelajuan Internet Malaysia
  • keluagra
  • keluarga
  • kemalangan
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013
  • kereta
  • kesihatan
  • KL Gangster 2 Official Trailer 2013
  • Kod warna HTML
  • komputer
  • langkah
  • Legoland
  • LYNAS
  • mahkamah
  • marketing
  • masakan
  • masterchef
  • mencegah
  • Mercedes-Benz E-Class
  • motivasi
  • MyEG
  • myvi
  • Nasi Beriani
  • Nasi Dagang
  • Nasi Goreng Special
  • Nasi Kerabu
  • Online
  • Online games
  • Online Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
  • pemasaran
  • pembayaran
  • Pendidikan
  • Penyebab Punca Rambut Gugur
  • Perkhidmatan awam
  • Permohonan
  • perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
  • Perodua
  • Perumahan Rakyat !Malaysia
  • Perumahan Rakyat 1Malaysia
  • Photoshop
  • Photoshop tutorial
  • Polis Diraja Malaysia PDRM
  • politik
  • PR1MA
  • Proton Saga SV
  • Proton Suprima 1.6 Liter Turbo
  • PRU 13
  • Rebat
  • Rebate Smartphone RM 200
  • resepi
  • resepi rendang ayam
  • SAPS
  • SARA 1Malaysia
  • security
  • Semak Saman Online
  • Semakan kemasukan ke IPTA
  • Semakan Keputusan SPM Ulangan 2013
  • Semakan Online PLKN
  • Semakan Online Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014
  • Semakan Online Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014
  • Semakan penempatan PLKN
  • semakan saman online
  • Semakan Tawaran Program Kolej Vokasional KPM
  • senarai nama
  • SEO
  • Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara
  • Site Map
  • Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia
  • Skim Rumah Pertamaku
  • SKMM
  • SRP
  • sukan
  • Syarat
  • Tablet paling nipis
  • Taman tema air
  • Tarikh
  • Tawaran 100
  • Telefon bimbit
  • Telefon Pintar
  • terbaru
  • terkini
  • Teruskan Rebat Telefon Pintar Dalam Bajet 2014 - Celcom Axiata
  • Timbang berat blog
  • Tips
  • toyota
  • Tutorial
  • UPU
  • Video and Lyric
  • Video Lelaki Serang Bekas Teman Wanita Tersebar
  • Video tutorial
  • vios
  • Viva
  • water park
  • widget
  • windows 8
  • www.khidmatnegara.gov.my

Blog Archive

  • ▼  2013 (86)
    • ▼  October (1)
      • PBSMR Ganti PMR Tahun 2014
    • ►  September (6)
    • ►  August (17)
    • ►  July (18)
    • ►  June (17)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (8)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (68)
    • ►  December (15)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (34)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  March (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (46)
    • ►  December (11)
    • ►  November (16)
    • ►  October (10)
    • ►  April (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (72)
    • ►  December (7)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (9)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (11)
  • ►  2009 (98)
    • ►  December (24)
    • ►  November (14)
    • ►  October (20)
    • ►  September (6)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (23)
Powered by Blogger.

About Me

Unknown
View my complete profile