1Malaysia

  • Subscribe to our RSS feed.
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Facebook
  • Digg

Monday, December 31, 2012

Laporan IAEA : Kontroversi Isu Loji Pemprosesan Nadir Bumi LYNAS

Posted on 10:32 PM by Unknown

Satu kajian telah dilakukan oleh IAEA (International Atomic Energy Agency) dari segi aspek keselamatan radiasi bagi loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan dari penghujung Mei hingga awal Jun 2011. Kajian yang dilakukan dalam tempoh ini adalah hasil dari jemputan dan komitmen kerajaan Malaysia, bagi memastikan sejauh mana tahap keselamatan radiasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Menurut laporan IAEA, pemprosesan nadir bumi Lynas bermula dengan aktiviti perlombongan dan diikuti proses penyaringan di Mt. Weld, Australia Barat. Nadir bumi yang telah melalui proses saringan ini kemudian dihantar ke Gebeng, Kuantan bagi proses menghasilkan produk akhir.

Beberapa perkara penting yang dipetik dari laporan IAEA ialah nadir bumi yang diimport dari Mt. Weld, Australia Barat dan kaedah pengurusan sisa bahan berkenaan di Malaysia adalah selari dengan garis panduan antarabangsa bagi kaedah pemprosesan bahan galian yang juga merangkumi bahan galian semulajadi bersifat radioaktif (NORM, Natural Occuring Radioactive Material) .

IAEA turut menyemak perkara ini melalui RPP (Radiation Protection Program) oleh Lynas dan membuat kesimpulan bahawa sekiranya RRP ini diimplementasikan,  tidak akan ada kesan radiologi berbahaya kepada orang awam dan pekerja apabila loji beroperasi.


Menurut laporan IAEA, peraturan keselamatan radioaktif di Malaysia juga adalah lebih ketat berbanding apa yang telah digariskan oleh IAEA. Sebagai contoh, dos yang diterima orang awam ialah 0.3mSv/year dan bagi pekerja loji pula 10mSv/year berbanding limit dos yang dibenarkan IAEA iaitu 20mSv/year. Dari panduan keselamatan oleh IAEA, bahan dengan konsentrasi aktiviti radionuklid di bawah 1Bq/g berada dalam lingkungan batu-batuan dan tanah yang biasa dan tidak dianggap sebagai radioaktif.

Bahan yang mempunyai konsentrasi aktiviti radionuklid dalam lingkungan 1Bq/g hingga 10Bq/g pula boleh dianggap radioaktif, namun boleh dipertimbangkan untuk pengecualian dari badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia perlesanan (AELB ).

Walau bagaimanapun, ini juga bergantung sekiranya dos radiasi yang diterima oleh individu tidak melebihi 1mSv/year. Hasil kajian RIA (Radiological Impact Assesment) mendapati dos purata radiasi bagi pekerja yang terdedah ialah 2mSv/year . Kajian dibuat berdasarkan anggaran maksima 400 orang pekerja di loji Lynas. Oleh yang demikian, dalam kes ini pengecualian perlesenan dari AELB (Atomic Energy Licensing Board) adalah tidak dibenarkan.

Dari segi pengurusan sisa, loji Lynas menghasilkan 3 jenis sisa iaitu Flue Gas Desulphurization (FGD) , Neutralization Underflow (NUF) dan Water Leach Purification (WLP). Konsentrasi aktiviti radionuklid bagi FGD dan NUF adalah hampir sama dengan nilai bagi batu-batuan dan tanah di Malaysia.


Walau bagaimanapun, tiada peruntukan peraturan AELB bagi membolehkan FGD dan NUF dikecualikan dari klasifikasi sisa radioaktif. IAEA walau bagaimanapun telah mencadangkan supaya AELB memperuntukkan kriteria yang membenarkan FGD dan NUF diisytiharkan sebagai tidak radioaktif untuk membolehkan bahan ini dikeluarkan dari loji dan sekiranya perlu, ia diisytiharkan sebagai bahan buangan berjadual.

Pasukan yang membuat kajian ini juga mengalu-alukan usaha Lynas untuk memproses semula sisa bahan pepejal (WLP) yang dihasilkan loji kedalam bentuk yang boleh diguna pakai semula. Sisa yang terhasil ini akan di simpan secara sementara di tempat penyimpanan sisa (RSF, Residue Storage Facility) sebelum dikitar semula. Sisa yang tidak boleh dikitar semula akan dilupuskan di tempat pelupusan sisa.

Undang-undang di Malaysia memperuntukkan 5 jenis lesen bagi membolehkan pembangunan dan pengoperasian loji-loji seumpamanya di negara ini dan 5 jenis lesen yang dimaksudkan ialah lesen menduduki, lesen pembinaan, lesen pra-pengoperasian, lesen pengoperasian dan lesen bagi operasi pemuliharaan (decontiminate).

Kajian dilakukan oleh IAEA adalah berdasarkan dokumentasi yang diperoleh bagi fasa di bawah lesen pembinaan. Bagi fasa seterusnya Lynas akan menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada AELB Malaysia untuk diteliti bagi tujuan perlesenan pra-pengoperasian dan pengoperasian.
IAEA telah membahagikan skop kajian kepada 5 perkara iaitu dari segi aspek perlindungan radiasi , pengurusan sisa, pemuliharaan , pengangkutan, dan penilaian keselamatan. Kajian yang dilakukan membabitkan pakar dari 5 buah negara iaitu Leo M. Lowe (Canada) , Ulric Schwela (United Kingdom), P.M.B Pillai (India), Jan Van Der Steen (Belanda) , Dennis Wymer (Afrika Selatan) dan beberapa kakitangan dari IAEA itu sendiri.

Hasil kajian yang diperolehi dari pakar-pakar dan kakitangan IAEA menyatakan operasi kilang Lynas di Gebeng mematuhi segala garis panduan keselamatan radiasi yang ditetapkan standard antarabangsa. Walau bagaimanapun 7 perkara dibangkitkan iaitu;


1. Pelan pengurusan sisa bagi jangka panjang oleh Lynas kepada AELB bagi penilaian.

2. Pelan pengurusan sisa dan pemuliharaan kawasan sekitar apabila operasi dihentikan oleh Lynas kepada AELB bagi penilaian.

3. AELB perlu menggunakan data-data yang diperoleh apabila loji mula beroperasi dan kesan kepada pekerja dan penduduk sekitar untuk penilaian yang lebih tepat.

4. AELB perlu mencadangkan satu kriteria yang membenarkan Flue Gas Desulphurization (FGD) dan sisa bagi Neutralization Underflow (NUF) diisytiharkan sebagai tidak radioaktif untuk membolehkan bahan ini dikeluarkan dari loji dan sekiranya perlu, ia diistiharkan sebagai bahan buangan berjadual.

5. AELB perlu melaksanakan mekanisma bagi memperoleh dana pengurusan sisa dalam tempoh jangka masa yang panjang dengan Lynas sebagai penyumbang dana.

6. Kerajaan Malaysia perlu memastikan operasi loji Lynas di Gebeng mempunyai tenaga kerja mahir,kewangan yang kukuh serta sumber-sumber teknikal yang mencukupi.

7. Adalah menjadi tanggungjawab AELB dan Kementerian berkaitan untuk mengemaskini panduan terutama perkara berkaitan (NORM, Natural Occuring Radioactive Material) berdasarkan standard antarabangsa yang terkini.


Pendapat mereka tentang LYNAS

Selain itu, kumpulan yang mewakili orang awam ini turut mencadangkan supaya AELB dan Lynas memainkan peranan yang efektif dalam memberi penjelasan yang mudah difahami terutama dari segi keselamatan dan kesan operasi loji pemprosesan nadi bumi Lynas pada orang awam.


Sumber: http://klpos.com/

Read More
Posted in LYNAS, politik, PRU 13 | No comments

Rakyat Selangor Perlu Pilih BN - Muhyiddin

Posted on 2:00 PM by Unknown

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat Selangor yang selama ini terpedaya dengan dakyah dan janji kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat, supaya memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata selepas empat tahun, mereka kini sedar tembelang kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata BN sebaliknya telah membuktikan pengalaman dalam mentadbir negara, sekali gus memastikan ekonomi negara terus berkembang.

Beliau menarik perhatian BN sepakat dalam melaksanakan dasar dan agenda pembangunan negara, tidak seperti pakatan pembangkang dianggotai PAS-PKR-DAP.

"Yang sering kita dengar masalah dan isu yang banyak sekali, pertelingkahan politik berlarutan dalam kalangan pakatan pembangkang," katanya semasa berucap pada penutup Karnival Sayangi Selangor anjuran BN Selangor di sini Isnin malam.

Antaranya ialah isu air yang belum diselesaikan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Muhyiddin berkata kerajaan negeri perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku krisis air yang dijangka pada 2014.

Sumber: http://www.bernama.com/

Read More
Posted in Barisan Nasional, politik, PRU 13 | No comments

Bayaran BR1M 2.0 dibuat mulai Februari 2013

Posted on 3:45 AM by Unknown

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.
Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

Sumber: http://www.utusan.com.my/
Read More
Posted in Bantuan Rakyat 1Malaysia, Bayaran, berita, BR1M 2.0 | No comments

Johor DT Belum Tunjuk Kemampuan Sebenar - TMJ

Posted on 12:16 AM by Unknown

Kegagalan pasukan Johor Darul Takzim yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang menjuarai kejohanan jemputan empat penjuru Piala Tunku Mahkota Johor semalam tidak menggambarkan kemampuan sebenar pasukan itu.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), kejohanan itu lebih merupakan aksi pemanas badan pra-musim bagi menghadapi Liga Super pada musim depan.


"Ini adalah pra-musim, kami memasukkan beberapa pemain dan menguji formasi baharu. Semalam bukan jawapan. Jawapan lebih memberi gambaran dan ia akan bermula pada 8 Jan 2013 dan sepanjang musim," katanya Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pasukan Johor Darul Takzim dan Johor serta jersi pasukan masing-masing di Plaza Angsana, di sini.

Dalam perlawanan akhir kejohanan empat penjuru itu semalam, pasukan Johor Darul Takzim yang dibarisi pemain seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan bekas pemain kebangsaan Sepanyol, Daniel Guiza, tewas 1-2 kepada pasukan Johor.

Sumber: http://www.bernama.com/
Read More
Posted in Johor, Johor Darul Takzim, sukan | No comments

Sunday, December 30, 2012

Peserta Mogok Lapar LYNAS Didakwa Menjamu Selera?

Posted on 9:38 PM by Unknown

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Sekumpulan peserta yang menyertai 'Mogok Lapar 100 Jam Anti LYNAS' dikenalpasti telah menjamu selera di sebuah hotel berdekatan lokasi protes di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Menurut laporan MyNewsHub, beberapa peserta yang lain turut didakwa telah bertindak menjamu selera makanan di beberapa buah restoran berhampiran kurang dari 100 jam seperti yang ditetapkan.

Tinjauan turut mendapati, jumlah para peserta yang berkumpul di Dataran Merdeka bukan sahaja semakin berkurangan, malah pihak penganjur dikatakan telah memberi bungkusan makanan kepada kesemua individu terlibat pada tempoh kurang dari 63 jam.

Mogok Lapar selama 100 jam yang bermula pada jam 8 malam hari Khamis lalu dilancarkan sebagai tanda protes terhadap beberapa isu yang mengancam alam sekitar di Negara ini. Ianya merujuk bantahan terhadap Projek Loji Nadir Bumi LYNAS di Gebeng, Kuantan.

Peserta Mogok Lapar anjuran Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH) itu hanya dibekalkan air botol mineral sepanjang tempoh protes itu berlangsung. Ianya dirancang bakal berakhir pada Sambutan Tahun Baru 2013.
Sumber: http://klpos.com/
Read More
Posted in berita, LYNAS, politik | No comments

Saturday, December 29, 2012

Bantuan Sekolah RM100 Diagih Januari Depan

Posted on 2:26 AM by Unknown

Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan.

Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, kaedah penyaluran bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.

Menurut kenyataan tersebut, mana-mana sekolah yang menerima kurang peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan peruntukan beserta penyata bank sekolah dan jumlah yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan kementerian secepat mungkin.

Kementerian Pelajaran turut menegaskan bahawa sebarang pemotongan bantuan tersebut sama sekali tidak dibenarkan.

''Tarikh pemulangan lebihan peruntukan juga ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2013 kepada mana-mana sekolah yang menerima lebihan peruntukkan bantuan tersebut,'' kata kenyataan itu.

Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.

Sumber: http://www.utusan.com.my/
Read More
Posted in (KADS1M), Bantuan persekolahan, Bantuan Rakyat 1Malaysia | No comments

Friday, December 28, 2012

Semakan Saman dan Bayaran Secara Online

Posted on 2:43 AM by Unknown

Dengan mendaftar kepada perkhidmatan percuma ini dari MyEG, anda akan di maklumkan melalui e-mail anda jika terdapat sebarang saman baru. Dengan ini, anda akan ada pilihan untuk layak diberi diskaun. Tambahan pula, jika anda menerima peringatan awal tentang saman, anda masih mampu ingat kembali siapa yang memandu kenderaan pada masa tersebut dan lebih berhati-hati di masa hadapan.


Dalam situasi yang anda benar-benar pasti (kerana anda menerima peringatan saman dengan cepat) bahawa anda tidak berada di lokasi yang dinyatakan dalam saman, anda mungkin boleh mengesahkannya dengan memohon dan membuat pembayaran bagi mendapatkan foto kesalahan trafik tersebut daripada pihak PDRM.

Semak Saman Online Polis Diraja Malaysia PDRM

Semakan Saman Jabatan Pengankutan Jalan JPJ

Bayar Saman di MyEG
Read More
Posted in Bayaran, MyEG, semakan saman online | No comments

Monday, December 24, 2012

Tips Penting Jika Ingin Membeli Notebook

Posted on 5:00 PM by Unknown

Notebook kini sama pentingnya dengan komputer PC atau lebih dikenali dengan desktop. Ini adalah kerana notebook lebih ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Pada masa ini notebook bukan sahaja digunakan oleh golongan professional malah para pelajar turut menggunakannya kerana ia lebih selesa untuk digunakan terutamanya dalam kerja-kerja atau tugasan berkumpulan dan juga untuk membuat persembahan (presentation).

Notebook bukan sahaja digunakan oleh golongan professional malah para pelajar turut menggunakannya

Anda bagaimana, sudah memiliki notebook? Jika belum, saya hendak memberikan beberapa tips (yang saya gunakan) yang mungkin berguna untuk anda ketika hendak membeli notebook. Tips ini mungkin sangat berguna bagi mereka yang tinggal di Lembah Kelang.


1. Perlu Tahu Keperluan, Kenapa Beli Notebook.

Ok, tips yang pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda perlu menggunakan notebook. Adakah anda sering membuat persembahan (presentation) atau melakukan kerja-kerja berkumpulan? Jika ya, notebook adalah jawapannya. Jika tidak cukuplah dengan menggunakan desktop sahaja agar tidak membazirkan wang.

Kemudian, anda perlu tahu spesifikasi yang diperlukan jika mahu membeli notebook, misalnya jenis pemproses yang diperlukan, ruang ingatan yang diperlukan perlukan CD Writer atau tidak dan bermacam-macam lagi. Sebagai contoh, jika anda memerlukan sambungan tanpa wayar (wireless) maka anda perlu memikirkan untuk membeli notebook yang menggunakan pemproses Centrino kerana ia telah dikhususkan untuk kegunaan tanpa wayar.

Bagi ruang ingatan pula, anda perlu tahu berapa banyak ruang ingatan yang diperlukan iaitu sama 128 Mb atau 256 atau 512 Mb bergantung kepada jenis kerja yang anda buat. Jika tugasan anda memerlukan banyak kerja-kerja grafik atau pengaturcaraan, pertimbangkanlah ruang ingatan 256 Mb dan keatas. Pada masa yang sama, anda juga perlu tahu tentang ruang ingatan yang diperlukan untuk grafik. Pada ketika artikel ini ditulis, kebanyakan notebook yang ditawarkan dipasaran menyediakan ruang ingatan grafik sebanyak 64 Mb.

Selain daripada itu, anda perlu mempertimbangkan samada memerlukan CD Writer atau tidak kerana jika anda tidak memerlukan Cd Writer, maka anda boleh membeli notebook yang hanya dilengkapi degan pemacu CD ROM biasa dan harga akan menjadi lebih murah. Dan lagi satu, saiz paparan skrin. Saiz yang normal ialah 14.1”. Walaubagaimanapun, pada masa ini ada pengeluar yang telah mengeluarkan notebook yang mempunyai paparan sehingga 17’’ yang mungkin disasarkan kepada pengguna yang terlibat dengan kerja-kerja grafik atau mungkin juga untuk hiburan seperti bermain games atau menonton filem.


2. Sediakan Peruntukan (budget)

Ya, peruntukan adalah sangat penting. Jika anda hanya mempunyai peruntukan antara RM3000 hingga 4000, anda sebenarnya sudah mampu membeli notebook yang berkuasa agak tinggi juga malah anda mampu membeli komputer yang tidak berjenama terkenal tetapi mempunyai spesifikasi yang sangat bagus. Pokoknya anda perlu rajin tawar-menawar dengan penjual terutamanya jika anda ingin membeli dipusat-pusat IT utama misalnya di Plaza Low Yat atau Plaza Imbi. Malah jika anda perhatikan betul-betul di Plaza Low Yat misalnya, ada dua atau tiga kedai yang menjual notebook ini sebenarnya adalah dibawah satu syarikat yang sama.

Ok, berbalik kepada peruntukan tadi, jika anda mempunyai peruntukan melebihi RM 4000 hingga 6000, saya mencadangkan anda membeli komputer yang berjenama terkenal seperti Compaq (atau HP), Acer, Toshiba, IBM, Fujitsu atau NEC. Ini adalah kerana, kebiasaannya komputer berjenama terkenal ini mempunyai waranti dan perkhidmatan sokongan pelanggan yang sangat bagus serta meliputi peringkat antarabangsa. Dengan kata lain, jika anda mempunyai masalah menggunakan notebook tersebut ketika berada diluar negara, anda hanya perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan dinegara tersebut untuk mendapatkan bantuan.


3. Buat Kajian Ke Pusat-Pusat IT Utama

Setelah tahu keperluan dan mempunyai budget, maka buatlah kajian ke pusat-pusat IT utama misalnya jika anda berada dikawasan Lembah Kelang, jangan malas untuk berkunjung ke Plaza LowYat, Plaza Imbi, Sungei Wang ataupun Mid Valley. Ini adalah kerana terdapat pelbagai jenis barang dan aksesori komputer yang ditawarkan disana.


4. Dapatkan Senarai Harga

Jika anda berkunjung kepusat-pusat IT seperti yang saya nyatakan diatas, dapatkan senarai harga yang biasanya diletakkan dihadapan kedai dan kalau boleh ambil senarai harga dari kebanyakan kedai yang ada disitu, kemudian cuba buat perbandingan harga berdasarkan spesifikasi dan jenama yang sama.


5. Tanya Penjual

Pada masa yang sama, anda perlu rajin bertanya kepada penjual. Ini adalah kerana bukan semua spesifikasi yang tertera dalam senarai harga itu menepati citarasa kita. Adakalanya kita memerlukan customization keatas perkakasan notebook tersebut. Untuk itu, senaraikan spesifikasi yang dikehendaki dan minta penjual menghitung semula harga berdasarkan spesifikasi yang dikehendaki. Gunakan cara yang sama dikedai-kedai yang lain dan buat semula perbandingan harga. Selain daripada itu, anda perlu memeriksa senarai harga dengan betul kerana ada notebook yang tidak disertakan dengan sistem operasi dalam ertikata lain, anda perlu membeli sistem operasi secara berasingan.

Bagi mereka yang tidak mahu pening kepala, notebook berjenama terkenal adalah jawapannya kerana notebook-notebook ini biasanya dipakejkan sekali dengan sistem operasi. Anda juga perlu tahu membezakan yang mana satu notebook, PC tablet atau desknote kerana jika dilihat secara fizikal ketiga-tiganya kelihatan sama. Harga notebook biasanya agak murah jika dibandingkan dengan PC Tablet tetapi mahal sedikit jika dibandingkan dengan desknote. Perlu dijelaskan disini bahawa desknote sebenarnya bukanlah notebook kerana ia menggunakan pemproses yang sama seperti desktop bukannya jenis ‘mobile’ yang khusus untuk notebook. Selain daripada itu, kebanyakan desknote tidak didatangkan dengan bateri sebaliknya perlu menggunakan bekalan kuasa elektrik sepanjang masa.


6. Tanya Jika Ada Promosi

Tips ini mungkin selalu orang terlupa terutamanya bagi mereka yang ‘berat mulut’ dan terlalu mengikut apa yang tertera pada senarai harga. Sebagai contoh, katakan notebook A hanya mempunyai RAM sebanyak 256 Mb sahaja. Sebenarnya ada kedai yang menawarkan proses menaiktaraf RAM kepada 512 Mb dengan percuma sahaja. Begitu juga dengan menambah bebrapa aksesori lain misalnya menaiktaraf pemacu CD-ROM kepada Combo atau menaiktaraf pemproses dengan hanya mengenakan kadar bayaran yang sangat rendah. Ada juga yang menawarkan promosi seperti kad WiFi atau mouse optical secara percuma jika anda membeli notebook dikedai mereka. Pangkalnya, seperti yang saya katakan tadi, anda perlu rajin bertanya kepada penjual.


7. Bayar Pendahuluan

Setelah anda berpuashati dengan harga serta spesifikasi notebook yang ditawarkan, mungkin anda dikehendaki untuk membuat sedikit bayaran pendahuluan (deposit) untuk proses menaiktaraf beberapa komponen atau jika anda membeli mengikut spesifikasi sedia ada, anda hanya perlu membuat bayaran sekaligus. Tetapi sebelum membuat bayaran sekaligus, anda perlu mengikuti langkah 8 dan 9 terlebih dahulu.


8. Periksa Semula Notebook

Setelah itu, anda perlu memeriksa semula notebook tersebut. Anda perlu memastikan bahawa kesemua komponen tambahan yang dimasukkan (jika anda menaiktaraf) adalah betul.


9. Periksa Samada Perkakasan Sampingan Adalah Lengkap

Langkah seterunsya ialah dengan memeriksa perkakasan sampingan samada lengkap atau tidak. Perkakasan sampingan ini termasuklah adaptor, manual dan CD driver. Pastikan juga anda mempunyai kad waranti (jaminan).


10. Pulang Dengan Hati Gembira.

Sudah selesai membeli apa lagi, pulanglah dengan hati gembira. Kepuasan membeli hanya akan datang jika kita benar-benar membeli notebook mengikut spesifikasi yang dikehendaki disamping harga yang lebih murah dari harga asal, hehe. Mungkin kita boleh ubah sedikit peribahasa Melayu dari alah membeli menang memakai kepada menang membeli menang memakai. Ingat,rajin-rajinlah bertanya kepada penjual!

Sumber: Majalah PC
Read More
Posted in internet, komputer, Tips | No comments

Saturday, December 22, 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Posted on 12:04 AM by Unknown

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.


KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
  • Pengajian sepenuh masa; dan
  • Warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

Sumber: http://www.1pengguna.com/

Read More
Posted in Kad Diskaun Siswa 1Malaysia, KADS1M | No comments

Friday, December 21, 2012

Bagaimana mencegah pencerobohan akaun Facebook

Posted on 2:36 AM by Unknown

Sering kedengaran berlakunya pencerobohan terhadap akaun-akaun laman web sosial Facebook. Bagaimanakah untuk menggunakannya secara selamat? Dewasa ini, penggunaan laman web sosial Facebook menjadi satu budaya penting dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan peribadi tetapi digunakan sebagai satu alat teknologi maklumat untuk komunikasi antara pelanggan-pelanggan dengan agensi-agensi jualan, rakyat dengan pemerintah, pelajar-pelajar dengan pensyarah dan lain-lain.


Capaiannya menerusi Internet juga tidak terbatas kepada penggunaan komputer peribadi yang mempunyai sambungan talian tetap. Malah, dengan munculnya alat-alat komunikasi mudah alih berkuasa tinggi dengan harga yang murah seperti komputer tablet, komputer riba, netbook dan telefon pintar berupaya mencapai laman web Facebook menerusi talian Internet tanpa wayar. Masa, alat dan tempat bukan lagi menjadi kekangan utama untuk mencapainya. Oleh itu, laman sosial Facebook ini boleh dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Malah, ada kedai-kedai atau pihak-pihak tertentu yang menyediakan kemudahan capaian Internet tanpa wayar ini secara percuma menerusi teknologi Wifi.


Capaian Internet tanpa wayar ini sebenarnya mengundang sebahagian besar masalah pencerobohan ke atas akaun-akaun di laman web Facebook. Ini kerana data-data atau maklumat ‘berterbangan’ di udara dan sesiapa sahaja berupaya mengambilnya termasuklah data-data yang penting seperti login dan kata laluan. Tambahan pula program-program komputer untuk tujuan pencerobohan ini agak mudah diperoleh di Internet dan mudah digunakan. Dengan itu, berhati-hati dan berpada-padalah ketika melayari Internet menerusi capaian tanpa wayar ini.

Antara langkah-langkah awal yang boleh di ambil untuk menggunakan laman web sosial Facebook ini dengan selamat ialah menerusi konfigurasi keselamatan dan privasi yang baik pada akaun Facebook tersebut. Apabila kita mencapai laman web sosial Facebook menerusi Internet sama ada menerusi teknologi berwayar atau pun tidak berwayar, sambungan terhadap laman web tersebut tidak dienkrip. Ini bermaksud, sesiapa sahaja yang berupaya berada di kawasan sambungan tersebut akan boleh memperolehi apa sahaja maklumat atau data yang melalui sambungan itu secara jelas termasuk login dan kata laluan. Bagi mengatasi masalah sambungan yang tidak dienkrip ini, pihak Facebook telah menyediakan fungsi keselamatan untuk kita mengenkrip sambungan capaian ke laman web Facebook menerusi Internet.

Dengan ini, sesiapa boleh atau berupaya mendapatkan data-data atau maklumat yang melalui sambungan tersebut tetapi data-data dan maklumat tersebut tidak dalam bentuk yang nyata. Data atau maklumat tersebut akan disembunyikan dalam bentuk yang rahsia. Penceroboh atau penggodam perlu meemecahkan kod terhadap proses enkripsi yang dibuat terhadap data atau maklumat itu untuk mendapatkannya. Dalam Facebook, anda perlu pergi ke ruangan konfigurasinya. Seterusnya memilih fungsi Account Security dan tandakan pada ruangan Secure Browsing (https). Seterusnya, jangan lupa untuk menyimpan konfigurasi yang telah anda buat dengan mengklik pada butang Save.

Fungsi Secure Browsing ini baru sahaja diperkenalkan oleh pihak Facebook. Jadi, pastikan dikemas kini terlebih dahulu akaun Facebook tersebut dengan kemas kini yang dianjurkan oleh pihak Facebook. Sekiranya fungsi tersebut masih belum ada dalam akaun kita, sila maklum atau mohon kepada pihak Facebook atau nantikan sahaja kemas kininya oleh pihak Facebook. Hasil daripada konfigurasi tersebut, melayari laman web Facebook menerusi Internet akan dienkrip seperti mana melayari laman-laman perbankan Internet yang menggunakan protokol keselamatan rangkaian https. Selain daripada itu, pastikan juga konfigurasi untuk fungsi Privacy bagi akaun Facebook adalah baik. Pastikan dan tentukan mana maklumat yang perlu dikongsi oleh siapa sahaja dalam akaun Facebook anda. Pihak Facebook ada menyediakan cadangan konfigurasi Privacy dalam perkongsian maklumat seperti maklumat peribadi, maklumat rakan, gambar dan lain-lain.

Anda boleh tentukan sama ada anda mahu berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja, rakan sahaja, rakan kepada rakan sahaja atau menerima cadangan pihak Facebook. Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan konfigurasi tersebut, boleh memilih pilihan Custom. Di sini, anda boleh membuat konfigurasi sendiri untuk perkongsian maklumat dan boleh menetapkan hanya untuk tatapan atau capaian diri sendiri. Konfigurasi pada bahagian Privacy ini penting bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggung jawab memanipulasikan maklumat yang dikongsikan atau dijadikan panduan untuk melakukan penggodaman atau pencerobohan terhadap akaun Facebook seseorang. Sekiranya ada mana-mana akaun rakan Facebook yang disangsikan tujuannya, bolehlah kita blok akaun tersebut dalam fungsi Block Users.

Kadangkala kita melihat remeh-temeh berkenaan dengan fungsi Security dan Privacy dalam akaun Facebook ini. Namun begitu, sekiranya akaun Facebook mendapat masalah seperti digodam dan sebagainya, barulah kelam kabut untuk mencari jalan penyelesaian. Jadi, sebelum perkara yang lebih parah berlaku, marilah kita ambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan konfigurasi yang betul dan selamat pada akaun Facebook.

Selain daripada itu, berhati-hatilah dengan e-mel palsu yang meminta maklumat dan kata laluan bagi akaun Facebook anda.

Ia merupakan satu penipuan yang sepatutnya kita sedar akan perkara tersebut dengan menyemak kembali sambungan URL yang disediakan, e-mel tersebut dihantar secara tiba-tiba tanpa ada keperluan atau anda memintanya, semak penghantar e-mel tersebut dan lain-lain. Ia merupakan satu teknik penggodaman yang sangat mudah tanpa perlu melakukan perkara-perkara teknikal kerana pemilik akaun Facebook sendiri yang memberi maklumat-maklumat penting tersebut. Layari Internet dan laman web Facebook anda dengan selamat dan berhati-hati.
Read More
Posted in facebook, internet, security | No comments

Wednesday, December 19, 2012

Daftar Online Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)

Posted on 6:00 PM by Unknown

1. Pada pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan tunai (BR1M 2.0) kepada isi rumah dan individu bujang. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah.

2. Kriteria penerima BR1M tetap sama iaitu bantuan RM500 kepada ketua isi rumah yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000 dan kebawah. Sebagai tambahan, pemberian BR1M ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlahpendapatan kasar RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak RM250.

3. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :

  •  Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah;
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama);
  • Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

4. Bagi individu bujang, kriteria yang layak adalah bujang termasuk Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

5. Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0. Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.

6. Pendaftaran pemohonan BR1M 2.0 akan bermula pada 1 November 2012. Tarikh tutup permohonan akan diumumkan kelak. Borang-borang permohonan BR1M 2.0 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun melaluilaman sesawang LHDNM www.hasil.gov.my.

7. Pembayaran BR1M 2.0 akan dibuat kepada penerima yang layak mulai awal tahun 2013.

8. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3.0 bilion.

9. Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada email : br1m2@treasury.gov.my atau menghubungi talian hotline 1-800-222-500 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 1 November 2012.

Sumber: http://www.treasury.gov.my/

Read More
Posted in Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M 2.0, Daftar, Online | No comments

Monday, December 17, 2012

Ingin tahu maksud SEO

Posted on 6:00 PM by Unknown

SEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization.

SEO sering dibincangkan dalam seminar perniagaan internet kerana ia merupakan salah satu strategi pemasaran yang berkesan di internet.

Andaian yang boleh diberikan ialah bagaimana untuk membuat laman web organisasi Y berada dalam senarai carian yang pertama dalam laman web enjin carian seperti Google sekiranya seseorang menaip perkataan 'komputer' di laman web enjin carian Google tersebut? Jadi, ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran di internet.

Terdapat teknik-teknik SEO yang boleh digunakan untuk manipulasi algoritma atau tata cara perjalanan proses bagi sesebuah laman web enjin carian bagi menempatkan kedudukan sesebuah laman web itu di senarai carian yang teratas.

Teknik-teknik SEO ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu White Hat SEO dan Black Hat SEO. White Hat SEO adalah teknik-teknik SEO yang digunakan mengikut cara yang dibenarkan oleh sesebuah laman web enjin carian.

Black Hat SEO pula adalah teknik-teknik SEO yang tidak dibenar menggunakannya oleh pihak laman web enjin carian.

Penarafan senarai carian teratas dengan kata kunci tertentu juga boleh dibayar kepada pihak laman web enjin carian untuk mendapatkan tempat yang tertinggi dalam senarai carian tersebut.

Teknik-teknik White Hat SEO yang boleh digunakan adalah seperti penempatan penggunaan kata kunci dengan perkataan tertentu seperti komputer, motivasi dan lain-lain, analisis sambungan atau Link Building Analysis, penggunaan Link Exchanges, Onsite Analysis, penggunaan Meta Tags untuk menempatkan beberapa kata kunci bagi memberi maklumat sesebuah laman web dan lain-lain.

Beberapa teknik Black Hat SEO pula adalah seperti Keyword Stuffing, Page Stuffing, Selling and Farming Link dan lain-lain.

Terdapat juga program-program komputer yang boleh digunakan untuk menjalankan teknik-teknik tertentu dalam perlaksanaan SEO ini.

Program komputer yang digunakan bagi teknik Link Building Analysis adalah seperti Google Alerts, Majestic SEO, Open Site Explorer, OnlyWire, Seesmic Ping, Affiliorama SEO Toolbar dan lain-lain.

Program komputer yang digunakan untuk teknik penggunaan kata kunci pula adalah seperti Google Adwords Keyword Tool, Google Trends, Google Insights for Search, Google Correlate, Google Related Searches, BuzzFeed, Alexa, Soovle, Keyword Discovery, Kgen, Keyword Questions, SearchStats Plugin dan lain-lain.

Seterusnya program komputer yang digunakan untuk teknik Onsite Analysis adalah seperti Google Analytics, Woo Rank, HubSpot Marketing Grader, SEOTools for Excel, SiteTrail for Chrome, SEOQuake, SEOBook, SEO for Chrome dan lain-lain.

SEO adalah satu cara yang digunakan untuk penarafan senarai carian sesebuah laman web bagi carian tertentu dalam laman-laman web enjin carian dengan menggunakan teknik-teknik tertentu yang bersesuaian dengan tata cara sesebuah laman web enjin carian tersebut.

Dengan mendapat kedudukan senarai carian laman web yang tertinggi di sesebuah laman web enjin carian bagi kategori tertentu, ia akan meningkatkan capaian oleh pengunjung sasaran di internet.

Jadi, ini akan meningkatkan promosi dan pemasaran bagi sesebuah perkhidmatan atau produk di internet menerusi laman web organisasi.

Sumber: http://www.utusan.com.my/
Read More
Posted in SEO | No comments

Permohonan Bagi Jawatan Di Dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Posted on 7:15 AM by Unknown

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mulai 20 Mac 2012 yang lalu. Ini adalah kerana SPA telah berkongsi kepakaran pelaksanaan aplikasi eSMSM dengan Suruhanjaya Pasukan Polis untuk permohonan jawatan.

Ia juga adalah selaras dengan hasrat SPA untuk bekerjasama dan mewujudkan amalan perkongsian pintar antara agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT serta berkongsi pengalaman dengan agensi lain khususnya dalam bidang ICT. Untuk makluman, SPA hanyalah menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan/urusan pengambilan adalah diuruskan oleh PDRM sendiri.

Oleh yang demikian, segala pertanyaan mengenai perjawatan/urusan pengambilan hendaklah dirujuk dengan pihak PDRM di Portal PDRM www.rmp.gov.my.
Read More
Posted in jawatan kosong, Perkhidmatan awam | No comments

Sunday, December 16, 2012

Pekerja ladang mati disembelih sepupu

Posted on 3:08 PM by Unknown

MIRI: “Apa yang saya bimbang akhirnya berlaku,” kata Senab Saing, 26, isteri pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang mati akibat dikelar di leher dengan sebilah pisau buatan sendiri oleh sepupunya, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 awal pagi di rumah pekerja ladang kelapa sawit di Bakong itu, Mantang Sakara, 33, berasal dari Makasar, Indonesia mati di tempat kejadian akibat parah di leher dan dahi selepas dikelar suspek yang dipercayai mengalami gangguan mental.


Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa memberikan segelas air yang diminta lelaki berusia 20-an itu ketika dia terjaga daripada tidur.

Bagaimanapun, ibarat bom jangka, sepupu Mantang itu tiba-tiba bertindak agresif menyerangnya sebelum mengelar leher mangsa menggunakan pisau buatan sendiri.


Menurut Senab, dia terjaga dari tidur selepas terdengar suaminya menjerit meminta tolong dan terkejut apabila melihat Mantang berlumuran darah terbaring mengerang kesakitan.


Katanya, ketika itu dia melihat suspek memegang pisau dan cuba merampasnya namun gagal, malah menyebabkannya hampir menerima nasib sama apabila diserang suspek sebelum lelaki itu melarikan diri.

“Ketika itu, saya melihat suami yang berlumuran darah mengerang kesakitan serta memegang lehernya yang cedera sebelum rebah ke lantai.


“Usaha saya untuk menghalang pendarahan pada leher suami dengan sehelai tuala gagal sebelum dia tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.

Katanya, sebelum kejadian, suspek yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran bertandang ke rumahnya petang kelmarin dan menyatakan hasrat untuk bermalam di situ.


“Ketika itu, saya benar-benar bimbang dan menyuarakan perkara itu kepada suami selepas melihat perangai pelik sepupunya yang sering bercakap seorang diri namun tidak dihiraukan suami.


“Malah, saya dan suami serta anak perempuan berusia tiga tahun tidur di luar kerana bilik tidur kami dikunci lelaki itu dari dalam beberapa jam sebelum kejadian,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika mengesahkan kejadian itu berkata, gerakan mencari suspek dilakukan.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: http://www.hmetro.com.my
Read More
Posted in jenayah, mahkamah | No comments

Cara mengelak laman web digodam

Posted on 12:50 AM by Unknown

Perkara asas dalam keselamatan teknologi maklumat yang perlu diambil kira ialah perimeter, pendidikan dan polisi atau 3P.

Berkenaan dengan keselamatan sesebuah laman web, ada beberapa peringkat yang perlu diteliti iaitu seperti yang tercatit seterusnya.


1. Peringkat aplikasi sesebuah laman web iaitu dari segi laman web itu sendiri, perisian, aplikasi pengurusan kandungan atau Content Management System (CMS), penulisan kod, bahasa pengaturacaraan dan pangkalan data.

2. Peringkat aplikasi storan laman web iaitu aplikasi pelayan web dan pelayan DNS yang diguna pakai.

3. Peringkat komputer pelayan yang digunakan untuk menyediakan kemudahan laman web dan komputer peribadi atau client yang digunakan untuk mencapai fungsi pengurusan laman web tersebut.

4. Peringkat capaian daripada para pengguna terhadap laman web dan sambungannya.

Seterusnya, disediakan panduan keselamatan secara umum bagi pengendalian sesebuah laman web sama ada ia bersifat statik, dinamik atau aplikasi.

1. Aplikasi pelayan DNS yang diguna pakai perlu sentiasa dikemas kini, dikonfigurasikan dengan baik, selamat dan dienkripsi sambungannya. Sila guna aplikasi DNS yang mempunyai fungsi DNS Security Extension (DNSSEC) bagi memberi tahap keselamatan yang tinggi.

2. Sentiasa membuat kemas kini terhadap kesemua perisian dan perkakasan yang digunakan untuk mengendalikan dan membangunkan laman web.

3. Pengunaan kata laluan berserta teknik enkripsi yang kental dan selamat dalam kesemua pengendalian sesebuah laman web.

4. Pastikan keselamatan penggunaan e-mel pentadbir yang digunakan dalam mengendalikan laman web adalah pada tahap yang tinggi. Jangan dedahkannya kepada umum sekiranya tiada berkepentingan.

5. Penggunaan kata laluan yang selamat dan kental pada pangkalan data yang digunakan. Ramai pengguna membiarkan capaiannya tanpa kata laluan.

6. Elakkan konfigurasi secara lalai atau default pada mana-mana aplikasi yang digunakan terutama pada pelayan web, pangkalan data, aplikasi pengurusan kandungan, blog, skrip dan sebagainya. Konfigur kesemuanya dengan selamat.

7. Elakkan penggunaan aplikasi Telnet, aplikasi FTP dan sambungan Wi-Fi untuk mencapai pengurusan laman web secara jarak jauh kerana ia kurang selamat. Boleh menggunakan aplikasi yang mempunyai fungsi enkripsi seperti Secure FTP (SFTP), VPN dan lain-lain dalam menggunakan aplikasi capaian jarak jauh.

8. Semak kebenaran capaian fail dan direktori agar capaiannya selamat dan terhad oleh pihak yang bertangungjawab sahaja terutama fail dan direktori yang berada dalam aplikasi pelayan web.

9. Tambahkan skrip robot.txt kepada laman web. Ia adalah skrip arahan untuk laman-laman web enjin carian yang akan mengindeks fail tertentu sahaja bagi sesebuah laman web yang dicari oleh para pengguna.

10. Pastikan komputer pelayan yang digunakan dikonfigur pada tahap keselamatan yang tinggi. Sentiasa membuat kemas kini dan penyelengaraan bagi perisian dan sistem pengoperasian yang digunakan secara berkala. Elak larikan komputer pelayan dalam mod penuh pentadbir atau Root.

11. Penggunaan perimeter keselamatan pada infrastruktur laman web seperti aplikasi Firewall Web, IDS, IPS, perisian anti-virus dan lain-lain. Konfigur dengan selamat dan sentiasa mengemaskini aplikasi yang digunakan.

12. Sentiasa melakukan pengujian keselamatan bagi laman web dengan menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu seperti PHP Security Scanner, Web Security Testing, XSS String Encoder, SQL Encoder dan lain-lain atau secara manual. Ini juga dikenali sebagai Penetration Testing dan Security Audit. Ia boleh diuji kepada kod sumber, perisian, perkakasan dan capaian yang digunakan untuk sesebuah laman web.

13. Pastikan aplikasi pelayan web yang digunakan dikonfigur pada tahap keselamatan yang tinggi. Sentiasa membuat kemas kini dan penyelengaraan secara berkala. Pastikan aplikasi pelayan web menggunakan fungsi enkripsi SSL untuk keselamatan paparan sesebuah laman web.

14. Pastikan pengguna yang mencapai laman web dididik dengan cara penggunaan yang berhemah dan selamat seperti sambungan, penggunaan pelayar yang selamat, penggunaan akaun laman web dengan selamat dan lain-lain.

15. Wujudkan polisi keselamatan bagi capaian laman web secara dalaman atau secara luaran.

16. Penggunaan keselamatan fizikal yang baik untuk storan laman web seperti keadaan bilik yang kondusif dan selamat, teknik penguncian yang baik dan lain-lain.

17. Wujudkan sistem salinan data untuk kembalikan semula keadaan dan data sesebuah laman web ke bentuk asal sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Ini dikenali sebagai Bussiness Continuity Plan (BCP).

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Read More
Posted in internet, security | No comments

Tuesday, November 6, 2012

Kedai Buku 1Malaysia (KB1M)

Posted on 8:47 AM by Unknown

PEMBUKAAN Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) yang pertama di Malaysia sempena pelancaran Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL) pada 22 September lalu membuka satu lagi ruang untuk memupuk dan merakyatkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Selepas sebulan pembukaannya, penulis berkesempatan mengunjungi KB1M di UTC KL. Bertempat di kawasan yang strategik yang dahulunya lebih dikenali sebagai Pudu Raya sebelum bertukar nama menjadi Pudu Sentral buat seketika, KB1M boleh membantu meringankan beban pembaca yang dahagakan ilmu tetapi kurang berkemampuan untuk membeli bahan bacaan dengan jumlah yang banyak.

Harga buku di KB1M adalah lebih murah berbanding kedai-kedai buku lain dan ini merupakan kelebihan utama KB1M. Bagi buku-buku keluaran terbaharu, harganya lebih murah sehingga 15 peratus berbanding harga di kedai-kedai buku lain. Bagi buku-buku yang agak lama, ada dijual dalam lingkungan RM5 hingga RM15.

Layanan yang diberikan oleh kakitangan KB1M kepada penulis juga amat baik setiap kali penulis bertanyakan mengenai buku-buku yang dijual di situ. Bagi para pembeli, layanan baik juga boleh menjadi pemangkin kepada mereka untuk menjadi pelanggan tetap KB1M.

Cuma meskipun harga bahan bacaan lebih murah berbanding kedai-kedai buku lain di samping layanan mesra kakitangannya, namun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan agar rakyat dapat merasai betapa KB1M adalah lebih menarik untuk dikunjungi berbanding kedai buku yang lain. Ini kerana faktor harga yang murah saja bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan para pembaca datang membeli bahan bacaan.

Begitu juga faktor layanan terbaik yang diberikan oleh kakitangan kepada para pembaca tidak akan membawa mereka datang sekali lagi sekiranya pembaca berasakan kedai buku lain lebih menarik berbanding KB1M.

Menurut rakan penulis yang merupakan pembaca tegar bahan bacaan, tidak lengkap sesebuah kedai buku tersebut sekiranya bahan bacaan yang ditawarkan terhad. Penulis melihat perkara inilah yang perlu ditambah nilai supaya pembukaan KB1M di cawangan-cawangan terbaharu akan lebih menarik dengan mempunyai lebih banyak koleksi bahan bacaan. Antara jenis buku yang boleh ditambah adalah seperti buku untuk kanak-kanak dan juga buku teks sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Penulis memahami bahawa ruang KB1M tidaklah besar dan ini menyebabkan ia tidak boleh menampung lebih banyak bahan bacaan untuk para pembaca termasuklah tidak kelihatan akhbar-akhbar tempatan di jual di situ. Yang ada hanyalah majalah-majalah yang kebanyakannya dari luar negara.

Ruang yang besar amat penting bagi cawangan terbaharu KB1M yang akan dibuka pada masa akan datang kerana ia membolehkan lebih banyak buku dan bahan bacaan terutamanya yang diterbit dan ditulis oleh penerbit dan penulis tempatan. Di Malaysia terdapat ramai penulis tempatan yang hebat-hebat belaka. Perbanyakkan lagi ruang untuk memasarkan buku-buku penulis tempatan dalam semua genre penulisan. Utamakan penulis-penulis tempatan dan agenda untuk menggerakkan KB1M sebagai pusat aktiviti mini boleh memperbanyakkan lagi bahan bacaan yang ditulis oleh penulis tempatan.

Salah satu perkara yang boleh dilaksanakan adalah dengan memasarkan terus buku-buku penulis tempatan tanpa perlu melalui orang tengah yang mana ia akan membolehkan harga buku berlipat kali ganda lebih murah dan pada masa yang sama royalti mampu dibayar dengan jumlah lebih tinggi.

Kalau kita lihat di kedai-kedai buku yang ternama, buku-buku tersebut terpaksa melalui orang tengah sebelum ia dapat dipasarkan. Mekanisme tanpa melalui orang tengah akan menjadikan situasi menang-menang di kalangan para pembeli dan penulis.

Dicadangkan juga buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit IPT diberi ruang seluas-luasnya untuk memasarkan produk mereka. Ini kerana penerbit-penerbit IPT sukar untuk memasarkan produk-produk buku mereka di kedai buku berjenama dan ternama.

Selain itu, penulis juga ingin mencadangkan agar cawangan KB1M akan datang dibuka di kompleks membeli belah kerana lebih ramai orang dapat mengunjungi KB1M. Memang benar, UTC KL adalah kawasan yang amat strategik, namun kehadiran orang ramai lebih ke arah untuk pulang ke kampung dan bukannya berniat untuk mengunjungi KB1M.

Pembukaan KB1M di kompleks beli-belah seperti Mid Valley Mega Mall dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) akan menggamit lebih ramai lagi para pembeli. Strategi yang sama boleh digunakan untuk pembukaan cawangan-cawangan KB1M di negeri-negeri lain.

Walau terdapat beberapa perkara untuk penambahbaikan, namun, secara keseluruhannya, pembukaan KB1M di UTC KL merupakan permulaan yang amat baik dalam membantu rakyat mengurangkan kos pembelian bahan bacaan terutamanya bagi golongan berpendapatan sederhana ke bawah.

Di samping itu, KB1M akan membantu mengubah mentaliti dan budaya rakyat Malaysia ke arah menjadi pembaca tegar bahan bacaan berilmiah sejajar dengan status negara maju yang ingin dicapai pada tahun 2020. Insya-Allah, dengan pembukaan lebih banyak cawangan KB1M akan merancakkan lagi industri percetakan di Malaysia ketika kebanyakan industri percetakan di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat sedang bergelut dengan era internet. Maka, sewajarnya KB1M dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.

Sumber: http://www.utusan.com.my


Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Thursday, November 1, 2012

Gaji sektor awam dikaji semula tahun depan

Posted on 12:22 AM by Unknown

Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.

Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000.- Bernama
Read More
Posted in berita, berita terkini | No comments

Saturday, October 27, 2012

Tips untuk melajukan komputer dan laptop

Posted on 5:34 AM by Unknown

Adakah komputer anda bergerak bagaikan siput? Terlalu lembab dan perlahan seolah-olah tiada tenaga. Nak menjalankan satu-satu program memakan masa yang agak lama dan kadang-kadang seperti tidak berfungsi sebaik mana yang kita biasa gunakan pada awal dulu walaupun komputer kita sebenarnya memang POWER! Jangan putus asa!

Ikutilah langkah-langkah berikut untuk mengoptima dan melajukan prestasi komputer anda…


Sebenarnya banyak sebab yang menjadikan komputer menjadi sedemikian dan 90% daripadanya adalah disebabkan oleh virus dan spyware yang terdapat dalam komputer kita. Tambah-tambah lagi kita membiarkan komputer kita bersambung dengan talian jalur lebar yang terdapat di rumah kita hampir sepenuh masa. Saya juga kerapkali menghadapi situasi yang sedemikian, walau pun saya agak mahir juga untuk membaik pulih komputer sendiri samad dari segi software mahu pun hardware.

Biasanya ada 3 sebab utama komputer anda menjadi tidak responsif dan perlahan. Sebab-sebab tersebut adalah:

  1. Kekurangan ruangan hard disk dalam komputer
  2. Komputer anda telah dijangkiti virus dan spyware
  3. Registeri/Ingatan komputer anda terlalu banyak dengan entri-entri yang samada hilang atau pun tidak sah/tepat.

Jika komputer anda kekurangan ruangan hard disk untuk berfungsi secara optima, anda perlulah memastikan ruangan utama di mana Sistem Operasi komputer anda seperti Windows XP/Vista dipasang mempunyai ruangan kosong yang mencukupi untuk ia berfungsi dengan baik. ini kerana sistem operasi seperti Windows XP memerlukan ruang kosong yang agak banyak dalam hard disk anda untuk dijadikan virtual memori. Biasanya, anda perlu mengnyediakan ruangan sekurang-kurangnya 10% daripada ruang hard disk dalam partition tersebut untuk dijadikan virtual memori Windows. Ini bermakna, jika partition utama anda mempunyai ruang total sebanyak 100GB, anda perlu menyumbang 10GB untuk tujuan tersebut. Jika tidak komputer anda akan menjadi tidak responsif.

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu membuang/menyahpasangkan software yang anda pasang pada komputer anda. Pastikan anda memasang software yang benar-benar anda gunakan secara kerap. Mana-mana software yang anda jarang atau tidak gunakan, anda disaran membuangnya atau menguninstall mereka. Jika terdapat banyak fail-fail video dan audio/mp3 yang anda muat turun daripada internet, anda juga disaran memmadamkanya atau memindahkan ke lokasi yang lain seperti pada partition yang lain (bukan partition utama) atau sebaiknya backup ke dalam CD atau DVD kosong.

Anda juga disaran menggunakan perisian yang boleh melakukan scanning pada registeri windows

Langkah pertama yang perlu anda ambil ialah memastikan komputer anda bebas dari virus dan spyware! Ini kerana mereka inilah penyebab utama komputer gagal berfungsi dengan baik.
Read More
Posted in internet, komputer | No comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Popular Posts

  • Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia
    Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia ditubuhkan untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan masyarakat yang menjadi kekuatan untuk kita pada masa ...
  • Harga Terkini Perodua Viva 2013
    Harga / Price  Perodua Viva 660  Harga / Price Perodua Viva 850 Notes :  1. Prices are with accessories. 2. Optional insurance coverage a) W...
  • Kad diskaun pesara kerajaan
    Kad diskaun untuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu akan diperlua...
  • Honda EX5 Dream 110
    Bagi meneruskan dominasi segmen underbone, Boon Siew Honda memperkenalkan generasi ketiga EX5 di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini. D...
  • Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA
    PENGENALAN Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA...
  • Ansuran bulanan Proton Saga SV RM250
    Kereta baharu keluaran Proton Holdings Bhd., Proton Saga SV 1.3L yang dilancarkan kelmarin pada harga rendah, mendapat sambutan baik daripad...
  • Bagaimana hendak membuat blog di Blogger | How to Create a Blog on Blogger
    Bagaimana hendak membuat akaun Blogger? Pada halaman utama Blogger , klik "Buat Blog Anda Sekarang", dan buat Akaun Google. Anda d...
  • Memasang Iklan Nuffnang pada setiap post
    Untuk memasang Iklan Nuffnang yang bersaiz 336px x 280px (Large Rectangle) pada setiap posting seperti yang boleh anda lihat pada entri ini,...
  • 500 duri landak melekat pada muka anjing Bulldog
    Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor...
  • Pekerja ladang mati disembelih sepupu
    MIRI: “Apa yang saya bimbang akhirnya berlaku,” kata Senab Saing, 26, isteri pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang mati akibat di...

Categories

  • (AS 1MALAYSIA)
  • (KADS1M)
  • (MPEB)
  • (SPP1M)
  • 000 telefon percuma
  • 1 Malaysia
  • 1M4U
  • 1Malaysia For Youth
  • 2013
  • 660
  • 850
  • Agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
  • akibat
  • AMANAH SAHAM 1MALAYSIA
  • Amanah Saham Nasional Berhad
  • Android
  • anonymous
  • ansuran bulanan
  • artis
  • asap
  • Astro Warna
  • Bantuan Lesen 1 Malaysia
  • Bantuan persekolahan
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia
  • Barisan Nasional
  • Bayaran
  • Bayaran Saman
  • berita
  • berita terkini
  • BL1M
  • Blogger templates
  • Blogspot templates
  • Bola Sepak
  • Bonus kakitangan awam
  • Bonus Raya RM500 Kepada Kakitangan Awam 2013
  • Borang Pendaftaran
  • Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
  • BR1M 2.0
  • CLIXSTER Mobile Sdn Bhd
  • Daftar
  • Daftar Online Get Malaysian Business Online
  • Daftar Semak
  • download
  • Download myKPDNKK
  • E200
  • E250 BlueEFFICIENCY
  • ekonomi
  • facebook
  • Filem Paling Seram
  • Flip your text here
  • Free blogger templates
  • Free flash widget
  • Free software
  • Full Movie
  • gaji
  • Garis Panduan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
  • GMBO
  • Guess writer
  • Guru Ibu bapa
  • Harga
  • Harga Honda EX5 Dream 110
  • harga kereta
  • Harga Sony Xperia Z
  • hiburan
  • honda jazz ckd
  • HTML Escaper
  • Indeks Pencemaran Udara
  • info
  • internet
  • Jabatan Pengankutan Jalan
  • Jambatan Ke-2 Pulau Pinang
  • jawatan kosong
  • jenayah
  • jerebu
  • Jerebu di Muar
  • Johor
  • Johor Darul Takzim
  • Johor Fan Club
  • JPJ
  • jquery
  • Jumlah BR1M Naik Tahun 2014
  • Kad diskaun pesara kerajaan
  • Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
  • Kadar Zakat Fitrah 2013
  • KADS1M
  • kakitangan awam
  • kecantikan
  • Kedai Kain 1 Malaysia
  • kelajuan Internet Malaysia
  • keluagra
  • keluarga
  • kemalangan
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013
  • kereta
  • kesihatan
  • KL Gangster 2 Official Trailer 2013
  • Kod warna HTML
  • komputer
  • langkah
  • Legoland
  • LYNAS
  • mahkamah
  • marketing
  • masakan
  • masterchef
  • mencegah
  • Mercedes-Benz E-Class
  • motivasi
  • MyEG
  • myvi
  • Nasi Beriani
  • Nasi Dagang
  • Nasi Goreng Special
  • Nasi Kerabu
  • Online
  • Online games
  • Online Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
  • pemasaran
  • pembayaran
  • Pendidikan
  • Penyebab Punca Rambut Gugur
  • Perkhidmatan awam
  • Permohonan
  • perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
  • Perodua
  • Perumahan Rakyat !Malaysia
  • Perumahan Rakyat 1Malaysia
  • Photoshop
  • Photoshop tutorial
  • Polis Diraja Malaysia PDRM
  • politik
  • PR1MA
  • Proton Saga SV
  • Proton Suprima 1.6 Liter Turbo
  • PRU 13
  • Rebat
  • Rebate Smartphone RM 200
  • resepi
  • resepi rendang ayam
  • SAPS
  • SARA 1Malaysia
  • security
  • Semak Saman Online
  • Semakan kemasukan ke IPTA
  • Semakan Keputusan SPM Ulangan 2013
  • Semakan Online PLKN
  • Semakan Online Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014
  • Semakan Online Tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014
  • Semakan penempatan PLKN
  • semakan saman online
  • Semakan Tawaran Program Kolej Vokasional KPM
  • senarai nama
  • SEO
  • Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara
  • Site Map
  • Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia
  • Skim Rumah Pertamaku
  • SKMM
  • SRP
  • sukan
  • Syarat
  • Tablet paling nipis
  • Taman tema air
  • Tarikh
  • Tawaran 100
  • Telefon bimbit
  • Telefon Pintar
  • terbaru
  • terkini
  • Teruskan Rebat Telefon Pintar Dalam Bajet 2014 - Celcom Axiata
  • Timbang berat blog
  • Tips
  • toyota
  • Tutorial
  • UPU
  • Video and Lyric
  • Video Lelaki Serang Bekas Teman Wanita Tersebar
  • Video tutorial
  • vios
  • Viva
  • water park
  • widget
  • windows 8
  • www.khidmatnegara.gov.my

Blog Archive

  • ►  2013 (86)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (17)
    • ►  July (18)
    • ►  June (17)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (8)
    • ►  January (8)
  • ▼  2012 (68)
    • ▼  December (15)
      • Laporan IAEA : Kontroversi Isu Loji Pemprosesan Na...
      • Rakyat Selangor Perlu Pilih BN - Muhyiddin
      • Bayaran BR1M 2.0 dibuat mulai Februari 2013
      • Johor DT Belum Tunjuk Kemampuan Sebenar - TMJ
      • Peserta Mogok Lapar LYNAS Didakwa Menjamu Selera?
      • Bantuan Sekolah RM100 Diagih Januari Depan
      • Semakan Saman dan Bayaran Secara Online
      • Tips Penting Jika Ingin Membeli Notebook
      • Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
      • Bagaimana mencegah pencerobohan akaun Facebook
      • Daftar Online Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
      • Ingin tahu maksud SEO
      • Permohonan Bagi Jawatan Di Dalam Polis DiRaja Mala...
      • Pekerja ladang mati disembelih sepupu
      • Cara mengelak laman web digodam
    • ►  November (2)
      • Kedai Buku 1Malaysia (KB1M)
      • Gaji sektor awam dikaji semula tahun depan
    • ►  October (4)
      • Tips untuk melajukan komputer dan laptop
    • ►  September (1)
    • ►  August (34)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  March (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (46)
    • ►  December (11)
    • ►  November (16)
    • ►  October (10)
    • ►  April (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (72)
    • ►  December (7)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (9)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (11)
  • ►  2009 (98)
    • ►  December (24)
    • ►  November (14)
    • ►  October (20)
    • ►  September (6)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (23)
Powered by Blogger.

About Me

Unknown
View my complete profile