1Malaysia

  • Subscribe to our RSS feed.
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Facebook
  • Digg

Thursday, January 31, 2013

Sindiket menggodam E-mel:Kerugian Cecah RM7.3 Juta

Posted on 12:36 AM by Unknown

Polis membongkar sindiket menggodam e-mel syarikat yang menjalankan transaksi perniagaan secara atas talian bagi memintas pembayaran secara penipuan hingga menyebabkan kerugian setakat ini mencecah RM7.3 juta.

Kegiatan itu dikesan sejak 2010 iaitu sindiket menukar nombor akaun bayaran sesebuah syarikat melalui pintasan e-mel supaya bayaran dimasukkan ke dalam akaun 'keldai' yang digunakan sindiket itu.

Ketua Unit Siasatan Perisian Komputer Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman DSP Mohamad Lazim Ismail berkata penipuan itu boleh menjejaskan imej syarikat yang beroperasi dalam negara yang berdagang secara telus dengan syarikat antarabangsa serta menyukarkan aktiviti perniagaan kedua-dua belah pihak.


"Urus niaga perniagaan kedua-dua syarikat melibatkan pembayaran dalam talian. Malangnya sindiket tersebut telah memesongkan nombor akaun bayaran sesebuah syarikat itu melalui pintasan e-mel yang dibuat oleh anggota sindiket atau keldai akaun," katanya kepada Bernama.

Ini mengakibatkan syarikat di Malaysia menuduh syarikat antarabangsa tidak melakukan pembayaran dan apabila semakan dibuat, kedua-dua syarikat ini sebenarnya telah ditipu apabila nombor akaun yang dihantar syarikat antarabangsa kepada syarikat di sini telah pun ditukar, katanya.

Mohamad Lazim berkata syarikat antarabangsa yang berurusan dengan syarikat di Malaysia antaranya dari India, Arab Saudi, Korea Selatan, Itali, Mexico dan China.

Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan syarikat perlu sentiasa memastikan setiap e-mel yang dihantar kepada rakan urus niaga mesti menggunakan kaedah 'encryption' di mana penerima haruslah memasukkan kod keselamatan untuk membukanya.

"Urus niaga yang dilakukan juga tidak seharusnya dilakukan menerusi e-mel semata-mata tetapi menggunakan kemudahan lain seperti telefon dan faksimili," katanya.

"Jadi saya nasihatkan apa-apa pun ikut pendekatan cara tradisional, setiap perkara yang sudah selesai dibuat, kedua-dua pihak perlu menelefon kembali untuk bertanyakan kata laluan yang sama dibuat kedua-duanya," katanya.

Beliau berkata bagi awal tahun ini sehingga 15 Jan lepas, tujuh kes dilaporkan melibatkan kerugian RM907,384.

Mohamad Lazim berkata sepanjang 2012 sebanyak 32 kes dilaporkan melibatkan kerugian RM4.6 juta (RM4,636,487.83) berbanding RM960,150 untuk tempoh 2011 dengan lima kes dan RM800,000 (2010) enam kes dilaporkan.

"Jadi jumlah keseluruhan sejak kes ini mula memasuki Malaysia pada 2010 ia mencatatkan jumlah kerugian RM7,303,871.75 dengan 50 kes dilaporkan.

"Peningkatan angka ini agak membimbangkan dan kami tidak mahu Malaysia menjadi hab sindiket asing yang kami percaya didalangi warga Afrika, jadi syarikat tempatan perlu tahu dan mula mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak tertipu dalam urusan perniagaan mereka," katanya.

Beliau berkata modus operandi kes penipuan atas talian bermula apabila syarikat A (syarikat antarabangsa) membuat urusan perniagaan dengan syarikat B dan pembayaran wang dibuat antara kedua-dua buah syarikat melalui penghantaran arahan menerusi e-mel.

"E-mel yang dihantar syarikat B mengandungi arahan pembayaran dan juga nombor akaun bank di mana bayaran sepatutnya dimasukkan, dan dalam situasi ini sindiket akan menggodam dan mengubah nombor akaun yang terdapat dalam e-mel yang dihantar syarikat B.

"Sindiket akan memasukkan nombor akaun baharu milik mereka tanpa pengetahuan syarikat B. Apabila syarikat A menerima e-mel tersebut terus membuat pembayaran seperti dalam arahan e-mel tanpa menyedari nombor akaun tersebut telah diubah sindiket asing," katanya.

Beliau berkata syarikat tempatan yang berurus niaga dengan syarikat antarabangsa kebanyakannya menjual barangan seperti tekstil, bahan kimia, bahan sejuk beku, bijiran, bawang dan cili kering.

Beliau turut meminta orang ramai atau syarikat yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan agar menghubungi urus setia JSJK di talian 03-26163972 pada waktu pejabat, atau bilik gerakan di talian 03-26163999 selepas waktu pejabat.

Sumber : http://www.bernama.com/

Read More
Posted in facebook, internet, jenayah | No comments

Wednesday, January 9, 2013

Tolak pemimpin tidak hormati undang-undang

Posted on 9:03 PM by Unknown


Sementara demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berpandangan bahawa pemimpin-pemimpin yang tidak boleh mengikut peraturan dan undang-undang yang mereka sendiri gubal harus ditolak oleh rakyat.

Kata beliau, oleh kerana kesemua undang-undang digubal ahli-ahli Parlimen ahli-ahli politik khususnya mereka yang bergelar wakil rakyat sewajarnya menghormati keputusan Parlimen dan apa jua kekurangan harus dibincangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Abu Zahar yang juga bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ini berkata, peraturan yang wujud sehingga hari ini adalah berdasarkan perbincangan dan persetujuan pemimpin yang dilantik oleh rakyat.

Sehubungan itu katanya, pemimpin yang mengingkari peraturan dan undang-undang yang telah diputuskan oleh mereka sendiri tidak layak menjadi seorang pemimpin.

"Undang-undang yang wujud ada daripadanya dibuat oleh wakil rakyat sendiri di Parlimen.

"Jadi kalau mereka ada melanggar undang-undang, jangan lantik dia lagi pada PRU ini," katanya pada sesi dialog bersama peserta program Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia, yang disertai 24 orang pengamal media, di bangunan Parlimen semalam.

Selepas Perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, ibu negara bakal menyaksikan satu lagi perhimpunan, yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Ia akan berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu ini berbanding sebelum ini di tempat terbuka.

Penganjur himpunan mendakwa pilihan raya di Malaysia tidak bersih dan telus.

Penganjur Perhimpunan Bersih 3.0, Bersih 2.0, juga telah melanggar peraturan apabila himpunan itu tetap diadakan di Dataran Merdeka walaupun tidak mendapatkan kebenaran dan permit.


Mengulas lanjut Abu Zahar berkata, sebarang bentuk himpunan boleh dilakukan, namun perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Katanya, peraturan penting bagi mewujudkan suasana di sesebuah negara kekal aman.

"Bukan kita tak bagi, tapi perlu ikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Ini penting untuk terus mewujudkan suasana aman," katanya.

Pada pertemuan itu, Abu Zahar, bekas anggota polis berharap negara tidak berhadapan satu lagi peristiwa hitam 13 Mei.

"Kejadian itu telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 di mana ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

"Perkara itu timbul disebabkan satu kaum kerana memenangi kerusi pilih raya, " katanya.

Sementara itu, beliau meminta supaya pada PRU13 ini, media berperanan membina pemikiran rakyat, untuk mengekalkan kerajaan sedia ada.

Katanya, himpuan rakyat yang ingin dibuat oleh pembangkang  mengikut undang-undang dan peraturan yang digariskan oleh kerajaan.

Ditanya mengenai sekiranya pembangkang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik sekali gus menggubal rang undang undang di Malaysia, beliau menegaskan bahawa parti pemegang tampuk kuasa iaitu BN akan kekal memerintah.

Katanya, beliau sangat yakin dengan kemampuan BN memerintah pada masa akan datang.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/
Read More
Posted in politik, PRU 13 | No comments

Tuesday, January 8, 2013

Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Posted on 6:54 PM by Unknown

Skim Rumah Pertamaku (SRP) –Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda  yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan.


Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2013 yang had pendapatan kasar  akan ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan beberapa kriteria kelayakan tertentu akan dimansuhkan berkuat kuasa dengan serta merta. Perubahan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.

Harta Yang Layak
  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM400,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
Skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja.

Daftar Online

Maklumat lanjut mengenai pinjaman boleh diperoleh di bank-bank terbabit atau layari laman web www.srp.com.my.
Read More
Posted in Daftar, Skim Rumah Pertamaku, SRP | No comments

Monday, January 7, 2013

PR setuju bukan Islam guna kalimah ALLAH

Posted on 10:15 PM by Unknown

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencapai pendirian penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia  tidak disalahgunakan.

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Pada sidang media selepas itu, Hadi berkata, Pas berpendirian konsisten seperti yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 lalu di mana kalimah ALLAH adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Menurutnya, penganut Islam dari berbagai bangsa tetap menyebut perkataan ALLAH apabila menterjemah ke dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

"Walau bagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran," katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/
Read More
Posted in politik, PRU 13 | No comments

Daftar Online Rebate RM200 Smartphone SKMM Lancar

Posted on 3:14 AM by Unknown

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi jaminan sistem permohonan dalam talian pendaftaran rebat RM200 telefon pintar untuk golongan belia berjalan tanpa masalah.

Penasihat Strategik, Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman berkata laman web itu boleh dilayari pada tahap kelajuan memuaskan setiap masa, sejak Jumaat lalu.

"Malah, hari ini kelajuan laman web lebih bagus (dari sebelum ini)... Sistem kita berjaya menampung semua permohonan 'online' yang diterima," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Sheikh Raffie juga menegaskan laman web itu tidak mungkin mengalami masalah kerana bagi tempoh malam semalam sehingga pagi ini, terdapat 12,000 permohonan baharu berjaya didaftarkan.

Sejak dibuka pada 1 Jan lepas, sebanyak 49,000 pendaftaran diluluskan SKMM setakat 11.30 pagi ini.-BERNAMA

Pendaftaran untuk smartphone rebate RM 200 (klik)
Read More
Posted in Bantuan Rakyat 1Malaysia, Daftar, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia, KADS1M, Online, Rebat, Rebate Smartphone RM 200, Telefon bimbit, Telefon Pintar | No comments

Saturday, January 5, 2013

Ramai Penyokong Dan Ahli Pembangkang Akan Sertai BN

Posted on 6:43 PM by Unknown

Semakin ramai anggota dan penyokong pembangkang meninggalkan parti itu dan menyertai Barisan Nasional(BN) selepas kecewa dengan kepimpinan serta kegagalan pemimpin pakatan pembangkang menunaikan janji, kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata, petanda itu memberi keyakinan kepada BN untuk memenangi dua pertiga kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 nanti, sekaligus merampas negeri-negeri yang tewas pada pilihan raya umum pada 2008.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno yakin, lebih ramai anggota parti pakatan pembangkang akan meninggalkan parti itu dan menyertai BN kerana mereka menyedari hanya BN sahaja mampu mengubah kehidupan, menjamin kepentingan serta mencorakkan masa depan yang cerah bagi rakyat di negara ini

Sebagai contoh, beliau berkata lebih 400 penyokong Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dari Bangi dan Serdang telah menyertai kelab penyokong BN dalam masa beberapa bulan ini selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pas dan parti pembangkang yang lain.

"Perubahan ini kita dapat lihat di banyak tempat di seluruh negara. Bagi kita ia merupakan satu perubahan yang amat menarik dan memeranjatkan. Kita jangka lebih ramai lagi akan meninggalkan parti pembangkang dan menyertai BN," katanya kepada pemberita selepas meninjau tiga bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sekitar Bangi, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Maslan turut menerima borang keahlian 50 bekas penyokong PAS yang menyertai Kelab Penyokong BN dan mereka berjanji menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Wakil kumpulan itu, K.Balamurugan berkata mereka yang terdiri daripada anggota penyokong Pas dari Bangi dan Serdang keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"BN, bila janji mereka benar-benar tepati janji. Tetapi Pas bukan macam itu, masa nak undi mereka janji nak buat itu dan ini tetapi bila menang mereka sudah lupa semua. Kita minta tolong pun mereka tolak, sekarang kita dah tahu siapa mereka sebenarnya," katanya.

Mengenai persiapan dan persediaan jentera BN dan PDM, Ahmad Maslan berkata walaupun berpuas hati dengan persiapan, namun beliau mahukan ia terus berada pada tahap yang tertinggi.

"Semua PDM perlu membuat persiapan sampai ke tahap peratusan yang tertinggi. Kalau belum ada jentera kita kena siapkan jentera. Saya telah diminta Presiden BN dan UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu PDM. Saya berasa gembira kerana mereka dah buat persiapan yang cukup rapi," katanya.

Menurutnya, setiap bilik gerakan BN juga perlu siap sedia dengan pelan dan agenda termasuk mengadakan pelbagai aktiviti, memastikan segala peralatan dan keperluan bagi memperkuat jentera pilihan raya serta memastikan BN mendekati rakyat dan memenangi pilihan raya.  BERNAMA
Read More
Posted in politik, PRU 13 | No comments

Thursday, January 3, 2013

Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M)

Posted on 10:52 PM by Unknown

Lebih 10 juta rakyat akan menerima Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) yang akan menawarkan diskaun dari 10 hingga 50 peratus di kedai-kedai dan perkhidmatan terpilih di seluruh negara.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, sehingga kini lebih 4,500 peniaga bersetuju menawarkan diskaun itu untuk kegunaan semua lapisan masyarakat dan menjangka angka itu terus meningkat.

"Pada masa ini telah diwujudkan kad diskaun untuk polis, tentera dan siswa. Selepas ini kita akan keluarkan KDR1M, di mana lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun apabila membeli barang keperluan mereka," katanya ketika merasmikan ibu pejabat baru Informasi Malaysia di No 30B, Jalan Diplomatik 3/1 Presint 15, hari ini.

"Melalui transformasi nasional, kejayaan demi kejayaan telah dinikmati oleh semua golongan rakyat di negara ini. Ia jelas menunjukkan bahawa hanya kerajaan BN boleh mentadbir negara ini secara sistematik dan teratur," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Informasi Malaysia, Datuk Abd. Rahman Manan berkata, KDR1M akan dilancarkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat selepas memperincikan pelaksanaan dan kriteria pemberian kad itu.

"Kami sudah mereka kad diskaun itu dan akan kemukakan kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan persetujuan," katanya. - BERNAMA


DAFTAR ONLINE: KDR1M - INFORMASI MALAYSIA

Di antara bentuk keperluan adalah seperti berikut:
(a) Perkhidmatan Perubatan Klinik (b) Restoran Makanan & Minuman (c)  Hotel Penginapan (d) Arena Sukan & Kecergasan  (e) Pemborong & Runcit (f) Taman Tema Tertutup & Luar  (g) Pembinaan & Hiasan Dalaman (h) Resort Peranginan (i) Pakaian & Accesori Kenderaan (j) Perlindungan Insuran Am dan lain-lain seperti yang tetera dalam laman web ini
Kami juga menyediakan khidmat Touch n Go bagi kegunaan pemegang Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M), khidmat Touch n Go kami meliputi bersama kemudahan kad debit yang boleh digunakan in stesen LRT, Rapid KL, Stesen Minyak, Panggung Wayang and lain-lain seperti yang diketagorikan. 
Prosedur Penggunaan 
INFORMASI MALAYSIA telah membekalkan pelekat khas untuk paparan umum sebagai tanda pelantikan serta tawaran menerima KDR1M di premis berkenaan. Tawaran diskaun tertakluk kepada terma and syarat1 konsessi syarikat tersebut. Pemegang kad hanya perlu menunjukkan kad diskaun KDR1M sebagai bukti pengesahan. Sekiranya pemegang kad diskaun KDR1M mendapat keraguan terhadap syarat diskaun, sila hubungi hotline kami di 03-88811145 untuk penjelasan muktamad.
Read More
Posted in Borang Pendaftaran, Daftar, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia, KADS1M, Online | No comments

Wednesday, January 2, 2013

Daftar Untuk Mendapat Rebate Smartphone RM200

Posted on 12:05 AM by Unknown

Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut Rabu.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.- Bernama

Syarat kelayakan permohonan pakej Komunikasi Belia ( Rebate RM 200 )
  1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
  2. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Terkini: Harga maksima Tiada Had); 
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
  5. Satu telefon hanya untuk satu belia;
Pendaftaran untuk smartphone rebate RM 200
Read More
Posted in Bantuan persekolahan, Bantuan Rakyat 1Malaysia, KADS1M, Online, Rebat, Rebate Smartphone RM 200, Telefon Pintar | No comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Popular Posts

  • Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia
    Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia ditubuhkan untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan masyarakat yang menjadi kekuatan untuk kita pada masa ...
  • Harga Terkini Perodua Viva 2013
    Harga / Price  Perodua Viva 660  Harga / Price Perodua Viva 850 Notes :  1. Prices are with accessories. 2. Optional insurance coverage a) W...
  • Kad diskaun pesara kerajaan
    Kad diskaun untuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu akan diperlua...
  • Honda EX5 Dream 110
    Bagi meneruskan dominasi segmen underbone, Boon Siew Honda memperkenalkan generasi ketiga EX5 di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini. D...
  • Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA
    PENGENALAN Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA...
  • Ansuran bulanan Proton Saga SV RM250
    Kereta baharu keluaran Proton Holdings Bhd., Proton Saga SV 1.3L yang dilancarkan kelmarin pada harga rendah, mendapat sambutan baik daripad...
  • Bagaimana hendak membuat blog di Blogger | How to Create a Blog on Blogger
    Bagaimana hendak membuat akaun Blogger? Pada halaman utama Blogger , klik "Buat Blog Anda Sekarang", dan buat Akaun Google. Anda d...
  • Memasang Iklan Nuffnang pada setiap post
    Untuk memasang Iklan Nuffnang yang bersaiz 336px x 280px (Large Rectangle) pada setiap posting seperti yang boleh anda lihat pada entri ini,...
  • 500 duri landak melekat pada muka anjing Bulldog
    Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor...
  • Pekerja ladang mati disembelih sepupu
    MIRI: “Apa yang saya bimbang akhirnya berlaku,” kata Senab Saing, 26, isteri pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang mati akibat di...

Categories

  • (AS 1MALAYSIA)
  • (KADS1M)
  • (MPEB)
  • (SPP1M)
  • 000 telefon percuma
  • 1 Malaysia
  • 1M4U
  • 1Malaysia For Youth
  • 2013
  • 660
  • 850
  • Agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
  • akibat
  • AMANAH SAHAM 1MALAYSIA
  • Amanah Saham Nasional Berhad
  • Android
  • anonymous
  • ansuran bulanan
  • artis
  • asap
  • Astro Warna
  • Bantuan Lesen 1 Malaysia
  • Bantuan persekolahan
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia
  • Barisan Nasional
  • Bayaran
  • Bayaran Saman
  • berita
  • berita terkini
  • BL1M
  • Blogger templates
  • Blogspot templates
  • Bola Sepak
  • Bonus kakitangan awam
  • Bonus Raya RM500 Kepada Kakitangan Awam 2013
  • Borang Pendaftaran
  • Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
  • BR1M 2.0
  • CLIXSTER Mobile Sdn Bhd
  • Daftar
  • Daftar Online Get Malaysian Business Online
  • Daftar Semak
  • download
  • Download myKPDNKK
  • E200
  • E250 BlueEFFICIENCY
  • ekonomi
  • facebook
  • Filem Paling Seram
  • Flip your text here
  • Free blogger templates
  • Free flash widget
  • Free software
  • Full Movie
  • gaji
  • Garis Panduan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
  • GMBO
  • Guess writer
  • Guru Ibu bapa
  • Harga
  • Harga Honda EX5 Dream 110
  • harga kereta
  • Harga Sony Xperia Z
  • hiburan
  • honda jazz ckd
  • HTML Escaper
  • Indeks Pencemaran Udara
  • info
  • internet
  • Jabatan Pengankutan Jalan
  • Jambatan Ke-2 Pulau Pinang
  • jawatan kosong
  • jenayah
  • jerebu
  • Jerebu di Muar
  • Johor
  • Johor Darul Takzim
  • Johor Fan Club
  • JPJ
  • jquery
  • Jumlah BR1M Naik Tahun 2014
  • Kad diskaun pesara kerajaan
  • Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
  • Kadar Zakat Fitrah 2013
  • KADS1M
  • kakitangan awam
  • kecantikan
  • Kedai Kain 1 Malaysia
  • kelajuan Internet Malaysia
  • keluagra
  • keluarga
  • kemalangan
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013
  • kereta
  • kesihatan
  • KL Gangster 2 Official Trailer 2013
  • Kod warna HTML
  • komputer
  • langkah
  • Legoland
  • LYNAS
  • mahkamah
  • marketing
  • masakan
  • masterchef
  • mencegah
  • Mercedes-Benz E-Class
  • motivasi
  • MyEG
  • myvi
  • Nasi Beriani
  • Nasi Dagang
  • Nasi Goreng Special
  • Nasi Kerabu
  • Online
  • Online games
  • Online Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
  • pemasaran
  • pembayaran
  • Pendidikan
  • Penyebab Punca Rambut Gugur
  • Perkhidmatan awam
  • Permohonan
  • perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
  • Perodua
  • Perumahan Rakyat !Malaysia
  • Perumahan Rakyat 1Malaysia
  • Photoshop
  • Photoshop tutorial
  • Polis Diraja Malaysia PDRM
  • politik
  • PR1MA
  • Proton Saga SV
  • Proton Suprima 1.6 Liter Turbo
  • PRU 13
  • Rebat
  • Rebate Smartphone RM 200
  • resepi
  • resepi rendang ayam
  • SAPS
  • SARA 1Malaysia
  • security
  • Semak Saman Online
  • Semakan kemasukan ke IPTA
  • Semakan Keputusan SPM Ulangan 2013
  • Semakan Online PLKN
  • Semakan Online Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014
  • Semakan Online Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014
  • Semakan penempatan PLKN
  • semakan saman online
  • Semakan Tawaran Program Kolej Vokasional KPM
  • senarai nama
  • SEO
  • Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara
  • Site Map
  • Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia
  • Skim Rumah Pertamaku
  • SKMM
  • SRP
  • sukan
  • Syarat
  • Tablet paling nipis
  • Taman tema air
  • Tarikh
  • Tawaran 100
  • Telefon bimbit
  • Telefon Pintar
  • terbaru
  • terkini
  • Teruskan Rebat Telefon Pintar Dalam Bajet 2014 - Celcom Axiata
  • Timbang berat blog
  • Tips
  • toyota
  • Tutorial
  • UPU
  • Video and Lyric
  • Video Lelaki Serang Bekas Teman Wanita Tersebar
  • Video tutorial
  • vios
  • Viva
  • water park
  • widget
  • windows 8
  • www.khidmatnegara.gov.my

Blog Archive

  • ▼  2013 (86)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (17)
    • ►  July (18)
    • ►  June (17)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (8)
    • ▼  January (8)
      • Sindiket menggodam E-mel:Kerugian Cecah RM7.3 Juta
      • Tolak pemimpin tidak hormati undang-undang
      • Skim Rumah Pertamaku (SRP)
      • PR setuju bukan Islam guna kalimah ALLAH
      • Daftar Online Rebate RM200 Smartphone SKMM Lancar
      • Ramai Penyokong Dan Ahli Pembangkang Akan Sertai BN
      • Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M)
      • Daftar Untuk Mendapat Rebate Smartphone RM200
  • ►  2012 (68)
    • ►  December (15)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (34)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  March (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (46)
    • ►  December (11)
    • ►  November (16)
    • ►  October (10)
    • ►  April (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (72)
    • ►  December (7)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (9)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (11)
  • ►  2009 (98)
    • ►  December (24)
    • ►  November (14)
    • ►  October (20)
    • ►  September (6)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (23)
Powered by Blogger.

About Me

Unknown
View my complete profile